Pilihan Kedua | C

By farahnotfara

1.2M 61.9K 10.9K

Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Mac... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
bukan update
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
bukan update pt 2
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
epilog
dari hati
Chapter 58- happy
Chapter 59- happy
Chapter 60- happy
Chapter 61- happy
Chapter 62- happy
Chapter 63- happy
Bonus Chapter
Raya 1
Raya 2
Raya 3

Chapter 17

14.8K 838 224
By farahnotfara

Hi assalamualaikum semua? Semua sihat?

Ni je yang saya mampu update untuk harini setelah sekian lama tak update. Ceh takde ah lama mana en.

Terima kasih semua!

Pen merah, pen biru, you marah, i love you

*********

Zafran's POV

Pada waktu pagi di kediaman Zafran, mereka sekeluarga sedang bersiap untuk melakukan aktiviti harian mereka seperti biasa. Zafran bersiap untuk pergi ke kerja, Dian juga bersiap untuk ikut menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan seperti yang dijanjikan pada malam tadi.

Zafran mengenakan kemeja berwarna biru gelap dipadankan dengan tali leher berwarna hitam. Selesai menyemburkan minyak wangi dan memakai jam tangan, Zafran mencapai dompet dan telefonnya dan terus menuju ke tingkat bawah.

Di meja makan, Dian sedang menunggu Zafran bersama anak-anak mereka. Zafran siap lambat sikit tadi sebab dia pergi membelek kerjanya dahulu.

"Baba! Jom makan." Ajak Eiman.

Zafran pergi ke arah Dian dan mencium dahi Dian dan juga dahi Eiman dan Ellyna. Dian tersipu malu. Eh apa lah abang kita ni.

Mereka menikmati sarapan mereka dengan tenang dan mereka terus bergerak menuju ke 4C. Dian akan dihantar pulang oleh Zafran selepas itu dan Zafran akan terus menuju ke pejabatnya seperti biasa.

"Eh itu kereta aunty! Aunty dah sampai lah." Kata Eiman sambil matanya menjenguk luar dari dalam kereta.

Zafran juga nampak keberadaan kereta Adara di tempat letak kenderaan. Zafran juga nampak Adara baru buka pintu untuk keluar dari kereta Myvinya.

Selesai Zafran memberhentikan keretanya di tepi, Eiman terus mahu keluar. Tak sabar.

"Jom ibu!" Ajak Eiman dengan teruja. Tak tahu lah teruja sebab apa. Ada awek kot.

"Ad!" Dian menegur Adara yang baru sahaja mahu masuk ke bangunan 4C. Adara pada mulanya tak perasan dengan kewujudan mereka. Laju menonong masuk ke tempat kerja tanpa toleh kiri kanan.

"Eh? Hi Dian." Adara melambai tangannya tanda menyapa kepada Dian.

"Aunty!!" Eiman dan Ellyna tergedek-gedek berlari ke arah Adara. Adara terus mendukung Ellyna. Dah kenapa ni?

"Suka dia dengan aunty dia." Dian berkata sambil tersengih.

Adara senyum sahaja sambil mengusap kepala Eiman. Adara pandang Zafran yang berada di sebelah Dian. Adara senyum. Zafran buat tak tahu. Okay. Okay.

"Hi teacher!" Ha sudah siapa pulak ni? Memang semua orang nak tegur Adara depan 4C ni ke? Dah dah lah tu. Bagi lah Adara ni masuk dulu.

"Hi Cirah! Awalnya Cirah sampai harini." Insyirah yang menegur Adara tadi.

"Harini papa yang hantar Cirah. Sebab tu dapat awal sikit. Hehehe."

"Assalamualaikum Puan." Encik Akram menegur Adara seperti biasa. Adara senyum ke arah Akram. Akram harini kelihatan segak dengan kemeja hitamnya. Kebetulan sama colour dengan Adara. Adara pun pakai hitam harini.

"Eh? Sama hitam lah kita harini." Adara pun dengan kebodohannya pergi berkata seperti itu.

Wajah Zafran dan Dian dah berubah. Lagi-lagi Zafran. Dia geram sebenarnya. Aku dah cakap dengan Adara ni. Jangan tegur-tegur dengan mamat ni. Degil betullah dia ni.

