Pilihan Kedua | C

By farahnotfara

1.2M 61.7K 10.8K

Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Mac... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
bukan update
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
bukan update pt 2
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
epilog
dari hati
Chapter 58- happy
Chapter 59- happy
Chapter 60- happy
Chapter 61- happy
Chapter 62- happy
Chapter 63- happy
Bonus Chapter
Raya 1
Raya 2
Raya 3

Chapter 15

14.6K 724 71
By farahnotfara

Happy reading!

***********

"Happy betul?" Ada satu suara menegur. Siapa? Si Zafran bodoh bebal tu lah. Siapa lagi?

Adara pandang Zafran. Zafran sedang menyandar di dinding sambil memegang mug. Zafran dari tadi perhatikan Adara. Dari Adara kat luar lagi, Zafran dah dengar nyanyian Adara. Jadi, nampak tak? Adara nyanyi kuat. Bukan slow.

Happy betul Adara sampai nyanyi kuat pun tak sedar, suami tengah bersandar kat dinding pun tak sedar.

"Happy lah! Dapat jalans-jalans." Adara berjalan menuju ke arah Zafran.

"Awak buat apa balik sini?"

"Eh? Kenapa? Tak boleh ke? Memang kena ada sebab ke kalau nak balik rumah sendiri?" Ha tu sial dia nak mula dah.

"Hek eleh! Bapak cliche. Saya tanya je pun. Jawab jelah." Adara mencebik. Dia intai isi dalam cawan yang dipegang oleh Zafran. Coffee. Adara terus capai cawan itu. Zafran biar je. Adara pun hirup sikit. Hm sedap!

"Nah." Adara bagi balik. Zafran jeling dan teruskan minum.

"Kau tak cerita dekat aku pun kau ada kawan baru?" Zafran tanya setelah duduk di kerusi meja makan. Zafran menarik kerusi disebelahnya dan mengisyaratkan matanya ke arah Adara untuk suruh Adara duduk sekali.

"Saya baru je kenal diorang. Ada lah dalam sebulan. Saya tak nak bagitahu sebab baru lagi kan?" Adara terpaksa tipu. Ala sorrylah. Nanti Adara minta maaf.

"Kenal dorang dekat mana?" Aduh. Nak jawab apa ni.

"Macam Amelia tu kata tadi lah. Kat twitter. Masa itu kitorang ada kecam sorang lelaki kat twitter ni. Yelah. Dia pergi tweet benda bodoh. Ha sejak itu, kitorang jadi bestie!" Nasib baik Adara ingat jawapan Amelia tadi.

"Kalau yang lelaki dua orang tu?"

"Diorang tu mula-mula kawan Amelia. Lia yang kenalkan dekat saya. Turns out diorang baik je. Saya suka kawan dengan diorang." Adara capai lagi cawan Zafran. Nak minum lagi. Sedap!

"Aku nak kau hati-hati. Aku bukan apa. Aku faham, diorang kawan kau. Tapi kau baru kenal kan?" Zafran tanya sambil memerhati Adara yang sedang menanggalkan tudungnya. Baru teringat nak tanggal tudung.

"Ya saya tahu. InshaAllah."

"Diorang tahu tak kau dah kahwin?" Zafran tanya.

"Tak pun."

"Kenapa tak bagitahu?"

"Nanti kalau diorang nak tengok muka suami saya macam mana?"

"Tunjuk jelah muka aku."

"Eleh! Boleh ke?"

"Boleh lah. Asal tak boleh pula?"

"Yelah haritu kata nak lepaskan. Kang kalau saya bagitahu saya dah kahwin, eh tahu-tahu janda. Hm tak nak lah. Malu." Adara berkata sambil tergelak.

Zafran terdiam. Dia tenung wajah Adara yang sedang gelak tu. Kena lepaskan ke? Zafran berdehem.

"Habistu, kau dah ada kawan baru ni, tak bercerita dengan aku dahlah?" Zafran tanya lagi.

"Ish bercerita jelah! Saya suka bercerita. Jadi, awak kena dengar je tauu."

"Kau dah solat asar belum?"

"Belum hehe." Adara perlahan-lahan bangun.

"Kau solat sekarang. Nak kena sebat ke?"

"Yelah nak solat lah ni. Eleh tadi awak yang ajak saya borak dulu." Adara mencebik.

"Menjawab! Eh nak kena lah dia ni. Mana rotan aku ni?" Kepala Zafran tertoleh kiri kanan konon tengah cari rotan.

Adara tergelak kuat. Bodoh je Zafran ni. Ingat dia budak-budak ke?

Zafran tanpa sedar tersenyum pandang Adara yang sedang tergelak itu.

Zafran ambil tudung dan scarf Adara yang tertinggal atas meja dan dimasukkan ke dalam washing machine.

