Pilihan Kedua | C

By farahnotfara

1.2M 61.9K 10.9K

Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Mac... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
bukan update
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
bukan update pt 2
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
epilog
dari hati
Chapter 58- happy
Chapter 59- happy
Chapter 60- happy
Chapter 61- happy
Chapter 62- happy
Chapter 63- happy
Bonus Chapter
Raya 1
Raya 2
Raya 3

Chapter 11

14.4K 849 63
By farahnotfara

Assalamualaikum semua!! Chapter 11 dah ada! Yeayyyy tepuk tangan sikit!!!!

Terima kasih semua! Yang dm saya kata cerita saya best tu walaupun saya rasa hambar, TERIMA KASIH SANGAT! KATA-KATA AWAK SEMUA TELAH MENAIKKAN SEMANGAT SAYA UNTUK TERUS MENULIS! THANK YOU

Let them be them,
Let us be us,
Love is a maze,
Damn but you is amaze.

************

Pada pagi esoknya, seperti biasa, Adara melakukan rutinnya. Bangun pagi, solat subuh sorang-sorang. Siap-siap pergi kerja pun sorang-sorang. Makan breakfast pun sorang-sorang. Itu pun makan biskut cicah air milo. Takpa, tu rezeki juga. Syukur alhamdulillah.

Hidup Adara tak ubah macam dia bujang. Semua buat sorang-sorang. Kawan takda. Suami ada, tapi macam takda. Sendu ya kehidupan seorang Adara ni.

Adara kemain dulu berangan kalau dia kahwin, dia dapat suami yang selalu ambil berat tentangnya. Dia nak sangat berbual dengan suaminya. Ceritakan semua benda. Adara kan banyak cakap. Konon Adara juga nak ikatkan tali leher buat suaminya. Adara siap sanggup belajar ikat tali leher. Konon-konon lah untuk suami.

Takpa lah Adara. Redha jelah. Allah has better plan for you. Adara nak memberontak lebih-lebih pun tak boleh. Malas. Siapa je nak layan dia? Masing-masing dah ada life masing-masing. Hm.

Penat kan hidup ni? Bila fikir balik, Adara seolah tidak boleh salahkan sesiapa atas apa yang jadi atas dirinya. Dia yang pilih jalan ini. Dia boleh lari. Dia ada kereta. Lari jelah. Takkan lah Zafran sanggup cari dia kan? Ni? Tak tahulah nak kata salah pilih ke apa.

Adara tak tahu nak kena rasa apa. Kena menyesal ke?

Di dalam kereta, perjalanan ke tempat kerjanya, Adara bernyanyi kecil. Lagi satu, Adara berangan lagi. Kononnya Adara ingat kalau kahwin nanti, dapat lah salam tangan suami sebelum pergi kerja. Cium dahi sekali. Haih, manisnya.

Setelah sampai di 4C, Adara terus memakir keretanya. Adara perasan kereta Encik Akram, bapa Insyirah. Insyirah baru sampai.

"Assalamualaikum, Puan Adara." Sapa Encik Akram setelah mereka berdua keluar dari kereta.

"Waalaikumsalam. Baru sampai ke encik?" Tanya Adara berbasa-basi. Memanglah baru sampai, kan? Takkan baru nak balik. Kalau Encik Akram jawab macam ni, memang aku tak tegur dia dah. Aku jeling je.

"Haah, Puan Adara." Balas Encik Akram sambil memimpin tangan Insyirah menuju ke gate 4C.

"Meh sini Cirah. Dengan teacher." Adara mengajak Insyirah. Insyirah terus memegang tangan Adara selepas salam tangan bapanya.

"Cirah take care okay? Belajar elok-elok. Nanti papa datang ambil." Encik Akram cium dahi Insyirah.

Tiba-tiba, Adara perasan satu kereta baru sampai. Kereta Aston Martin. Wow. Seksinya kereta! Adara abaikan Insyirah dan Encik Akram. Nak tengok lah juga siapa gerangan pemilik kereta Aston Martin seksi tu.

Bila gerangan tu keluar, senyum Adara terpadam. Hm. Zafran. Berapa banyak kereta dia ada ni? Geram pula aku.

Zafran pandang tajam wajah Adara. Adara buat derk je. Macam tak kenal.

Tapi tiba-tiba Adara teringat. Eh?! Encik Akram tahu kan aku bini si mamat ni? Eh? Macam mana ni? Adara terus lepaskan tangan Insyirah dan pergi ke Zafran.