Akram tergelak. "Kebetulan pula kita harini ya puan."

Adara senyum sahaja.

"Jom semua! Ikut teacher masuk! Cirah dah salam papa belum? Boy go salam baba." Mereka pun salamlah kedua ibu bapa mereka.

"Dah jom! Dian, aku gerak dulu. Encik, saya masuk dulu ya?" Adara hanya tegur Dian dan Akram sahaja. Tak pandang Zafran pun. Nak buat apa? Dia ignore kita tadi. Tak nak lah kita buat isteri Zafran jealous. Kita sebagai yang kedua kena sedar tempat kita kat mana. Sebab Adara sedar diri lah dia tak nak lebih-lebih.

"Teacher! Tunggu lah Adam!" Adam yang baru sampai juga berlari tergedek-gedek masuk ke 4C.

Zafran dan Dian abaikan kehadiran Akram dan terus sahaja mahu masuk ke dalam kereta. Belum sempat Zafran masuk, Akram dah tegur.

"Eh? Encik? Yang ni siapa?" Akram soal dengan wajah pelik sambil menunjuk ke arah Dian.

"None of your business." Zafran balas dingin dan terus masuk ke dalam kereta. Member bengang tak kena tegur. Kena layan macam halimunan je tadi.

Dalam perjalanan Zafran menghantar Dian pulang, Dian berkata,

"Tadi tu siapa bang?"

"Entah."

"Kenapa dia tanya macam tu tadi bang?"

"Entah tak tahu."

"Abang, kenapa ni? Tadi okay je."

"Tadi tu Akram nama dia. Dia tahu yang abang dengan Adara dah kahwin." Zafran bercakap macam nak tak nak je. Malas.

Mende entah. Acah je. Eleh baju sama konon. Kebetulan je pun. Aku pun ada lah baju warna hitam. Zafran bermonolog dalam hati. Tak puas hati.

Selepas menghantar Dian, Zafran terus capai telefonnya dan menelefon Adara.

"Hello Zafran." Adara jawab.

"We need to talk."

"Talk? Talk mende? Sekarang ke? Tengah kerja ni kan?" Adara membalas lembut.

"Lunch dengan aku."

"Harini ke? Ala saya baru plan nak lunch dengan geng saya."

"Lunch dengan aku harini, Adara. Aku suami. Dengar cakap aku."

Adara menarik dalam nafasnya.

"Hm yelah." Adara menjawab dengan suara perlahan.

"Nanti aku ambil kau." Adara diam tidak membalas.

"Dengar tak?"

"Hm."

"Apa dia?"

"Hm."

"Hm! Hm! Ha elok lah tu hm kan suami. Elok Adara elok. Buat lah lagi. Biar masuk neraka."

"Ya lah suamiku sayang. Awak jemput saya lunch nanti kan? Iya saya dengar. Saya faham."

Zafran terdiam. 'Suamiku sayang'?

"Saya letak dulu ya? Saya ada kerja ni. Bye assalamualaikum suami."

Zafran terpempan. Jantungnya berdebar. Dah kenapa? Ish gila kau ni Zafran. Apa benda kau fikir ni? Kau suka dia ke? Peh amende do kau Zafran. Kau gila ke? Tak, tak boleh. Zafran dah geleng-geleng kepala. Aku kena setia dengan Dian. Aku sayang dia sorang je. Adara tu sementara je.

*********

Adara's POV

Seperti dijanjikan, Adara sekarang sedang menunggu Zafran untuk menjemputnya untuk makan tengah hari. Adara sedang duduk melongok di pintu pagar seperti orang bodoh.

"Mana ni? Lapar dah ni." Adara bercakap sorang-sorang. Dahlah panas. Adara pun bodoh. Dia tak tahu kenapa dia tunggu kat luar. Padahal boleh je tunggu kat dalam.

Sedang dia sepak-sepak batu kecil, kereta Zafran berhenti betul-betul dihadapannya. Dan Zafran hon. Adara pun terkejut. Dah kenapa? Mesti lah Adara perasan Zafran dah sampai. Dia berhenti betul-betul depan Adara kot. Muka Adara berkerut. Kalau sehari tu tak cari pasal, memang tak boleh agaknya.

