Pilihan Kedua | C

farahnotfara tarafından

1.2M 61.9K 10.9K

Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Mac... Daha Fazla

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
bukan update
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
bukan update pt 2
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
epilog
dari hati
Chapter 58- happy
Chapter 59- happy
Chapter 60- happy
Chapter 61- happy
Chapter 62- happy
Chapter 63- happy
Bonus Chapter
Raya 1
Raya 2
Raya 3

Chapter 13

14.3K 794 42
farahnotfara tarafından

Hi semua! Haha okay kalini saya double update! Yeay! Happy reading!

**********

Puan Hasya terdiam. Kenapa Dian fikir macam ni nak? Dian memang dah takda rasa nak teruskan hidup ke?

"Dian dapat rasa yang Dian takkan lama dah. Dian penat ma. Dian penat nak buat semua treatment ni. Sakit ma. Sakit sangat."

"Kalau Dian teruskan hidup, belum tentu Dian dapat layan Abang Zafran macam sebelum ni. Dian dah tak cantik. Rambut Dian dah banyak gugur. Badan Dian kurus. Lemah."

"Abang Zafran berhak ada kebahagiaannya sendiri ma. Dan Dian tahu bukan Dian yang boleh bagi kebahagiaan tu. Sebab itu, Dian buat semua ni."

"Habistu, anak-anak Dian macam mana?" Tanya Puan Hasya.

"Sebab tu Dian pilih Adara untuk kahwin dengan Abang Zafran. Dian percayakan Adara. Adara boleh bahagiakan Zafran. Adara boleh tolong jagakan anak-anak Dian. Adara boleh terima diorang. Adara boleh sayangkan anak-anak Dian macam anak dia sendiri."

"Dian buat semua ni memang fikir untuk kepentingan Dian je kan? Dian nak suami Dian bahagia. Habistu mama macam mana? Mama macam mana kalau satu hari Dian pergi tinggalkan mama?" Puan Hasya mula berkata-kata. Mata Puan Hasya sudah mula berkaca-kaca.

"Dian memang langsung tak nak usaha teruskan hidup kan? Memang nak tinggalkan mama sorang-sorang ke? Dian kata nak Zafran bahagia. Dian sedar tak Dian lah kebahagiaan Zafran?"

"Cuba lah Dian. Mama tahu sakit. Dian tak nak berkorban untuk mama ke sayang? Tak kesiankan mama? At least cuba Dian. Sekurang-kurangnya mama tahu anak mama dah cuba untuk teruskan hidup."

Dian mendiamkan dirinya. 'At least cuba Dian. Sekurang-kurangnya mama tahu anak mama dah cuba untuk teruskan hidup.'

Air mata Dian menitis. Dian dah tak boleh ma. Semua benda dah terjadi. Abang Zafran dah kahwin dah pun dengan Adara. Dian tak sanggup nak bayangkan Zafran meninggalkan Adara demi dia. Nanti Adara macam mana?

**********

Adara's POV

Sekarang waktu lunch, Adara sedang memandu menuju ke Hadramawt Palace. Zafran yang ajak Adara lunch kat sini. Tiba-tiba jerr. Dahlah tak reply whatsapp kita. Kita tanya pasal bunga, tak jawab pun. Tahu-tahu ajak lunch kat sini. Adara benci betul. Kalau boleh tendang, memang dan tendang dah.

Sampai sahaja di restaurant tersebut, Adara mendapati Zafran sudah ada di meja. Adara memang ada bagitahu yang dia lambat sikit sebab nak kena teman Insyirah makan. Harini Insyirah manja pula dengan dia. Adara layan jelah. Memang dah biasa budak-budak manja dengan dia.

"Hi awak." Adara menyapa Zafran yang sedang bermain dengan telefonnya.

"Assalamualaikum." Zafran memberi salam. Eleh acah je mamat ni.

"Waalaikumsalam hehe." Adara pandang juadah yang sudah terhidang di atas meja sekarang. Adara telah memesan Chicken Mandy dan Watermelon Juice. Adara tak suka daging sangat jadi dia order ayam. Manakala Zafran pula order Lamb Mandy dan Watermelon Juice juga.