Waktu maghrib, mereka tidak berjemaah kerana Zafran mahu berjemaah di surau taman perumahan itu. Jadi, Adara solat bersendirian sahaja.

Habis waktu isyak, barulah Zafran pulang ke rumah. Semasa Zafran masuk ke rumah, dia terhidu bau sesuatu. Sesuatu yang digoreng. Jadi, Zafran terus berlalu ke dapur.

Dan disitu, Adara sedang meggoreng sesuatu. Adara masih tak perasan dengan kewujudan Zafran. Sebab Adara tengah pakai airpods. Dengar lagu. Zafran perhati je.

"Jika memang ini tak ada harapan,
Mengapa aku yang harus jadi tujuan,
Saat hatimu terluka aku yang jadi ubatnya,
Tanpa pernah kau hargai- Allahuakbar!"

"Zafran Idrees! Dah berapa lama awak kat situ. Ya Allah terkejut saya. Ingatkan siapa tadi!" Adara terkejut. Sampai terlepas sudip di tangannya. Dia mengurut-urut dadanya. Rasa macam dah lama tak rasa terkejut macam ni. Adara ni kalau ada penyakit jantung, memang innalillah dah tadi.

"Dengar lah lagi lagu kuat-kuat. Ni nasib baik aku yang masuk. Kalau perompak haritu?" Zafran berkata selepas meletakkan dua bungkus makanan di atas meja makan.

"Takdanya nak masuk orang lagi dah. Orang dulu-dulu cakap, kalau sekali tu rumah dia dah kena pecah masuk, lepastu takda siapa dah nak pecah masuk." Adara mengeluarkan hujahnya.

"Tapi perompak tu tak masuk lagi kan? Jadi alasan kau tak valid lagi." Zafran menjawab lagi.

"Ala tapi saya dah nampak dia. Jadinya mesti dia tahu! Dia tahu, dia tak masuk dahlah. Sebab dia takut dah."

"Menjawab!"

"Awak tanya, saya jawab lah!" Adara lawan.

"Cuba sekali tu aku cakap, dengar. Nak kena jadi apa-apa baru nak terngadah ke?"

"Saya jawab je pun!"

"Eh dia ni kang! Kau tunggu. Aku ambil rotan aku."

"Eleh! Saya pun bolehlah sebat awak! Guna hanger! Mana hanger aku?!"

Zafran menarik dalam nafasnya. Sabar, Zaf. Sabar.

"Kau goreng apa tu?" Zafran tukar topic. Bukan apa, dia risau Adara baling kuali yang ada minyak panas tu.

"Saya goreng karipap ni ha. Karipap pusing."

"Kau beli bila?"

"Tadi, ada kat sorang makcik tu. Jual karipap frozen. Saya nampak macam sedap je. Dahlah saya memang suka karipap pusing."

"Ni, kat surau tadi ada makanan. Nasi ambeng. Aku ambil dua. Jom ah makan sekali lepas kau habis goreng tu." Zafran berlalu dari dapur ke ruang tamu. Nak ambil telefon. Lepas ambil telefon, Zafran pergi semula ke dapur dan mengambil air sejuk dan dua pinggan kosong.

Zafran mengeluarkan dua nasi itu dan meletakkan di pinggan kosong. Senang sikit nak makan.

Adara selesai menggoreng karipap kegemarannya. Harap-harap sedap.

"Joms makans."

Selesai makan nasi, mereka makan karipap pula.

"Peh sedap! Rangup! Isi pun tak kedekut. Approved!" Adara menepuk tangannya sambil menggoyangkan badannya. Reaksi perempuan bila makanan sedap.

"Hm sedap." Zafran mengiyakan. Memang sedap pun. Zafran is not a big fan of karipap pun. Tapi dia approved juga.

"Ayah jadi kan datang nanti?" Zafran tanya.

"Jadi, inshaAllah. Kenapa?"

"Takda apa. Saja tanya. Nanti kalau aku free, aku balik."

"Okay!"

"Makanan apa lagi kau suka selain karipap pusing ni? Karipap biasa tak suka?"

"Karipap biasa tak gemar sangat. Tapi boleh lah makan. Saya suka tomyam. Memang favourite gila! Lagi, saya suka mee goreng, kuey teow ladna, bihun sup, sup ayam, fries, lagi apa entah. Banyak juga lah. Tapi paling favourite, yang saya sebut tadi."

"Kalau awak? Suka makan apa?"

"Aku takda specific food yang aku suka. Kalau makanan tu sedap, aku suka lah."

"Faham."

Selesai makan, Zafran volunteer nak tolong kemas dapur, jadi Adara bagi jelah. Jarang-jarang orang nak tolong, jadi Adara tak nak lepaskan peluang ini. Dia bagi Zafran kemas. Adara terus pergi ke ruang tamu, buka tv. Buka netflix.