Adara pun terus berjalan masuk ke dalam kereta. Adara buka pintu kereta belakang dan masuk. Zafran pun bising.

"Kau dah kenapa? Ingat aku driver grab kau ke? Kau duduk depan."

"Tak nak. Awak lambat. Jadi saya nak duduk belakang."

Zafran geram. Dia keluar, dia terus pergi ke pintu belakang belah kanan dan buka. Adara terkejut. Dia menjerit dan terus keluar dari pintu sebelah kiri. Dan terus berlari ke pintu hadapan dan masuk ke dalam kereta. Dan sekarang Adara berada di tempat duduk penumpang di hadapan.

"Memang nak kena tunggu kena marah ke baru nak bergerak?" Zafran membebel setelah dia masuk ke dalam kereta. Adara diam je. Takut.

Sepanjang perjalanan, Adara diam je. Takda rasa nak bercakap. Zafran pelik. Dia menunggu je Adara keluarkan suara. Adara kan banyak cakap. Asal tiba-tiba tak nak bercakap ni? Dah bisu?

Zafran toleh ke arah Adara. Kereta pun sunyi je. Kalau ikutkan si Adara ni mesti bising nak connect bluetooth. Katanya nak dengar lagu favourite song at the moment. Ni diam je.

Sedang Zafran bawa kereta, tiba-tiba kereta di depan mereka buat emergency brake, Zafran terkejut lalu dia cepat-cepat brake juga. Sebelah tangan Zafran memegang stereng, sebelah lagi digunakan untuk menahan badan Adara dari terhentak di dashboard. Adara terkejut. Elok dia tengah berangan nak order apa tadi, terus hilang.

"Apa ni tiba-tiba brake ni?!" Zafran marah lalu hon kuat-kuat. Typical pemandu kereta.

Sampai di tempat makan, mereka ambil makanan. Zafran bawa Adara makan makanan berlauk. Di bahagian lauk, banyak Zafran yang tanya Adara itu ini.

"Nak ni tak?" Adara geleng.

"Nak ni?" Adara angguk.

"Banyak ke sikit?"

"Banyak sikit."

"Ni nak?" Adara geleng.

"Ni?" Tak nak juga.

"Itu je?" Adara angguk.

"Dah jom."

"Nak order air apa?"

"Sirap ais." Adara jawab.

"Kat rumah takda sirap ke?" Zafran gurau.

Adara menjeling Zafran. Zafran gelak.

"Sirap ais dua kak. Kurang manis."

"Ala nak manis."

"Tak elok Adara."

"Buuuuu bosan sia dia ni!" Adara bising.

"Makan Adara."

"Tak nak lah dulu. Takda air. Tekak kering. Jap nak pergi basuh tangan." Adara bangun meninggalkan Zafran di meja dan menuju ke tempat basuh pinggan.

Lepas je Adara basuh tangan, Zafran pula bangun membasuh tangan.

"Dah jom makan!" Air dah sampai, jadi Adara boleh makan dah.

Sedang Adara menikmati makanannya, telefonnya berbunyi. Adara lihat siapa pemanggilnya.

Aidid Shah. Adiknya.

"Hello adikku." Adara sapa teruja. Dia memang suka kalau bercakap dengan adiknya. Adiknya selalu rimas tapi Adara tak kisah. Yang penting adiknya comel. Her only baby brother.

"Kak, heheheheh." Itulah intro Aidid kalau nak minta sesuatu. Biasanya duitlah.

"Ha mende?!" Adara menguatkan sedikit suaranya.

"Nak sesuatu." Aidid membalas.

"Apa dia? Takda ah takda takda."

"Ala tak tahu lagi Did nak apa."

"Apa dia? Cepat lah. Akak tengah makan ni."

"Nak duit sikit boleh tak? Wakil pelajar ada anjurkan trip ni. Did nak pergi. Hehe. Tapi no money."

"Berapa?"

"Trip tu RM 200. 3 hari 2 malam. Tapi ikut akak lah nak transfer berapa. Lebih pun apa salahnya." Aidid gelak gedik-gedik.