"Wahh sedapnya! Terima kasih awak ajak saya makan sini. Jom makan." Adara sudah mula mahu makan.

Zafran menadah tangannya mula membaca doa makan. Adara pun tadah tangan sekali.

"Awak okay?" Adara tanya selepas mulakan suapan pertamanya.

"Okay je." Zafran angguk. Adara perhatikan Zafran makan. Apa yang Adara perasan dekat Zafran ni, ketika makan, Zafran memang nampak sopan. Dahlah handsome. Sopan pulaktu. Tiba-tiba Adara teringat waktu dia pernah crush dekat Zafran dulu. Cis! Apa ni ingat balik?

Tiba-tiba Zafran mengangkat kepalanya. Adara terkejut. Cepat-cepat dia memandang tempat lain dan terus makan.

Sedang mereka makan, Adara teringat sesuatu.

"Ha awak, ayah ada call semalam. Ayah kata nak datang sini lagi dua minggu."

"Lagi dua minggu?" Zafran tanya. Zafran berhenti makan sekejap.

"Haah pastu ayah kata mungkin diorang akan stay seminggu kat sini. Tapi awak jangan risau. Ayah memang ada kata nak tumpang tidur rumah awak. Tapi sekejap je pastu tidur rumah Abang Arif pula." Adara sedut airnya sedikit.

Adara pandang Zafran. Zafran nampak seperti sedang berfikir. Adara sambung berkata,

"Tapi kalau awak tak boleh balik time tu takpa, nanti saya cakap lah giliran awak balik rumah Dian pula. Mesti keluarga saya faham. Cuma itulah, saya nak minta izin lah nak bagi family saya tumpang tidur rumah awak. Boleh kan?" Adara tanya. Saja nak memastikan. Lagipun betul apa. Itu kan rumah Zafran. Adara tumpang je. Sampai masa, dia kena keluar juga. Kan?

Zafran tak suka dengan apa yang Adara kata tadi. Yang waktu Adara meminta izin. Adara rasa seolah-olah macam dia menumpang. Adara buat Zafran rasa teruk. Zafran beli rumah itu untuk Adara. Untuk Adara duduk. Itu kan tanggungjawab dia untuk sediakan rumah buat Adara. Jadi itu rumah Adara juga. Rumah kita, Adara. Rumah kita.

"Hm. Okay. Boleh je." Itu je respon Zafran?

"Jadi awak memang tak balik lah waktu family saya datang?" Adara tanya lagi.

"Tak tahu lagi. Tengok lah macam mana. Lagipun sekarang aku tengah busy siapkan proposal."

"Proposal apa?"

"Ada lah. Kau bukan tahu pun."

"Ajar lah saya kalau saya tak tahu. Saya nak tahu juga apa suami saya buat kat tempat kerja." Zafran pandang Adara lagi. 'Suami saya.'

"Kerajaan dengan institusi kewangan negara ada keluarkan project baru. Project hartanah. Jadi company yang terpilih kena siapkan proposal berkaitan project tu. Kos bahan binaan semua tu. Kitorang kena tetapkan harga yang berpatutan."

"Bukan setakat company aku je ada. Company lain pun ada. Tengok lah proposal yang paling bagus, akan dipilih. Kira dapatlah tender project ni."

"Jadi aku kena siapkan lah juga proposal tu. Walau bukan aku sorang yang buat, but still aku ada part aku juga. Bila dah siap pun, aku kena bagi untuk CEO baca dan sahkan dulu. Kalau dia tak setuju, kena buat balik lah proposal ni. Kalau dia dah sahkan, lepastu dah bagi BOD juga, baru boleh proceed submit kepada kerajaan. Faham?"

"Faham! Jadi, so far proposal awak okay tak?"

"Okay je so far. Tapi itulah. I'm not confident enough that the proposal will be accepted. I have bad feelings about this project. Tapi aku tak tahu lah."

"Awak mana boleh rasa macam tu. Awak kena yakin. Lagipun company papa dah biasa buat project besar macam ni kan? Jadinya, mesti kalini dapat je. InshaAllah." Adara dah kenyang sebenarnya. Nasi ni banyak sangat. Kang tinggal, takut kena marah pula dengan suaminya ni.