Sedang Adara pilih movie apa nak ditonton, Zafran dah settle kemas dapur. Zafran terus labuhkan duduknya disebelah Adara.

"Kau suka apa lagi?" Eh? Tak habis lagi soal suka tak suka ni?

"Chelsea." Adara jawab sambil mata dan tangan bergerak ke arah televisyen.

"Chelsea? Football club tu?" Zafran tanya.

"Haah. Awak suka club apa?"

"Aku suka Liverpool."

"Liverpool. Hm lopek ah."

"Lopek kau kata? Wah wah! Eleh kau suka pun mesti sebab handsome je kan. Chelsea kan ramai player good looking. Orang siap gelarkan good looking fc."

"Eeee mana ada sebab handsome! Sebab diorang hebat lah." Adara menyangkal dakwaan Zafran keatas dirinya.

"Eleh kau! Okay kalau macam tu, kau minat siapa?"

"Mason Mount." Adara berkata perlahan.

"Ha! Aku dah agak! Ni first Mason Mount, second mesti Kai Havertz." Adara diam. Betullah tu sebenarnya.

"Mana ada saya minat diorang je. Saya minat Kante juga. Ha! Kante! Kante kan cute. Baik pula tu!"

"Kante memang semua orang suka. Aku pun minat dia juga."

"Awak kat Liverpool minat siapa?" Adara tanya pula.

"Salah."

"Lagi?"

"Arnold. Alexander Arnold." Adara mengangguk.

"Macam mana kau boleh minat Chelsea?" Zafran tanya.

"Masa tu tengah world cup. Lepastu Mount lalu fyp tiktok saya. Saya tengok, macam huish handsome betul. Dia main untuk England. Jadi, saya minat England. Lepas je world cup habis, saya minat Chelsea pula. Sebab ada Mount. Hehehehehe." Adara sengih lebar sambil menggerak-gerakkan kakinya. Excited borak pasal crush.

"Ni lah perempuan. Minat bola sebab handsome je. Bukan sebab skill."

"Ala biarlah! Saya tengok apa game diorang. Haritu Mount hat trick kot."

"Hm yelah Adara Sumayyah."

********

Pagi subuh itu, Adara tersedar kerana bunyi azan berkumandang. Adara rasa macam pelik. Dia tidur dekat mana ni? Adara cuba buka mata walaupun susah. Terkebil-kebil Adara disitu.

Oh kat ruang tamu. Aku tidur kat sofa lah ni. Adara bangun sambil mengalihkan tangan yang berada di atas perutnya. Tangan?! Adara pandang ke sebelah. OMG! Jantung Adara berdetak laju. Zafran betul-betul ada disebelahnya. Aku tidur dengan dia atas sofa sempit ni ke? Takda lah sempit sangat. Tapi sempit lah untuk dua orang tua tidur berdua atas tu.

Adara perlahan-lahan menatap wajah Zafran. Zafran tidur lena. Masih tak sedar yang dia peluk Adara. Kalau sedar ni, mahu terbalik sofa ni. Entah-entah Zafran buang terus agaknya.

Adara mengangkat tangannya perlahan. Mahu menyentuh wajah Zafran. Tapi terhenti. Tak jadi nak sentuh. Takut Zafran tersedar. Jadi Adara tenung sahaja wajah tidur itu.

Kita memang kena berpisah ke Zafran? Awak layan saya baik. Saya perempuan, ada hati. Hati saya lemah. Salah saya sebab jatuh suka dekat awak. Salah saya sebab jatuh sayang dekat awak. Salah saya sebab jatuh cinta dekat awak.

Padahal saya tahu, awak bukan milik saya pada awalnya. Selamanya bukan. Saya yang salah dalam hal ini. Awak dah cakap dengan saya dari awal, jangan jatuh cinta dengan awak. Tapi saya yang salah. Saya yang jatuh cinta. Takpa, perasaan saya tak penting pun. Dian sihat nanti, saya dulu yang pergi tinggalkan awak. Saya nak awak bahagia. Saya tahu, cinta tak boleh dipaksa. Saya tak salahkan awak. Awak layan saya baik sebab saya isteri awak. Awak perlu berlaku adil. Terima kasih Zaf sebab layan saya baik. Ini pun dah cukup memadai untuk saya.

Tiba-tiba Zafran bergerak. Adara cepat-cepat pejamkan matanya. Buat-buat tidur. Adara dapat rasa yang Zafran bergerak disebelahnya. Mesti Zafran terkejut.

Lepastu Zafran diam. Zafran tidur balik ke? Baru sahaja Adara mahu buka matanya perlahan, Adara rasa sesuatu benda lembut sentuh dahinya lama. Zafran cium dahi aku? Adara terpempan. Terkejut. Adara teruskan lakonan tidurnya. Takut.