"Hm okay nanti akak transfer."

"Yeay alhamdulillah. Terima kasih akak. Akaklah kakak Aidid yang paling baik! Paling penyayang. Paling cantik!"

"Yelah Did. Akak tahu semua tu. Dah bye. Akak nak makan."

"Bye akak. Makan elok-elok. Kang tercekik pastu mati pastu Did tak dapat duit."

Adara terus menutup panggilan itu.

"Saya ni kan awak. Tak faham dengan adik saya ni. Saya ni kerja babysitter je. Abang-abang dia dengan kakak dia lagi sorang tu kerja lagi gempak. Gaji besar. Tapi dengan saya juga yang dia minta duit. Dulu waktu saya study pun dia minta saya duit. Padahal masa tu saya student tau. Tak faham saya. Nak kata saya berduit, abang-abang saya lagi berduit. Ish ish ish." Adara menggeleng kepala mengenang nasibnya.

"Mungkin sebab kau takda anak lagi. Jadi dia anggap kau takda commitment lagi." Tangan Zafran melangkau ke pinggan Adara untuk mencubit sikit ayam Adara. Ayam dia dah habis.

"Aqil dengan Arif dengan Kak Dira kan dah berkeluarga. Jadi Aidid tak nak kacau lah agaknya." Zafran tambah lagi.

"Hm okay mungkin juga. Logiklah. Tapi yang masa saya belajar kenapa dia minta juga?" Adara tanya lagi.

"Dengan kau je dia selesa agaknya nak meminta. Kau kan baik dengan Aidid tu."

"Hm haah juga kot. Pernah juga dia bagitahu."

Tangan Zafran sekali lagi melangkau nak ambil lagi isi ayam dari pinggan Adara. Adara tepuk tangan Zafran.

"Dah lah tu. Habislah ayam saya. Saya nak makan apa?"

"Ala sikit je."

"Tak boleh. Awak nasi dah habis. Saya belum lagi. Jadi jangan ambil makanan saya."

"Kedekut gila."

"Ni aku nak tanya kau. Apesal kau menggatal sangat dengan si siapa tu? Ikram? Akram?"

"Bila?"

"Tadi tu. Yang eleh acah je kata baju kita samalah eh eh." Zafran berkata dengan suara yang menganjing Adara.

"Oh. Ala betul lah tu. Memang sama pun. Saya cakap jurrr."

Zafran tenung tajam wajah Adara. Dia menggigit pipi dalamnya. Geram.

"Kan aku dah cakap, jangan bercakap dengan dia. Dia kan tahu kita dah kahwin."

Adara diam. Dia baru teringat. Dahlah ada Dian tadi. Adara angkat bahu.

"Entah. Biarlah dia. Bukannya dia boleh buat apa pun."

*********

Adara's POV

Adara sedang bersiap sekarang ni. Sekarang waktu baru lepas isyak. Adara memakai loose jeans, sweatshirt dan dipadankan dengan tudung bawal. Adara sudah plan dengan kawan-kawannya Amelia, Alex dan Danish untuk tonton wayang pada malam ini. Esok cuti umum. Jadi boleh lah keluar malam-malam.

Sudah menyemburkan perfume, Adara terus mencapai beg tangannya dan berlalu keluar. Adara decide untuk drive sendiri walaupun Amelia sudah menawarkan diri untuk menjemput Adara. Tapi Adara menolak. Ini kerana dia malas mahu menjawab pertanyaan Amelia jika ditanya tentang rumah itu. Macam Danish tempoh hari.

Selesai mengunci pintu, Adara terus masuk ke dalam keretanya. Dan Adara baru teringat yang dia belum minta izin suaminya untuk keluar. Tapi, Zafran kata kalau nak keluar pergi je. Tapi biasanya selama ni keluar siang je. Ni keluar malam. Minta jelah izin. Kang kalau jadi apa-apa, menyesal pula.

Adara pun mencapai telefonnya dan menelefon Zafran.

"Hello Zafran?"

"Ad?"

"Oh Dian ke ni?"

"Haah aku ni. Dian."

"Oh. Zafran ada tak?"