"Ni aku nak tanya. Kenapa kau tak kerja dekat mana-mana company? Dian pernah kata yang kau study course finance kan?" Zafran tanya setelah meletakkan sudu dan garfunya dengan cermat. Dia dah habis makan.

"Entahlah. Saya ada juga apply mula-mula after graduation dulu, tapi kena reject sebab dia kata saya takda pengalaman bekerja. Saya memang tak pernah bekerja pun. Jadi babysitter ni lah pekerjaan pertama saya." Adara tergelak. Dia teringat waktu dia lepaskan marah dekat interviewer dulu. Tak matang betul.

"Lepastu sekarang tak nak cuba apply lagi? Rasanya dah cukup dah ni 5 years working experience kau ni." Zafran tergelak.

"Hm macam malas pula. Sebab saya suka kerja saya yang sekarang. Layan budak-budak. Saya suka budak-budak."

"Aku bukan apa. Sayang je kau dah belajar tinggi-tinggi. Tak pun, kau ambil lah bahagian kewangan dekat pusat jagaan tu."

"Kak Dira ada juga nak bagi saya kerja tu. Tapi saya tolak. Sebab takda rasa lagi lah. Tengok lah macam mana nanti." Adara diam. Dia kuis-kuis nasi dengan sudu. Memikirkan apa yang Zafran kata.

"Anak-anak aku macam mana dekat sana?" Zafran tukar topic.

"Okay sangat Zaf. Lagi-lagi boy tu. Suka dia ada kawan-kawan ramai macam tu. Teacher kat sana pun kata boy tu bagus. Suka tolong kawan-kawan. Pandai pun pandai juga. Kalau Nana tu, pendiam sikit. Suka main sorang-sorang. Kadang-kadang je main dengan kawan-kawan. Masa first day tu, Nana teruk betul nangis. Tak nak lepas saya langsung. Saya pun stay lah dengan dia sampai petang. Tapi sekarang okay dah."

Zafran tersenyum mendengar gelagat anak-anaknya dari Adara. Comel. Patutlah dekat rumah Eiman seronok sangat bercerita itu ini. Bahagia betul dia kat sana. Asal bangun pagi je semangat betul nak pergi school katanya.

"Ha awak! Nasib baik saya teringat. Awak ada bagi saya bunga ke semalam?" Adara tanya cepat. Kang dia lupa. Zafran pun bukan nak reply pun.

"Takda pun. Kenapa?"

"Semalam ada bunga dekat atas meja kat luar rumah. Bunga ros. Cantik! Saya tak tahu siapa bagi, jadi saya biar je dekat atas meja ruang tamu."

"Tak. Aku takda bagi." Zafran menggeleng. Siapa bagi Adara bunga? Siap letak dekat atas meja pulaktu.

"Kau tak kunci gate ke?" Zafran tanya.

"Saya kunci lah Zafran. Itu yang saya pelik. Siapa yang bagi? Saya ada stalker ke? OMG! Ke bunga tu untuk awak?"

"Ish takkan lah. Siapa nak bagi aku bunga?"

"Mana tahu awak ada secret admirer kat tempat kerja awak ke."

"Ha lepastu ada lagi, Zaf." Adara menambah. Adara dekatkan badannya ke arah Zafran.

"Awak ingat tak yang time saya tidur atas lantai waktu awak kejut saya bangun subuh tu?" Adara berbisik.

"Ha ingat." Zafran terangguk-angguk. Zafran bisik sekali.

"Sebenarnya waktu malam tu, saya ada nampak sesuatu dekat balkoni bilik saya. Saya mula-mula dengar sesuatu. Saya pun pergi lah check. Ada bayang awak. Jadi tu bukan hantu. Saya rasa itu perompak lah awak."

"Kau serious ke Ad? Kau jangan main-main. Siapa yang nak merompak? Kan ada security guard kat taman tu."

"Ya Zafran! Saya tak tipu. Waktu malam pertama saya dekat rumah tu pun, saya dengar benda sama. Bunyi macam sliding door tu kena kuis-kuis. Saya takut lah Zaf. Awak bagitahu lah pihak management supaya ketatkan lagi pengawasan kat sekitar rumah tu."