Lepas itu, baru Zafran bangun dan berlalu ke biliknya. Meninggalkan Adara yang jantung nya berdetak laju bagai nak terkeluar dah tu.

**********

Zafran's POV

Pada hari isnin, di sini Zafran, duduk di dalam bilik pejabatnya meneliti segala dokumen berkenaan kewangan syarikat ini.

Ketukan di pintu bilik pejabat telah menyentakkan fokus Zafran tentang kerjanya.
"Masuk."

Ameerul masuk.

"Tuan, saya dapat info tadi, Izzad dah berhenti kerja."

"Izzad? Berhenti kerja? Kenapa?"

"Itu kami tak tahu Tuan. Dia terus menghilangkan diri. Sarah ada cuba call pun nombor dah takda dalam perkhidmatan."

Zafran terdiam. Baru minggu lepas dia berjumpa Izzad. Dia bertanya Izzad soal pelaburan itu. Tapi Izzad masih seboleh-boleh menyangkal semua dakwaan itu.

"Maria?"

"Maria pula dah seminggu hilang Tuan. Haritu dia kata nak cuti 3 hari. Hari khamis dan jumaat minggu lepas dia memang tak masuk kerja. Tak ada apa-apa berita. Kami tak tahu nak contact siapa. Maria anak yatim piatu."

"Okay takpa lah kalau macam tu. Biar aku bincang dengan Tuan Zayyad dulu. Kita tengok kena buat apa nanti."

"Baik Tuan."

"Ada apa-apa lagi?"

"Takda Tuan. Saya keluar dulu Tuan." Ameerul terus keluar.

Zafran terus mengambil telefonnya dan menelefon Asyraf.

"Hello Raf?"

"Yo."

"Kau minta tolong PI kau, siasat pasal Izzad dengan Maria. Cari diorang kat mana."

"Asal ni?"

"Izzad dah berhenti kerja. Orang contact memang tak dapat. Maria pula, dah seminggu tak datang kerja. Orang call tak angkat."

"Okay nanti apa-apa aku bagitahu."

"Okay baik. Thanks."

Baru sahaja Zafran mahu meneruskan kerjanya, telefonnya berbunyi.

"Assalamualaikum sayang." Dian yang telefon Zafran.

"Waalaikumussalam abang. Busy ke?"

"Biasa jelah sayang. Macam ni jelah."

"Abang balik lunch tak? Dian ada tenaga harini. Jadi, Dian masak sikit."

"Okay sayang. Lunch nanti, abang balik. Kita lunch sama-sama."

"Okay abang. Kerja elok-elok. I love you. Assalamualaikum." Zafran senyum.

"I love you too. Waalaikumussalam."

Zafran termenung. Sebenarnya dia baru sahaja ajak Adara keluar lunch harini. Macam mana ni? Terpaksa lah cancel kan?

Zafran terus mesej Adara.

Zafran:
Adada

Adara:
Adada?!

Zafran tergelak. Baru dia perasan dia typo.

Zafran:
Sorrylah typo. Tak perasan. Nasib baik tak Adudu.

Adara:
Jangan typo dah lepas ni.

Zafran:
Lunch harini terpaksa cancel. Tak jadi. Aku ada hal.

Adara:
Oh yeke? Okay takpa. Next time boleh.

Zafran terus seen. Dia tak tahu kenapa, tapi dia rasa serba salah. Haih. Tak sukanya perasaan ni. Dia tak boleh rasa macam ni.

Biar je Adara tu. Ala setakat cancel makan je pun. Lain kali kan boleh. Dian lagi penting. Dian sekarang dah jarang memasak sebab tak larat. Jadi, sekarang Dian larat. Zafran kenalah hargai. Kan?

Zafran nak Dian happy. Zafran dapat bayangkan. Mesti Dian happy masa sedang memasak. Bersemangat. Jadi, Zafran tak nak lunturkan kebahagiaan Dian dengan hanya keluar dengan Adara. Tak nak. Dian lagi penting.

**********

Okay sampai sini sahaja untuk chapter kalini. Terima kasih! Kalau suka, jangan lupa vote dan komen tau!

Sorry kalau hambar.

Thank you, i love you <3

Continue Reading

You'll Also Like

55K 1.8K 58
Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa menyangkakan kemunculan Amir semula setelah...
166K 11.6K 31
" okaylah kalau macam tu kau bintang aku bulan , sama macam peribahasa bagai bulan dipagari bintang tu " " apa kaitannya " " Kaitannya kau bintang...
127K 11.6K 54
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
393K 18.3K 55
Cinta tak akan pudar Selagi dia masih percayakannya Dia tetap menanti Selagi nyawa dikandung badan Sambungan kisah dari Alexandra Highschool Banyak...