"Abang Zaf tengah mandi lah Ad."

"Oh yeke? Kalau macam tu, kau tolong cakapkan dekat Zafran yang aku minta izin nak keluar tau." Adara minta tolong siap-siap. Malas nak call banyak kali. Minta Dian sampaikan je.

"Okay Ad. Nanti aku sampaikan dekat Zafran."

"Okay thanks. Aku tutup dulu." Adara tutup terus telefonnya. Pelik betul ek rasa macam ni. Berkawan baik tapi berkongsi suami. Sampai bila eh?

Biarlah. Apa nak jadi, jadilah. Adara malas nak fikir. Penatlah.

Baru sahaja Adara parkir kan keretanya, Zafran telefon.

"Adara Sumayyah." Ha dia dah sebut nama panjang kita.

"Ya Zafran Idrees?"

"Kau kat mana?"

"Kan saya dah cakap kat Dian suruh bagitahu awak yang saya nak keluar."

"Ya lah, keluar ke mana?"

"Hang out. Dengan kawan-kawan. Tengok movie."

"Cerita apa?"

"Topgun."

"Cerita tu tak best lah. Aku dah tengok. Membazir je. Dah tak payah keluar."

"Saya dah sampai dah Zafran."

"Tapi aku tak bagi kau keizinan aku lagi tau."

"Ala awak cakap saya boleh keluar je."

"Tu dulu bukan sekarang. Lagipun dah malam ni Ad. Apesal tak keluar esok siang je?"

"Ala saya bukannya keluar sorang-sorang. Saya keluar dengan geng saya ni."

"Ya lah tapi nanti kau balik sorang-sorang kan?"

"Saya okay je. Saya dah biasa lah Zafran. Saya pergi eh?"

"Kau nak gerak balik nanti call aku dulu."

"Okay Zafran. Bye." Adara tutup. Dia tersengih gembira. Eee tak sabarnya nak tengok Topgun! Nak tengok scene pantai!

Sebenarnya Adara dah tengok cerita Topgun ni dengan Kak Dira mula-mula. Lepastu tahu-tahu Amelia ajak tengok lagi kerana dia belum tengok lagi movienya. Adara pun macam ala apa salahnya tengok dua kali. Cuci mata. Hewhew.

"Hi Ad!" Sapa Amelia setelah Adara sampai. Adara mendapati Danish dan Alex juga dah sampai.

"Hi! Hi Alex, hi Danish." Adara menyapa mereka.

"Jom beli popcorn dulu. Lia lapar lah. Boleh beli sekali nugget ke." Amelia menarik tangan Adara menuju ke kaunter untuk membeli popcorn.

"Ticket dah beli ke Lia?" Adara tanya. Baru teringat nak tanya pasal ticket. Nak kena bayar kat siapa?

"Dah. Online je tadi. Danish belanja kita! Yeay! Hidup Danish!" Amelia bersorak kuat. Adara dah eh eh sabarlah. Orang tengok.

"Yeke? Alhamdulillah. Terima kasih Danish. Semoga dimurahkan rezeki Danish." Danish balas hm je. Dingin betul ya seketul Danish ni.

"Thank you Daddy Nish." Tiba-tiba Alex bersuara.

"Kau diam setan." Danish marah.

"Dah jom jom! Nak start!" Alex excited. Dia pun teruja nak cuci mata juga kot.

Sekarang, dalam panggung wayang, kedudukan mereka adalaj dari kiri, Danish, Adara, Amelia dan hujung sekali Alex. Alex lah yang bagi cadangan lelaki duduk hujung. Kononnya nak protect lah tu.

Sepanjang tonton wayang itu, Adara dan Amelia tak habis-habis tersengih-sengih. Sikit-sikit ternganga. Konon tercengang lah. Sikit-sikit wahhhh. Fangirling sangat. Kalau Danish dan Alex pula memang betul-betul focus storyline. Diorang kan lelaki. Hm.

Habis sahaja menonton, Alex mengajak mereka yang lain untuk lepak mamak.

"Kita boleh je. Ad boleh?" Amelia tanya Adara. Ya lah sebab dah malam. Takut ibu bapa Adara tak kasi ke kan.