Nampaknya Zafran baru je nak keluarkan Eiman dan Ellyna. Nampak lah muka mereka excited bila sampai 4C ni.

"Hi boy! Morning!" Sapa Adara pada Eiman terus dan mengusap kepalanya. Adara pandang Zafran. Nampak Zafran pandang tajam ke arah belakang Adara dan pandang Adara.

"Kau ni. Jangan lah baik sangat dengan mamat tu. Dia kan tahu kita dah kahwin." Bisik Zafran di telinga Adara.

"Dah dia tegur saya. Takkan saya nak jeling je. Kan ada anak dia sekali tu." Adara bisik balik kat telinga Zafran.

"Kau tengok tu dia dah tengok-tengok kita. Mesti dia pelik kenapa kita datang asing-asing." Zafran bisik balik.
"Ish dahtu awak janganlah tengok dia! Pandang lah tempat lain!" Adara balas balik. Tapi kalini dia terjerit sikit.

"Kau marah aku Adara?! Nak gaduh ke?" Zafran bisik lagi.

"Mana ada saya marah!"

"Dah tu?"

"Dah tu apa?!"

"Ha! Tu! Marah!"

Adara geram. Dia terus cubit perut Zafran. Badan Zafran terus terbongkok. Tak sangka serangan Adara adalah di perutnya. Sakit siot!

"Hmmm aunty? Baba?" Eiman menegur dua orang tua tu perlahan. Dari tadi Eiman tengok je diorang berbisik. Macam lawan bisik siapa paling perlahan. Ke paling kuat? Sebab dengar lah juga suara mereka masa berbisik. Tapi Eiman tak faham.

"Eh Ayyad. Lupa pula baba kat Ayyad." Zafran terus dukung Eiman. Nak bawa ke gate 4C.

"Kau." Zafran pandang Adara.

"Angkat Ellyna. Pastu ada barang-barang diorang dalam tu. Keluarkan sekali." Arah Zafran kepada Adara.

Adara pandang je Zafran. Kecil besar je dia tengok Zafran tu. Apa punya tak gentleman lah Zafran ni. Suruh perempuan pula yang bawa barang. Ish! Ish! Ish! ISH!

Zafran sumbat semua dekat seat penumpang ke? Dia baru perasan kereta Aston Martin ni dua pintu je. Ya Allah. Dengan Ellyna tak letak kat car seat. Apa punya bapaklah bapak ni.

"Puan Adara?" Adara toleh.

Lah tak gerak lagi ke Encik Akram ni? Aduhhh.

"Kenapa puan dengan suami sampai asing?" Tanya Encik Akram. Ish sibuk je!

"Saja." Jawab Adara.

"Saja?" Soal Encik Akram balik.

"Haah saja. Saja nak racing siapa sampai dulu. Tahu-tahu saya sampai dulu. Suami saya kalah lah. Hehehe." Adara jawab sambil keluarkan barang dan juga Ellyna dari dalam kereta seksi tu.

"Ni anak puan ke?" Soal Encik Akram. Adara pandang Zafran. Zafran sedang berbual dengan Eiman sambil tunjuk kucing yang ada di hadapan mereka.

"Hm haah. Anak saya." Anak tiri. Sambung Adara dalam hati.

"Oh yeke? Kalau macam tu, saya gerak dululah. Cirah saya dah hantar masuk dah. Assalamualaikum." Akram terus pergi ke keretanya dan berlalu pergi.

"Waalaikumsalam." Adara jawab perlahan dan terus pergi ke tempat Zafran berdiri.

"Awak, jom masuk." Zafran pandang Adara. Dengan barang penuh kat tangan. Dengan Ellyna dalam dukungannya. Zafran tergelak. Asal macam kelakar? Tapi comel.

"Asal gelak?" Tanya Adara macam nak gaduh.

"Eh asal? Aku tak boleh gelak ke?"

"Haah tak boleh."

"Eh asal lak? Nak gaduh ke?" Zafran tak puas hati.

"Ha meh ah sini." Adara counter balik.

"Sini ah!"

"Sini ah!"

"Sini ah!" Sampai abang jamil mampos.

"Baba!" Eiman stress. Kenapa dengan bapak dia ni? Bergaduh je dengan aunty. Macam budak-budak. Eiman pun tak gaduh macam ni.

"Baba ni. Macam budak-budak." Eiman cakap lagi selepas dua orang tua tu terdiam lama.