"Kau jangan risau lah. InshaAllah takda apa-apa. Nanti aku inform pihak management. Nanti aku minta rakaman cctv ke apa." Zafran mula menenangkan Adara. Sebenarnya Zafran pun takut juga kalau apa yang dikatakan oleh Adara tu betul macam mana? Zafran dah janji dengan Encik Hishamuddin untuk jaga Adara. Aku kena buat sesuatu ni. Desis hati Zafran.

"Awak, terima kasih tau sudi berbual dengan saya. Saya ni sebenarnya bosan takda kawan borak. Kalau kat tempat kerja, ada lah sorang ni kawan borak saya. Kak Farah. Saya panggil dia Kak Far. Tapi tak boleh selalu jumpa juga. Sebab Kak Far jaga aras budak 3 dengan 4 tahun. Pasal boy tu dia lah yang cerita dengan saya. Saya pula jaga aras 5 dengan 6 tahun. Jadi tak selalulah kami boleh borak. Ni sekarang awak ajak saya makan, ada juga kawan borak saya. Hehe. Thank you Zafran." Adara memberikan senyuman lebar. Dia memang betul-betul berterima kasih dengan Zafran. Adara sunyi. Dekat rumah pun sorang-sorang.

Zafran terdiam. Tak sangka selama Adara sunyi sampai macam ni sekali. Zafran ingat Adara akan okay sahaja.

"Aku minta maaf Ad. Kau pun tahu kan keadaan Dian macam mana. Aku kena jaga dia. Pada masa yang sama, aku busy dengan kerja aku. Jadi ni jelah waktu aku boleh jumpa kau. Tapi itu pun mungkin tak selalu aku boleh jumpa kau. Kau okay je kan?" Zafran mula meminta maaf. Dia rasa serba salah.

"Takpa lah awak. Kan saya dah kata. Saya okay je. Awak ajak saya jumpa waktu lunch saja pun saya okay dah." Boleh ke saya kata tak okay Zaf? Awak akan faham saya kalau saya kata saya tak okay?

"Eh? Dah pukul berapa ni? Saya balik kerja dulu lah Zaf. Dah lambat ni. Nak solat zohor lagi. Awak yang belanja saya kan?" Adara sengih.

"Ya aku belanja kau. Upah kau dah jaga anak-anak aku malam tu." Zafran senyum.

"Okay lah kalau macam tu. Saya gerak dulu. Terima kasih tau. Nanti lepasni saya nak borak-borak lagi dengan awak. Saya nak cerita semua benda."

"Ya Ad. Cerita lah semua. Aku dengar."

"Okay bye assalamualaikum." Adara terus pergi.

"Waalaikumsalam." Zafran menghantar kepergian Adara dengan pandangan matanya.

**********

Zafran's POV

Zafran meletakkan telefonnya di atas meja. Sebenarnya dia baru lepas menelefon Dian. Dian dah pulang siang tadi. Mama menemankannya. Zafran tak boleh nak jemput sebab dia sibuk. Tiada masa. Jumpa dengan Adara tu pun, itu je masa yang dia ada.

Zafran terfikir soal apa yang dikatakan oleh Adara tadi. Zafran sudah bercadang mahu mengupah seorang bodyguard untuk Adara. Tanpa pengetahuan Adara. Takut Adara tak selesa pula.

At least Zafran tak perlu risau sangat kalau dia tak berada disisi Adara. Zafran mula menelefon rakannya, Hazim. Hazim mempunyai pusat pelatih profesional.

"Assalamualaikum Rees." Hazim mula memberi salam.

"Waalaikumsalam Zim. Kau busy tak?" Zafran mula bertanya.

"Sekarang tak. Asal?"

"Aku nak tanya kau ni. Aku nak sorang ahli pelatih kau. Nak buat bodyguard. Boleh kan? Aku kalau boleh nak paling hebat punya."

"Boleh tu boleh. Tapi kenapa? Untuk siapa? Untuk kau ke? Seems weird." Hazim tergelak.

"Bukan untuk aku. Kau tahu kan aku ada second wife? Untuk second wife aku."