"Ad boleh je kot tapi jap Ad nak call someone." Adara terfikir Zafran je tadi. Zafran izinkan dia untuk tengok wayang je. Lepak mamak tak bagi izin lagi.

"Nak call pakwe lahtu." Danish bersuara.

"Takut sangat partner marah." Danish tambah lagi.

"Eeee kau ni dodo. Kalau Adara call pakwe dia pun apa salahnya. Kita ni kalau dah ada partner kena buat cara ada partner. Kena lah inform dia apa kita buat. Takda lah partner tertunggu-tunggu. Kot-kot partner Ad ni tengah tunggu nak on call ngan Ad ke kan. Ha. Ish kau ni dodo. Teruk ah. Patutlah takda awek." Amelia bidas Danish kaw-kaw.

"Tapi Ad memang dah ada partner kerr?" Amelia tanya Adara.

"Eh bukan. Bukan pakwe lah. Hehe." Adara sangkal pertanyaan Amelia.

"Eleh kau Lia acah konon ber on call bagai. Inform partner lah tulah nilah. Couple tu haram tahu tak. Apa lagi buat macam tu. Tak takut api neraka ke?" Danish tanya. Provok Amelia.

Baru je Amelia nak tarik nafas, nak counter balik, Alex bersuara.

"Eeee korang ni bising lah. Jom lah. Takkan lah nak berdiri kat sini macam orang bodoh. Ad, awak call lah cepat."

Dan mereka baru sedar yang memang mereka berdiri macam orang bodoh kat depan pintu exit panggung wayang itu.

Adara pun teruskan niatnya untuk telefon Zafran.

"Hello?"

"Hello Zafran. Tak tidur lagi ke?" Adara tanya.

"Tak. Belum lagi. Tengah buat kerja. Kenapa?"

"Oh. Hehe. Saya nak minta izin lagi ni. Ada sorang member saya ni ajak lepak mamak. Boleh tak?"

"Lepak mamak? Dah pukul berapa ni, Ad? Kau tu perempuan. Tak elok keluar malam lama-lama."

"Ala boleh lah Zaf. Saya dah lama tak lepak-lepak macam ni. Dengan kawan-kawan."

"Kau ni suka betul raih simpati aku kan?"

"Ala apa salahnya. Bukan selalu. Boleh eh Zafran? Nanti saya belanja awak."

"Hm boleh. Tapi ingat. Nak balik nanti, call aku balik."

"Okay, baik Zafran. Terima kasih. Jangan tidur lambat-lambat. Tak elok."

"Kau tu. Cakap aku pula. Kau tu tak elok keluar lama-lama. Jangan lupa jalan balik rumah pula."

"Ya suamiku. Terima kasih byeee nak lepak mamak!"

Adara terus tutup telefon.

"Korang dah jom! Yeay boleh lepak!" Adara menjerit teruja.

Mereka terus bergerak menaiki kenderaan masing-masing. Amelia dengan Alex satu kereta, Adara dengan keretanya dan Danish dengan motornya.

"Seksinya Daddy Nish kita naik motor tu. Rawrrr. Aummm." Alex berkata setelah duduk di meja kedai mamak itu.

"Kau diam lah bodoh. Kau ni aku sunat kau kang, menangis!"

"Sunat lah sunat lah. Tak takut pun! Wekkk." Alex menjelir lidahnya.

"Ish! Ha aku kang ha." Danish acah-acah nak bangun pukul Alex. Dan Alex sudah lari jauh dari meja itu. Takut. Danish bukan betul. Takut dia betul-betul kang guna pisau mamak tu. Tak nak lah macam ni. Takut.

"Korang! Dahlah jangan gaduh. Bodoh lah korang ni." Amelia dah bersuara.

"Eleh kau! Acah je." Danish kecam Amelia.

"Kau pun sama je!" Danish kecam Adara pula.

"Apa salah aku sia. Aku duduk diam je do tadi." Adara berkata.

"Dahlah korang ni. Bising! Makanan dah sampai ni ha." Alex berkata sambil menyusun pinggan di atas meja.

"Weh korang. Dengar lah ni Lia nak ceriterrr."

"Hm?" Danish respon.

