Pilihan Kedua | C

Von farahnotfara

1.2M 61.6K 10.8K

Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Mac... Mehr

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
bukan update
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
bukan update pt 2
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
epilog
dari hati
Chapter 58- happy
Chapter 59- happy
Chapter 60- happy
Chapter 61- happy
Chapter 62- happy
Chapter 63- happy
Bonus Chapter
Raya 1
Raya 2
Raya 3

Chapter 21

15K 815 51
Von farahnotfara

Hi assalamualaikum semua! Harini chapter 21 dah ada! Yeay! Kita dah sampai chapter 21! Alhamdulillah syukur. Terima kasih semua!!!

Saya cadangkan korang dengar lagu belum siap kehilangan masa baca part ni.

**********

Setelah tunggu selama 20 minit, akhirnya Kak Dira dan Abang Haris sampai untuk menjemput Adara ke hospital. Adara terus bergegas keluar dan mengunci pintu.

Adara terus masuk ke dalam kereta Abang Haris selepas menekan remote untuk menutup gate rumah Zafran.

Dalam kereta, Adara hanya diam. Kak Dira dan Abang Haris juga diam. Faham dengan keadaan Adara. Tidak mahu mengganggunya.

Adara merenung luar tingkap. Air matanya menitis lagi. Cepat-cepat dia lap. Adara pandang kertas lukisan yang dia bawa sekali. Kertas itu yang sudah renyuk, Adara betul kan. Semasa betulkan, air matanya menitis lagi.

Kak Dira menghulurkan sehelai tisu untuk Adara. Adara menyambutnya dan terus mengelap air matanya. Adara tunduk menekup mukanya. Dia tak boleh menahan sebak lagi. Semua ini terlalu tiba-tiba buatnya.

Baru tadi Cirah bercakap dengannya. Baru tadi Adara teman Cirah menunggu papanya jemput. Adara tak sangka semua ini sudah berakhir. Adara tak sangka itu adalah pertemuan yang terakhir buat mereka. Teacher sayang Cirah. Sangat-sangat.

Sampai sahaja di hospital, Kak Dira yang memimpin tangan Adara menuju ke ward ICU. Disitu lah Cirah ditempatkan sebentar tadi. Apa yang Kak Dira tahu, Cirah accident, dilanggar. Langgar lari. Dan sampai sekarang belum lagi dapat jumpa pelakunya.

Di hadapan ward, ada atok Cirah yang sedang menunduk di kerusi yang disediakan. Muka atok Cirah merah. Seperti menahan satu rasa yang perit. Cucunya. Sudah tiada.

"Pakcik?" Adara panggil.

Atok Insyirah yang sedang termenung itu cepat-cepat mengangkat kepalanya. Pandang Adara. Semasa Adara menatap mata atok Insyirah, mata Adara berair. Ya Allah.

"Cikgu." Atok Insyirah sebut panggilan Adara.

"Cirah, cikgu." Atok Insyirah berkata sebak.

"Pakcik, saya minta maaf." Adara menekup mulutnya dengan belakang tangannya. Dia tak tahu kenapa dia minta maaf. Dia rasa sedih tengok wajah atok Insyirah.

Kak Dira mengusap belakang Adara. Kak Dira faham apa yang dirasakan oleh Adara. Kak Dira memang perasan yang Adara memang rapat dengan Insyirah jika di 4C. Insyirah pun memang rapat dengan Adara.

Kerana itulah, selepas mendengar berita ini, cepat-cepat Kak Dira memberitahu Adara dulu. Berita ini pun dia ketahui dari bapa Insyirah. Encik Akram. Encik Akram bagitahu dia tak tahu nak bagitahu siapa lagi. Encik Akram juga bagitahu yang dia nak Adara tengok Insyirah buat kali terakhir. Encik Akram juga tahu tentang keakraban antara Insyirah dengan Adara.

"Cikgu masuklah tengok Cirah. Kejap lagi, mayat Cirah akan diuruskan." Atok Insyirah memberitahu.

Adara terus masuk ke dalam ward. Langkahnya menggigil. Badannya lemah. Dia tak tahu sebab apa. Sama ada kerana berita kematian ini atau kerana dia tidak makan langsung. Dia hanya menelan sekeping roti sahaja hari ini.

Masuk sahaja di dalam bilik ward itu, Adara nampak sekujur tubuh yang terbaring. Cirah..... Air mata Adara terus menurun dengan laju. Kak Dira juga tidak dapat menahan sebaknya, terus mengalirkan air matanya juga.