"Ehem!" Zafran berdehem. Dah kenapa pergi gaduh dengan minah ni. Nasib baik tiada siapa-siapa kat depan ni. Haihhh.

"Eeee macam budak-budak. Eee." Adara cebik-cebik bibirnya. Nganjing Zafran.

Zafran pandang Adara. Zafran kecilkan matanya.

"Eee tak takut. Tak takut."

Zafran pandang lagi. Geramnya aku. Makin lama makin berani eh budak ni. Dia tak sedar ke dia pun macam budak-budak? Dasar!

"Dah jom boy. Kita masuk. Dah lambat ni." Ajak Adara.

"Yeay!! Baba! Turunkan Ayyad cepat." Eiman excited sangat dah tu.

Zafran terus turunkan Eiman dan terus pergi ke arah Adara.

"Eh salam tangan baba dulu lah boy." Adara kata kepada Eiman apabila dia tengok Eiman abaikan Zafran. Excited sangat sampai lupa bapa sendiri.

Eiman terus pergi ke Zafran dan cium tangannya. Zafran terus tunduk untuk cium pipi dan dahi Eiman. Selepas itu, Zafran pergi ke arah Ellyna yang didukung oleh Adara dan cium pipi Ellyna.

Adara berdebar. Zafran dekat sangat dengan dia. Bau perfume Zafran wangi sangat. Bau lelaki. Maskulin sangat. Sampai sesak nafas Adara. Selepas sahaja Zafran cium pipi Ellyna, Zafran terus bertentang mata dengan Adara. Adara terkedu. Ya Allah handsomenya! Nak buat apa ni? Nak pengsan ke nak cium sekali? Lahh!

"Nak kena kiss sekali ke?" Adara terkejut dengan soalan Zafran. Adara terus kebelakangkan kepalanya. Tak sanggup kena kiss. Takut tiba-tiba meninggal sebab sesak nafas.

"Ish! Sana lah Zafran!" Marah Adara.

"Eleh! Dahlah, aku pergi kerja dulu. Kalau apa-apa jadi, bagitahu aku."

Zafran terus pusingkan badannya dan pergi ke arah keretanya.

"Eh Zaf!" Adara panggil.

"Nanti bagi lah saya tumpang kereta seksi tu." Adara muncungkan bibirnya ke arah kereta Zafran.

"Tak nak! Tak boleh! Perempuan busuk tak boleh masuk!" Zafran terus lari masuk ke dalam keretanya.

"Tak guna lah jantan ni. Ish. Kau tunggu." Adara terus masuk ke dalam bangunan 4C dengan hati sebal.

'Kita busuk ke?' Adara hidu ketiaknya. 'Mana ada. Wangi je. Aku pakai perfume kot.'

"Lah Ad. Pagi-pagi dah cium ketiak. Tak mandi ke?" Kak Far tegur sambil tergelak.

"Baba cakap-" Eiman nak tolong jawab pula. Adara terus tutup mulut Eiman.

"Takda apa lah kak. Saja jerrr." Adara balas sambil tersengih.

"Wahhhh aunty! Ramainya friends!" Eiman menjerit teruja.

"Aunty jom!!" Eiman terus menarik tangan Adara untuk masuk.

"Ya ya jom."

Adara terpaksa meletakkan Ellyna di aras lain kerana Ellyna berumur setahun lebih. Jadi, dia tak boleh ada sama-sama dengan budak empat tahun macam Eiman.

Tapi tulah, Ellyna merengek. First time kan. Melalak dah ni. Tak lepaskan Adara. Takut agaknya nampak muka orang baru. Adara dah cuak. Nak buat apa ni? Adara tak jaga aras ni. Ada pekerja lain yang in charge untuk aras ni.

Salah seorang pekerja di aras itu, Syaf berusaha dari tadi ingin ambil Ellyna dari Adara. Tapi Ellyna memang tak nak lepas.

"Macam mana ni Kak Ad? Teruk Ellyna nangis ni ha."

"Takpa lah. Akak stay sini dululah. Nanti Nana ni dah okay, baru akak pergi."

"Ha boleh lah macam tu. Yang abang dia okay ke?" Syaf tanya tentang Eiman.

"Okay sangat. Happy dia ramai kawan. Pulak tu budak-budak lain pun nak berkawan dengan dia. Makin suka lah dia." Jawab Adara dan terus duduk di atas lantai sambil memeluk Ellyna yang masih tersedu-sedan.

Adara menepuk perlahan belakang badan Ellyna. Memujuk perlahan.

"Syian diaaaa. Awak sedih ya?" Adara tanya Ellyna dengan suara lembut.

Ellyna pandang Adara dengan bibir tercebik-cebik.

"Aunty jaga awak okay? Aunty teman awak kat sini okay?"

Ellyna terus peluk badan Adara. Adara rasa, Ellyna dah mula selesa dengannya. Okay lahtu. Takda lah susah sangat Adara nak jaga Ellyna. Kalau Eiman memang senanglah juga.

Pada petang itu, Adara sedang teman Ellyna dan Eiman menunggu Zafran datang jemput. Ramai budak yang dah balik.

Eiman excited sangat. Dari tadi dia bercerita dengan Adara tentang itu ini. Tentang kawan barunya, tentang cikgu-cikgu disitu, tentang aktiviti yang dia telah lakukan, tentang makanan yang dia makan tadi. Eiman siap kata sebenarnya dia tak nak balik lagi. Tapi teacher dah suruh balik. Teacher kata esok boleh datang lagi.

"Ayyad tak sabar nak tunggu hari esok! Boleh jumpa kawan-kawan lagi." Eiman bercerita bersungguh sambil menatap wajah Adara yang sedang memeluk tubuh Ellyna.

"Boy suka kawan-kawan dekat sini?" Tanya Adara.

"Suka! Kawan-kawan Ayyad semua baik! Best!" Adara senyum. Suka tengok Eiman. Macam Dian.

Ellyna tadi pun hm okaylah juga. Walaupun memang berkepit dengan Adara. Tinggal sekejap pun tak boleh. Ellyna masih awkward dengan keadaan baru. Tapi sudah tidak nangis lah. Tadi pun, Adara memang terpaksa stay di aras budak sebaya Ellyna  dari awal sampai akhir. Esok-esok nanti okaylah Ellyna ni.

Tiba-tiba telefon Adara berdering. Adara terus tengok. Zafran.

"Hello?" Adara mulakan perbualan.

"Ad?"

"Ya?"

"Boleh tak kau tolong bawak balik Ayyad dengan Nana duduk dengan kau dulu?" Zafran minta tolong.

"Boleh je tapi kenapa?"

"Aku ada kerja kat luar ni. Driver aku ikut sekali. Ingatkan sempat balik. Tapi tak sempat pula."

"Ohhh ha okay lah. Boleh je."

"Okay thanks Ad. Dalam beg Ayyad tu, ada baju lebih dia. Kalau dia nak mandi, kau mandikan dulu." Zafran bagitahu.

"Ya ya okay." Kalau dalam beg Ellyna memang dah ada segala keperluan. Pampers, sabun, susu semua ada. Cukup lagi ni rasanya.

"Okay thank you so much. Nanti aku belanja kau."

"Nak ferrero rocher tau."

"Ya. Okay, bye." Zafran terus matikan panggilan.

"Boy, boy dengan nana balik dengan aunty dulu okay? Nanti malam sikit baba ambil." Adara bagitahu Eiman.

"Okay aunty!"

**********

Sampai rumah Adara, Adara terus mandikan Ellyna. Sebab dari tadi Ellyna merengek manja. Jadi, Adara assume Ellyna rimas dan dia mahu mandi dan tidur.

Lepas mandikan Ellyna dan beri dia susu, Ellyna terus tidur. Ha betullah tu sangkaan Adara. Lepas itu, dia mandikan Eiman pula. Guna sabun Ellyna. Tak berani pula nak guna sabun Adara. Takut sensitif. Jadi, langkah selamat, kita mandikan je guna sabun baby.

"Boy nak makan apa?" Adara tanya sambil menyikat rambut Eiman.

"Ayyad nak nasi goreng, boleh? Nasi goreng ibu buat sedap!"

"Boleh. Nanti aunty masakkan." Nasib baik nasi goreng kau boleh masak, Ad. Kalau tak, mampos jelah.

Kerana waktu maghrib sudah masuk, Adara terpaksa solat dulu sebelum masak. Nasib baik Eiman boleh tahan. Risau juga kalau Eiman tu dah lapar sangat. Ada kang pengsan anak orang.

Selesai solat, Adara terus masakkan nasi goreng untuk Eiman. Sementara Adara sedang memasak, Adara minta Eiman tengokkan Ellyna yang sedang tidur sambil main telefon Adara. Tengok youtube.

Habis masak, Adara terus naik ke biliknya dan mendapati Eiman sedang tengok video lagi sambil meniarap di atas katil.

"Boy, jom. Aunty dah siap masak." Adara terus dukung Ellyna perlahan-lahan untuk dibawa turun sekali. Takut nak biar tidur atas sorang-sorang tanpa pantauan orang lain.

"Sedap tak, boy?" Adara tanya Eiman yang dari tadi khusyuk mengunyah makanannya.

"Sedap! Yummy. Macam ibu masak."

"Alhamdulillah. Cakap apa?"

"Hehe. Terima kasih, aunty! Ayyad sayang aunty." Adara senyum.

Pada waktu malam, Adara sedang tunggu Zafran. Call Zafran banyak kali tak angkat. Mana Zafran ni? Susu anak dia dah habis dah ni. Kang Ellyna terbangun aku nak suap apa?

Eiman dah tidur. Ellyna masih tidur. Penat sangat agaknya menangis pagi tadi. Ceh!

Adara pun dah penat ni. Dia pun nak tidur juga! Adara dah hentak-hentak kaki. Stress. Mana lah manusia ni. Cepat lah sikit!

Tiba-tiba telefon Adara berbunyi, Adara tengok. Nombor tak dikenali. Siapa ni? Takutnya. Perlu ke aku angkat? Adara masih berkira-kira nak angkat atau tidak.

Akhirnya Adara angkat setelah dua kali berbunyi. Adara anggap panggilan itu urgent.

"Hello?"

"Hello? Puan Adara? Ni saya, PA Tuan Zafran. Ameerul. Saya ada dekat depan rumah puan. Nak hantar barang Ayyad dan Nana. Boleh tolong buka pintu?" Si Ameerul berkata.

"Oh yeke? Baik. Kejap saya buka." Adara terus menutup telefonnya dan mencapai tudung sarung.

"Macam ni puan. Tuan Zafran tak dapat nak ambil Ayyad dengan Nana sebab Zafran ada kat hospital sekarang ni." Ameerul mula bagi keterangan bila tengok muka blur Adara bila keluar rumah tadi.

"Hospital? Kenapa? Zafran accident ke?" Adara tanya. Cemas. Eh jangan. Aku tak sempat nak minta maaf dengan Zafran tadi.

"Eh tak, puan. Puan Dian pengsan tadi. Jadi Tuan Zafran terus hantar dan teman Puan Dian kat sana."

"Dian pengsan? Habistu dia okay tak sekarang ni?" Adara tanya lagi.

"Puan Dian okay je. Dah sedar. Cuma keadaannya masih lemah dan perlu stay dekat hospital buat sementara waktu ni untuk pemantauan doktor." Ameerul sabar menjawab segala soalan dari Adara. Zafran memang suruh Ameerul jawab je apa yang Adara tanya sebab kalau Adara tak tahu apa-apa dia mengamuk. Jadi Zafran takut Ameerul jadi mangsa amukan Adara.

"Nah ni barang-barangnya. Dekat dalam beg tu ada list sekali untuk makanan apa yang Ayyad dan Nana boleh makan atau tidak boleh makan." Ameerul hulurkan satu beg ke arah Adara.

"Okay, baiklah. Saya akan jaga Eiman dan Ellyna baik-baik."

"Kalau macam tu, saya gerak dulu. Kalau puan perlukan apa-apa, call saya ya." Ameerul senyum dan terus berlalu ke aras keretanya.

Adara menghela nafasnya. Dah satu kerja aku nak kena menjaga anak diorang pula. Haih. Takpa lah. Anak tiri kau juga, Adara.

Sekarang ni, dah nak masuk pukul 10 dan Adara sedang masak bubur. Untuk siapa? Untuk Ellyna. Adara yakin Ellyna akan bangun nanti. Jadi, Adara mahu suap bubur. Ellyna tak makan dari tadi. Risau.

Habis je masak, memang betul Ellyna dah bangun. Merengek. Melalak. Ya Allah. Adara pandang lama wajah Ellyna yang sedang menangis tak berhenti sambil memegang botol susu.

"Bu..... bu....." Ellyna memangil manggil ibunya. Hm patutlah. Cari Dian. Tapi Dian takda, Nana. Ibu tiri awak ni ha ada.

Setelah beberapa minit biarkan Ellyna menangis, Adara terus angkat dan peluk tubuh Ellyna.

"Shh.... shh.... aunty ada ni." Ellyna masih menangis. Sejujurnya, Adara dah penat sangat. Kalau dia baring je, memang terlelap terus.

Lama-lama, Adara teriak sekali. Barulah Ellyna berhenti menangis. Terkejut dan terus meminta susu.

"Cu.... cu...." Adara lega. Adara terus bagi Ellyna minum susu.

Dan waktu itu, Ellyna terus segar. Tidak mahu tidur. Adara dah terdampar atas lantai biliknya sambil memerhati Ellyna yang sedang menjahamkan barang make up nya.

Eiman memang dari tadi terbongkang atas katil biliknya. Tiba-tiba telefon Adara yang tengah charge tu berbunyi. Berapa kalilah orang nak call Adara harini. Famous Adara hari ni.

Adara, dengan lemahnya, bangun perlahan-lahan ambil telefonnya dan sambung baring.

"Hello?"

"Ad?" Zafran yang call Adara.

"Hm?"

"Kau tak tidur lagi? Dah nak pukul 1 ni." Ya, sekarang dah nak pukul 1 pagi. Dan Adara macam orang nak mati, Ellyna pula tengah seronok bermain sambil bercakap sorang-sorang.

"Ya, tak tidur lagi." Suara Adara dah macam zombie kampung pisang.

"Kenapa tak tidur lagi? Ayyad dengan Nana tidur dah?" Zafran tanya.

"Boy tidur dah. Nana belum. Dia tengah main barang make up saya."

"Tak suap dia susu ke?"

"Dah. Tapi dia tak nak. Dia nak main je. Zaf...." Adara panggil.

"Ya?" Zafran risau betul dengar suara Adara. Macam ngantuk sangat je.

"Blusher saya. Hancur....."

"Ha?!" Zafran tak dengar. Pekak.

"Blusher saya...... Hancur....."

"Allahurobbi." Zafran turut bersimpati.

"Aku minta maaf, Ad. Nanti aku ganti balik."

Diam.

"Ad?" Diam lagi.

"Ad?!!!" Zafran jerit.

"Aduh!" Adara baru tersedar. Dia terlelap tadi. Tersedar pun sebab Ellyna tepuk muka dia.

"Sakit Na. Jangan lah tepuk muka aunty."

"Allahu anak aku." Zafran bersuara perlahan.

"Kau tertidur ke Ad?" Zafran tanya lagi. Bisinglah Zafran ni. Dari tadi bercakap.

"Hm...." Mata Adara dah macam nak buka ke nak tutup?

"Kita facetime jap. Biar aku cakap sikit dengan si budak Nana tu."

Adara dengan perlahannya memegang telefonnya. Zafran telefon. Adara angkat. Adara terus bagi Ellyna telefonnya. Biarlah. Penat dah ni.

"Na! Pergi tidur. Jangan lah kacau aunty tu." Zafran mula bersuara. Macam lah si budak Nana tu faham. Zafran pun bodoh.

Ellyna gelak-gelak tengok muka bapa dia. Tak tahu lah sebab excited ke sebab kelakar.

"Na, go to sleep." Ellyna gelak lagi. Haih. Zafran pun. Bodohnya pekat betul.

Adara terus ambil telefonnya dan pandang Zafran.

"Dahlah Zaf. Kalau setakat macam tu, aku pun boleh. Dah bye." Adara tak sedar panggilannya dah bertukar. Mamai dah.

Ellyna sambung gelak. Penderitaan Adara masih belum berakhir.

**********

Okay itu sahaja untuk chapter 11 kalini. Terima kasih sudi baca.

Untuk dialog Eiman kan, korang anggap lah dia bercakap dengan slang budak 4 empat tahun. Saya malas nak type ikut slang budak kecil.

Chapter kalini saya focus dekat bonding Adara dengan anak tiri dia dulu. Sorry kalau bosan.

Akhir kata, terima kasih sudi luangkan masa baca story tak seberapa saya ni. Semoga Allah memberkati hidup kalian. Lepastu, follow lah ig saya 😭 kalau tak saya merajuk tak nak update 😭 IG: farah_notfara

Continue Reading

You'll Also Like

406K 19.3K 46
Aurora Arabella, seorang gadis manis, lembut dan ayu. Dia sangat hebat dalam peperiksaan yang menyebabkannya selalu mendapat tawaran setelah habis se...
755K 33.1K 71
" Ha apa?! Dua bulan!? Habis tu kitorang nak tinggal dengan siapa? Abang study, kakak kan kerja balik lambat? " - Arief Asad, si bongsu. " Dua bulan...
668K 25.4K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
310K 14.2K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...