"Kenapa? Dia dalam bahaya ke? Dah report polis?"

"Report polis tu nanti kot. Aku pun tak tahu lah."

"Aiii Rees. Takkan nak kena tunggu something happened baru nak call polis?"

"Aku tak tahu lah. Sebab lagipun benda ni jadi dah lama. Dia baru bagitahu aku. Aku risau pula kalau jadi apa-apa. Aku dah janji dengan ayah dia nak jaga anak dia."

"Jaga sebab ayah dia suruh je? Bukan sebab suami? Itu kan tanggungjawab kau Rees." Hazim dah mula dah. Hazim memang suka ceramah seorang Zafran Idrees.

"Kau tahu aku tak sayangkan dia pun kan sebenarnya." Ya, Hazim tahu Zafran kahwin dengan Adara sebab apa.

"Ya, memanglah. Tapi nanti kau nak jawab macam tu ke dekat Allah kalau kau kena soal kenapa tak jalankan tanggungjawab kau sebagai suami? Kenapa kau tak berlaku adil? Kau nak jawab macam tu? Sebab kau tak sayangkan dia?"

Zafran diam.

"Aku bukan nak hentam kau Rees. Aku faham apa kau rasa. Kau busy. Kau nak jaga Dian lagi. Tapi kau tak boleh lupa. Kau ada lagi satu amanah penting yang kau perlu jaga. Amanah dunia tu bro. Aku sebagai kawan, ni jelah aku mampu nasihat."

"Aku tahu kau banyak masalah yang kau tengah hadap sekarang. Tapi kau kena ingat. Kau ada Allah. Mengadulah dekat Dia. Dia Tuhan sekalian alam. Allah maha mengetahui segalanya. Doalah. Minta petunjuk. Menangislah dekat Dia. Allah suka kalau hamba dia menangis dekat Dia. Kau boleh, Rees. Aku percaya dekat aku. Kau kawan baik aku. Aku kenal kawan baik aku."

"Soal bodyguard tu, nanti dah settle, aku bagitahu kau. Kau jangan risau. Aku bagi yang paling hebat punya. Tiptop! Kau pun jangan lah senyap gini. Kau buat aku rasa nak tumbuk kau. Baru kena ceramah sikit, diam. Macam anak aku. Kena marah sikit, diam." Hazim tergelak.

"Kau ni. Bisinglah. Aku tahu lah. By the way, thanks Zim. Atas nasihat tu. Doakan aku. Itu je aku minta."

"Ya aku doakan kau supaya kau diberi kekuatan untuk hadap semua ujian ni. Ingat Rees, Allah turunkan ujian ni, sebab Dia sayang kita. Aku letak dulu. Assalamualaikum." Hazim terus meletakkan panggilan tersebut.

"Waalaikumsalam." Zafran terus tersandar lelah di kerusi kerjanya.

*********

Okay, ni sahaja untuk chapter kalini. Terima kasih semua!

Kalau ada part yang tak clear, tanya tau. InshaAllah saya jawab nanti.

Terima kasih kerana sudi luangkan masa baca story saya. Saya suka, saya happy!

Sekali lagi diingatkan, follow lah IG saya. Saya akan inform berkenaan story ini dekat IG sahaja ya. IG: farah_notfara

Akhir kata, terima kasih sekali lagi. Kalau suka, tekanlah butang vote dan komen lah di ruangan yang disediakan.

Thank you and i love you <3

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

406K 19.3K 46
Aurora Arabella, seorang gadis manis, lembut dan ayu. Dia sangat hebat dalam peperiksaan yang menyebabkannya selalu mendapat tawaran setelah habis se...
58.7K 3.9K 35
MYSTERY AUTISM PERSON 2 Bahagia cuma seketika. Ya. Itulah yang terjadi kepada Damia Nabella apabila kebahagiaannya hancur serta merta. Ibarat burung...
57K 1.9K 58
Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa menyangkakan kemunculan Amir semula setelah...
128K 11K 58
[COMEDY ROMANCE] Chris nak jadi muslim? Adakah itu namanya fakehope anak-anak? Kepercayaannya kepada Tuhan hanya err 0.1% mungkin? Atau tiada langsun...