Di sebelah katil Insyirah terdapat Encik Akram yang sedang menggenggam tangan Insyirah. Adara dapat dengar suara tangisan Encik Akram. Adara je susah untuk menerima kenyataan ini, apatah lagi Encik Akram. Encik Akram sudah kehilangan isterinya. Dan sekarang anaknya juga meninggalkannya.

Adara terus berjalan mendekati katil itu.

"Cirah..." Adara panggil. Perlahan-lahan tangannya diangkat untuk mengusap kepala Cirah. Muka Cirah berparut. Allahuakbar.

"Cepatnya Cirah pergi tinggalkan teacher." Adara berkata perlahan dengan suara yang menggeletar. Adara terus mencium dahi Insyirah.

"Cirah dah janji nak jadi kawan teacher sampai Cirah besar." Adara berkata lagi.

"Tapi sekarang Cirah dah tinggalkan teacher. Siapa nak jadi kawan teacher? Teacher takda kawan dah." Adara terus menangis teresak.

"Cirah rindu mama ya?" Adara cepat-cepat mengelap air matanya dan tersenyum.

"Mesti Cirah dah jumpa mama kan? Sampaikan salam teacher untuk mama Cirah. Cakap dekat mama, teacher berterima kasih sangat sebab dah lahirkan anak sebaik Nur Insyirah binti Muhammad Akram." Adara cium lagi dahi Insyirah.

"Tunggu teacher tau. Jangan lupa tarik teacher masuk syurga nanti ya, budak baik." Adara senyum lagi. Setitis air matanya jatuh.

'Ya Allah, aku bersyukur padamu kerana telah pinjamkan aku budak sebaik Nur Insyirah. Walaupun hanya sementara. Kau rahmatilah dia, Ya Allah.'

Adara pandang Encik Akram. Encik Akram sedang mengusap tangan Insyirah.

"Tunggu papa ya? Cakap dekat mama, papa sayang sangat mama. Terima kasih sebab dah temankan papa kat dunia ni walaupun sekejap."

"Terima kasih untuk lukisan yang selama ni Cirah hadiahkan untuk papa. Papa minta maaf sebab selalu work. Sampai lupa nak tengok Cirah. Sampai tak sempat nak luangkan masa untuk Cirah. Papa mungkir janji papa dengan mama." Encik Akram menangis.

"Cirah merajuk dengan papa ya sebab tak spend time dengan Cirah. Ni papa dah ada, kenapa Cirah pula yang pergi? Mama dah pergi. Cirah pun pergi tinggalkan papa. Sekarang papa dah takda sesiapa. Sebab untuk papa teruskan hidup dah takda." Encik Akram meratapi atas pemergian Insyirah.

Air mata Adara dan Kak Dira yang perhati tak henti mengalir. Macam mana dengan Encik Akram lepasni? Isterinya sudah takda, kini anaknya pula?

Tiba-tiba seorang doktor dan beberapa orang jururawat masuk ke dalam bilik ward itu dan maklumkan bahawa mayat Insyirah perlu diuruskan sekarang.

"Kejap! Saya belum habis spend time dengan anak saya. Tolong lah doktor!" Encik Akram berkata sambil menahan katil pesakit. Mengelakkan dari nurse menolak keluar katil itu.

"Anak saya nak dengan saya! Jangan lah bawa dia pergi! Anak saya tak boleh sorang-sorang." Encik Akram masih meronta. Atok Insyirah sudah masuk ke dalam wad untuk memeluk tubuh Encik Akram.

"Cepat doktor. Bawa keluar katil ni." Arah atok Insyirah.

"Pa! Jangan lah! Anak Akram tu. Dia tak boleh tidur sorang-sorang! Akram kena temankan dia."

Adara yang mendengar itu terus teresak. Ya Allah. Sakitnya. Dadanya sakit.

"Pa...." Encik Akram terduduk dengan nafas yang tercungap. Masih tak berhenti mengalirkan air matanya.

"Cirah...."

"Allah..."

"Allah..."

Kak Dira memeluk Adara. Dia tak dapat menahan sebak. Adara bawa Kak Dira keluar dari ward pesakit. Adara mendapati Abang Haris sedang tunggu diluar. Kak Dira terus pergi ke arah suaminya.

"You...." Kak Dira terus peluk tubuh suaminya.

"Shhh.... shhh..." Abang Haris memujuk Kak Dira.