"Ada sorang jejaka ni. Dia nak try Lia tau."

Danish mengangkat kepalanya dari makanannya.

"Siapa jelah nak kau ni Lia?" Danish berkata.

"Eh ingat aku tak laku ke? Ha dahlah yang usha aku ni elok betul. Tinggi. Handsome. Kaya. Peh! Cenggini!" Amelia buat chef kiss.

"Sedap ke?" Alex tanya.

"Kau dah rasa dia ke?" Danish pula tanya.

"Bapak jijik sia korang ni." Amelia pasrah.

"Siapa dia Lia?" Adara baru tanya soalan serious.

"Ala tak nak lah bagitahu sekarang. Sebab kitorang baru-baru je lagi kenal. Hehehe." Amelia malu-malu.

"Apa salahnya Lia. Kalau okay, baik, kahwin je." Adara bagi cadangan.

"Kaya kan? Ha dah elok sangat. Zaman sekarang perempuan memang kena cari kaya-kaya terus. Takda dah istilah susah senang bersama. Sekarang barang semua naik harga. Mahal. Nak beli skin care pun mahal tau sekarang ni." Adara mula berhujah.

"Habistu lelaki yang kerja biasa-biasa tak boleh kahwin ah?" Danish tanya.

"Bukan maksud aku tak kahwin. Dia macam ni tau, kalau kau tahu yang kau tak mampu lagi untuk kahwin, tak payah lah kahwin dulu. Buat lah savings dulu. Sediakan apa yang patut. Rumah ke kereta ke. Nanti kahwin bini kau nak duduk mana? Rumah family kau? Tolong lah jangan. Isteri pun nak privacy tau." Adara sambung hujahnya.

"Sebab tulah, baik lelaki ke perempuan, kalau nak kahwin, jangan fikir sebab dah sayang, sebab nak halalkan hubungan semata. Habistu tanggungjawab semua tu macam mana? Perkahwinan ni bukan satu perkara yang kecil tau. Kahwin ni adalah mana kau kena terima kekurangan partner kau. Kau nak hidup dengan dia lama tau. Takkan nak sekerat jalan je? Kata sayang?"

"Kalau yang perempuan pun, kalau dah tahu lelaki tu tak mampu nak hidup mewah, kau pula jenis high standard, jangan lah expect lebih. Jangan lah asyik meminta. Carilah yang sekufu. Lelaki pun, kau tahu tak mampu, tapi nak perempuan yang lawa, high standard tapi bila perempuan demand lebih, kau kata dia materialistik pula."

Amelia, Alex dan Danish khusyuk mendengar.

"Kalau dah kahwin nanti, masing-masing kenalah tahu tanggungjawab masing-masing. Berbagilah tugas tu. Isteri dah masak, suami tolong kemas dapur. Isteri dah sapu, suami tolong lah mop lantai. Isteri dah lipat baju, suami tolong lah susun masuk almari. Lepastu kalau suami susah, kena buang kerja ke apa, isteri kena lah bagi support. Sama-sama cari kerja ke. Jangan lah terus nak minta cerai ke apa. Yang suami pun kenalah usaha cari duit lebih. Kau nak bagi anak orang makan apa? Lepastu ha tak masuk lagi bab kalau ada anak. Pikir baju baby tu murah? Pampers murah ke? Mahal juga tau. Susu tepung pun mahal tau."

"Kesimpulannya, kalau nak kahwin tu, pikir balik niat nak kahwin kerana apa? Lepastu, make sure ada savings. Bukan setakat untuk majlis ke duit hantaran je. Tapi untuk emergency juga. Lepastu, kalau ada misunderstanding, jangan lah pendam. Spill. Bagitahu partner kau. Jangan diam. Communication is the key. Lagi satu, kalau dah kahwin, jangan putus doa. Doa selalu supaya Allah sentiasa jaga hati korang. Ingat, jangan sayang suami atau isteri lebih dari kita sayang Allah dan rasul kita. Itu je. Kalau ada apa-apa jadi dalam perkahwinan korang, ingatlah, itu ujian. Tanda Allah sayang kita." Adara berhenti cakap. Sekian bebelan dari Adara.