Adara terus duduk di atas kerusi. Badannya lemah. Dia tak larat. Sudah banyak air mata yang sudah keluar. Hidungnya pun dah tersumbat. Penat. Lapar. Haus.

"Adara." Adara angkat kepalanya. Mata Adara berair semula.

"Zafran." Adara terus bangun menuju ke arah Zafran dan terus peluk tubuh itu. Zafran terus balas pelukan itu dengan erat.

Zafran mengusap belakang badan Adara. Ingin salurkan kekuatan. Mengharapkan Adara dapat kuatkan dirinya. Zafran cium ubun-ubun kepala Adara.

"Cirah dah takda. Cirah. Kawan saya." Adara bagitahu dengan suara teresak. Pelukan makin dikuatkan.

"Ya, aku tahu Adara. Aku ada untuk kau. Please be strong."

Zafran tadi call Abang Haris untuk tanya keberadaan Adara. Tak tahu kenapa tapi waktu itu, dia rasa Kak Dira juga terlibat. Kerana itulah, dia call Abang Haris.

Zafran lepaskan pelukan. Nak tatap wajah Adara. Zafran lap air mata Adara.

"Muka kau pucat. Kau nak air? Aku ada beli air tadi dengan roti. Makan sikit." Zafran terus bawa Adara duduk.

Dia buka penutup botol air dan membawa botol air itu ke mulut Adara. Suapkan Adara minum. Adara pun minum. Banyak. Dia haus.

"Makan sikit nak?" Zafran tanya lembut. Adara geleng.

"Takda selera." Adara jawab. Suaranya dah serak kerana banyak sangat nangis.

"Makan lah sikit. Sikit je. Kita kongsi. Tak habis, aku makan."

Adara angguk. Makan jelah sikit. Kang pengsan kat sini dah satu hal menyusahkan orang lain. Zafran buka satu roti. Sebelum itu, dia hulurkan sebotol air kepada Abang Haris. Nampak macam Kak Dira perlukan je.

Zafran mencubit sikit isi roti itu dan suap Adara. Banyak Adara makan. Mula-mula nak kongsi, tak jadi. Sebab Adara makan semua. Dia lapar. Zafran pun tak kisah. Dia suap je Adara tadi.

"Terima kasih." Adara sebut perlahan.

Zafran senyum kecil. Dia usap kepala Adara.

"Sama-sama."

"Cikgu." Adara angkat kepala.

"Ya pakcik?"

"Cikgu boleh balik dulu lah. Dah lewat ni. Pengebumian jenazah nanti apa-apa pakcik bagitahu. Jangan risau." Atok Insyirah senyum kecil.

Adara angguk perlahan. Nak buat apa lagi duduk sini?

"Saya pergi dulu lah pakcik." Zafran, Adara, Kak Dira dan Abang Haris beredar.

"Zaf hantar Ad lah eh?" Abang Haris tanya.

"Ha ya. Biar Zaf hantar Ad balik." Zafran jawab.

Adara dan Kak Dira tadi diam je.

Zafran berjalan menuju ke keretanya pun Adara ikut je tanpa banyak songeh.

Zafran membukakan pintu bahagian penumpang untuk Adara. Adara pun masuk je ke dalam kereta.

Dalam kereta, mereka diam je. Zafran bagi masa untuk Adara. Biarlah Adara melayan perasaan dia dulu. Untuk terima kenyataan orang yang kita sayang pergi, sangat susah. Zafran faham.

Sudah sampai rumah, mereka terus masuk ke bilik untuk tidur. Zafran tidur je sebelah Adara macam sebelum ni. Adara pun biar je. Bukan berdosa pun.

Zafran dah tidur dulu. Penat sangat agaknya. Lagipun dah pukul berapa dah. Adara dari tadi tak boleh tidur. Dia ngantuk. Ngantuk sangat. Penat. Tapi bila dia tidur, pasti dia mimpi tentang Insyirah. Jadi, Adara akan tersedar. Adara akan jadi makin sedih.

Tanpa membuang masa, Adara terus masuk ke dalam bilik air dan mengambil wuduk. Nak buat solat malam. Lagipun dia dah tertidur sekejap tadi. Jadi boleh lah ni.

Adara solat di bilik lain. Nakkan privacy. Kalau solat dalam biliknya, risau Zafran tersedar.

Sepanjang solat, hati Adara sebak sangat. Bacaannya juga banyak terhenti. Kerana air mata banyak sangat turun.

Sejujurnya, Adara memang lemah tentang kematian. Waktu pemergian atok dan neneknya, Adara lemah sangat waktu itu. Termenung. Tak makan. Tak mandi. Sampai Encik Hishamuddin terpaksa marahkan Adara. Baru Adara bergerak. Hidup macam manusia.

Habis solat, bersungguh-sungguh Adara berdoa supaya diberi kekuatan. Dia tak mahu menyusahkan orang lain. Tapi pada masa yang sama, rasa di dalam hatinya ini rasa sakit sangat. Terkenang wajah Insyirah, buat Adara sedih.

Selesai solat dan berdoa, Adara baring di atas sejadah bersama telekung yang masih tersarung. Adara termenung. Lama-lama Adara tertidur.

**********

Zafran tersedar dari tidurnya. Zafran check telefon nak tengok dah pukul berapa. 5.45 pagi. Zafran meraup mukanya. Cuba buka matanya. Ngantuknya. Zafran toleh ke sebelah. Mana Adara? Zafran terus bangun dari baringnya.

Zafran check bawah katil. Takda. Mana Adara?

Zafran terus keluar dari bilik. Cari Adara. Satu-satu bilik Zafran masuk. Bilik yang terakhir, Zafran buka pintu biliknya. Ada Adara. Sedang tidur atas sejadah. Zafran pergi ke arah Adara.

Zafran pandang wajah Adara. Ada sisa air mata di muka Adara. Zafran geleng kepala sambil mengelap air mata itu. Zafran menepuk perlahan bahu Adara. Nak kejut Adara.

"Adara? Bangun." Zafran menggoyangkan pula bahu Adara.

Adara terus terbuka mata. Dia pandang wajah Zafran. Terus Adara bangun.

"Bangun. Kita solat jemaah. Lepastu kita baca yassin. Sedekahkan untuk Cirah." Zafran berkata lembut.

Adara angguk. Sambil membuka telekungnya. Nak ambil wuduk semula.

"Aku mandi kejap. Kau tolong bentangkan sejadah."

Selesai membaca yassin, Zafran ajak Adara berbual.

"Cirah tu siapa?" Zafran tanya.

"Nama penuh dia Nur Insyirah. Dia anak Encik Akram. Yang tahu kita dah kahwin tu. Nama panggilan dia Cirah. Cirah baru enam tahun. Sebelum ni saya layan dia sama je macam budak lain." Adara diam. Dia tarik nafas.

"Cirah pendiam. Ada satu masa tu, dia menangis. Saya yang pujuk dia. Saya tanya dia kenapa, dia kata dia rindu mama dia. Mama dia dah takda. Meninggal. Accident." Adara kelip-kelip matanya. Tak nak bagi air mata keluar lagi.

"Waktu tu dia kata takda siapa nak kawan dengan dia. Saya lah yang ajak budak-budak lain kawan dengan Cirah. Happy Cirah masatu." Adara senyum.

"Cirah suka melukis. Dia kata, kalau dia rindukan mama dia, dia melukis lah. Cirah kata haritu dia rindu saya. Jadi dia buat satu lukisan yang ada saya dan dia." Adara bercakap sambil menggentel telekungnya. Zafran dengar je dari tadi. Dia ingat siapa Cirah. Selama ni kalau Encik Akram tegur. Kan ada Cirah.

"Semalam saya berbual dengan dia. Dia kata dia rindu mama dia. Dia nak ikut mama dia. Saya tak sangka itu perbualan terakhir antara saya dengan dia." Adara berkata dengan sebak. Matanya panas. Bila-bila masa air mata boleh jatuh.

Zafran terus pergi ke Adara. Dia menarik tubuh Adara dengan lembut lalu memeluk tubuh itu.

"Setiap yang hidup pasti akan mati. Itu ajal dia. Kita banyakkan doa untuk dia. Dia kecil lagi. Confirm syurga untuk dia." Adara mengangguk. Mengiyakan kata-kata Zafran.

"Nanti aku ikut kau eh pergi kubur." Zafran kata.

"Aku nak teman kau." Zafran kata lagi.

"Habistu kerja awak?"

"Takpa. Satu hari je. Apa salahnya."

Jenazah Insyirah dikebumikan pada pukul 9 pagi. Sekarang sudah ada ramai orang di tanah perkuburan ini. Kak Dira, Kak Far, Syaf dan pekerja yang lain turut ada. 4C hari ini terpaksa tutup. Kak Dira tak sanggup nak biar pusat jagaan itu operasi macam biasa.

Adara sekarang sedang lihat beberapa orang lain yang sedang menguruskan jenazah Insyirah. Encik Akram sudah berada di dalam liang lahad bersedia untuk menyambut arwah anaknya.

Adara perhati wajah Encik Akram. Sembap. Tak bermaya. Mesti Encik Akram tak tidur.

Zafran ada disebelah Adara. Memakai baju melayu. Dia memeluk bahu Adara yang dari tadi termenung.

Adara hiraukan pandangan pekerja 4C yang memandang ke arahnya. Pelik lah tu siapa yang ada disebelahnya ini. Biarlah. Takda masa nak terangkan. Biarlah diorang nak fikir apa. Boleh jadi diorang kenal Zafran. Sebab kan Zafran hantar anak-anaknya juga di 4C.

Zafran pun hiraukan pandangan orang lain disitu. Takda masa nak ambil tahu.

Selesai jenazah Insyirah ditanam, bacaan talkin juga sudah, sekarang sudah masa untuk menyiram air. Selepas Encik Akram dan Atok Insyirah dan juga beberapa ahli keluarganya menyiram, atok Insyirah menghulurkan bekas air itu kepada Adara.

Adara menyambut dan langsung menyiramkan air itu. Adara sempat juga berselawat dan berdoa.

Dalam hati, Adara berkata,

"Tidurlah Cirah, mesti Cirah penat kan? Tunggu teacher tau. Ingat, jangan lupa tarik teacher masuk syurga. Terima kasih untuk semuanya, Nur Insyirah."

Setelah itu, Zafran membantu Adara bangun.

Selesai acara pengebumian, Adara dan Zafran berlalu ingin pulang ke rumah.

"Kita pergi makan dulu tau. Kalau kau takda selera, makan je." Zafran bersuara. Adara diam. Sebenarnya dia memang takda selera. Tapi malas nak gaduh. Biar jelah.

Sampai di kedai makan, Zafran yang order makan. Tengok Adara ni, memang ambil masa nak bercakap balik. Asyik termenung je dari tadi.

"Aku orderkan kau teh o suam dengan soto nasi, tau." Zafran berkata. Adara angguk.

"Okay." Adara berkata perlahan.

Sampai sahaja makanan, mereka mula makan. Zafran pandang Adara. Perlahan saja dia makan. Muka pun sayu je. Haih. Kalau buat lawak bodoh, risau terpelanting je mangkuk soto tu. Nak buat apa ni?

"Sedap tak?" Zafran tanya. Adara angguk. Tengok tu. Tak bercakap.

"Nak rasa." Adara tolak mangkuknya.

"Suaplah sikit." Adara pandang Zafran. Zafran dah angkat-angkat kening. Adara mengecilkan matanya.

Tapi Adara suapkan juga sikit.

"Hm! Sedap! Nak rasa aku punya?" Zafran order nasi lemak. Adara tengok makanan Zafran. Adara angguk. Nampak sedap.

"Nah. Buka mulut! Kapal terbang datang." Zafran menggerak-gerakkan tangannya. Adara pandang je Zafran.

"Nak kena pukul ke?" Zafran terus gelak kuat.

"Okay. Okay serious." Zafran suap Adara.

"Sedap?" Zafran tanya.

Adara angguk. Zafran senyum.

"Makan banyak-banyak." Zafran berkata.

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

393K 18.3K 55
Cinta tak akan pudar Selagi dia masih percayakannya Dia tetap menanti Selagi nyawa dikandung badan Sambungan kisah dari Alexandra Highschool Banyak...
166K 11.6K 31
" okaylah kalau macam tu kau bintang aku bulan , sama macam peribahasa bagai bulan dipagari bintang tu " " apa kaitannya " " Kaitannya kau bintang...
141K 4.7K 31
Dhiyan - Vokalis kumpulan TRIO yang terkenal. Menyanyi adalah cita-citanya serta impian seseorang. Walaupun terkenal dan disukai ramai gadis tetapi s...
36.4K 3.8K 59
𝐓𝐇𝐄 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝟏.𝟎 "𝐘𝐨𝐮 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲𝐞𝐝 𝐦𝐲 𝐭𝐫𝐮𝐬𝐭" ~𝐭𝐡𝐞 𝐢𝐧𝐭𝐫𝐨𝐝𝐮𝐜𝐞~ Awalnya pergi ke Sabah demi tugas. Sekali terjumpa...