"Wow." Alex berkata.

"Bangganya aku dapat kawan macam kau ni." Danish pula masuk.

"Betul apa yang Adara cakap. Aku setuju. Cari yang sekufu. Betul. Lepastu, betulkan niat nak kahwin tu." Amelia pula berkata.

"Korang ni kelakar lah!" Adara gelak besar.

"Aku cakap macam tu bukan apa. Aku usha twitter, tiktok semua tu, budak-budak zaman sekarang kemain bergaduh pasal benda-benda macam ni."

"Ye do. Aku perasan gak." Amelia berkata.

Selesai makan, malam makin larut, mereka buat keputusan untuk pulang ke rumah masing-masing. Adara pergi ke keretanya dan tiba-tiba Danish berkata,

"Nak aku teman balik tak? Dah malam ni."

"Boleh ke?" Adara tanya balik.

"Boleh je. Aku okay je."

"Ha boleh lah. Hehe. Terima kasih." Adara terus masuk ke dalam kereta.

Selepas memulakan perjalanan, Adara baru teringat yang dia kena telefon Zafran. Adara pun ambil telefonnya dan menelefon Zafran.

"Hello?"

"Hello Zaf. Tak tidur lagi ke?"

"Tak. Belum lagi. Banyak lagi kerja." Zafran menguap.

"Tak elok lah Zaf hadap kerja lama-lama. Nanti otak penat. Kerja tu sampai bila tak habis."

"Hm tahu. Tapi kejap lah. Lagi sikit."

"Ni saya dah on the way balik rumah ni."

"Dah habis lepak lah ni?"

"Dah!"

"Best lah tu?" Zafran bertanya lembut.

"Best!"

"Sekarang kan Zaf, ada kawan saya yang lelaki tu hantar saya balik. Dia follow saya dari belakang. Sweet kan?"

"Siapa? Kawan yang mana?"

"Danish tu. Peh. Dengan motor besar dia. Dia single lagi. Boleh lah saya masuk jarum." Adara gelak.

"Berani ke?" Zafran tanya.

"Berani jelah. Kenapa tak berani pula?" Adara tanya pelik.

"Kau tu dah kahwin tau Adara. Kau bercakap dengan suami kau tau sekarang ni."

"Ala kan nanti saya single juga. Apa salahnya sediakan payung sebelum hujan."

"Benci lah cakap ngan kau ni Adara. Dah bye."

"Eh eh kenapa dah bye pula. Teman lah saya drive ni." Adara gelak.

"Tak nak kau jahat."

"Mana ada saya jahat. Tak baik tau. Teman lah saya."

"Hm."

"Nyanyi ah sikit." Adara sakat Zafran.

"Tak nak suara aku mahal."

"Ala belanja ah sikit. Haritu nyanyi semut kawad tu sedap tau. Nak dengar lagi."

"Kau diam Adara. Aku tutup kang. Aku block kau terus."

Adara gelak. Zafran ni kelakar lah. Suka marah-marah tapi comel je.

"Dian dengan anak-anak dah tidur ke?" Adara tanya sambil pusingkan stereng nya. Sambil tu matanya tengok Danish ikut lagi ke tak.

"Tidur dah. Dah pukul berapa dah Adara. Kita je tak tidur lagi."

"Ada lagi yang tak tidur."

"Siapa?"

"Danish."

"Kau sebut nama dia lagi, aku tutup betul Adara."

"Yelah yelah ish."

************

Okay itu sahaja untuk chapter kalini. Terima kasih semua.

Mana yang salah tu, tegur lah saya.

Kalau suka, vote dan komen ya. Terima kasih.

Thank you, i love you <3

Continue Reading

You'll Also Like

12.5K 494 11
Cahaya Ayrin Dalisha. Berpindah sekolah dari International School kepada sekolah biasa. Akhirnya dia membuka identiti sendiri, contact lense yang sel...
163K 14.3K 61
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
406K 19.3K 46
Aurora Arabella, seorang gadis manis, lembut dan ayu. Dia sangat hebat dalam peperiksaan yang menyebabkannya selalu mendapat tawaran setelah habis se...
615K 21.8K 72
MEGAT HARITH × AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh...