Pilihan Kedua | C

By farahnotfara

1.2M 60.6K 10.8K

Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Mac... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
bukan update
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
bukan update pt 2
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
epilog
dari hati
Chapter 58- happy
Chapter 59- happy
Chapter 60- happy
Chapter 61- happy
Chapter 62- happy
Chapter 63- happy
Bonus Chapter
Raya 1
Raya 2
Raya 3

Chapter 7

13.9K 754 65
By farahnotfara

Hi cantik-cantik semua! Terima kasih kepada yang dah baca story saya, support saya hehe. Saya terharu sangat!

Okay, ni update untuk chapter ini. Kalau suka, vote and comment lah hehe. Thank you!

Dua tiga dinosaur menyalak, saya cinta awak <3

************

Adara's POV

Pada pagi itu, hati Adara tidak tenang. Dari dia bangun tidur lagi. Ini kerana, dia perasan sliding door dia tak kunci. Selama ni dia kunci ke tak? Sejujurnya, Adara sangat jarang pergi ke balkoni biliknya. Dia lagi suka melepak atas katil kalau dah masuk bilik.

Okay ni betul-betul tak kena dah ni. Apa jadi ni sebenarnya? Ada orang pecah masuk rumah Zafran ke? Tapi tiada barang hilang. Apa semua ni? Takkan usha Adara tidur kot. Takkan lah. Dah kenapa? Kalau pecah masuk, macam mana dia boleh lepas? Takkan security guard taman tu tak buat kerja kot?

"Teacher!"

"Teacher!"

"Ha! Ya?"

"Ish teacher ni. Adam panggil banyak kali. Teacher tak dengar pun."

"Sorry Adam. Teacher termenung pula. Ya? Adam nak cakap apa?"

"Adam nak bagitahu yang Adam nampak Insyirah crying."

"Insyirah? Kenapa? Ada sesiapa kacau dia ke Adam?"

"Adam taktahu lah teacher. Tu yang Adam bagitahu teacher. Teacher pergi lah tengok."

"Kat mana Insyirah, Adam?"

"Bilik yang tu teacher." Adam menghalakan jarinya ke arah satu bilik.

Adara terus pergi. Adara risau sebenarnya. Insyirah kena buli ke? Ke kena dera? Ya Allah siapa pula dera Insyirah ni? Minta lah dijauhkan.

Apabila Adara masuk ke bilik itu, dia mendapati Insyirah sedang duduk memeluk lutut di satu penjuru bilik itu.

Adara terus pergi ke arah Insyirah.

"Insyirah? Kenapa ni? Kenapa nangis ni?" Adara terus memeluk Insyirah. Sambil memujuk Insyirah.

Insyirah tersedu-sedan. Habis rambutnya terkeluar dari tudungnya. Muka comot dengan air mata. Kenapa ini? Siapa kacau Insyirah ni?

Adara terus memeluk dan memujuk Insyirah. Dia menggosok belakang badan Insyirah dengan lembut. Sampai Insyirah tenang.

"Kenapa ni? Cuba bagitahu teacher. Mana tahu teacher boleh tolong?" Insyirah seorang budak enam tahun. Dan dia seorang pendiam. Dari mula dia masuk 4C lagi. Insyirah mula daftar di 4C pada tahun lepas.

"Cirah rindu mama." Allahu. Ya, mama Insyirah dah pergi. Sebab tulah bapa Insyirah daftarkan Insyirah disini. Kerana sebelum ni mamanya yang mengambil tugas menjaga Insyirah.

"Papa tak layan Cirah sangat dah. Cirah bosan dekat rumah sorang-sorang. Papa asyik work je." Insyirah berkata lagi dengan sedunya yang masih belum hilang.

"Selalunya mama yang main dengan Cirah. Tapi mama takda dah."

"Semalam Cirah nampak papa nangis. Papa nangis sorang-sorang. Kesian papa. Papa mesti rindu mama macam Cirah juga." Okay kalini Adara betul-betul nak nangis. Matanya dah berair. Tunggu jatuh je ni.

"Papa bagitahu Cirah tadi harini birthday mama." Damn! Air mata dah jatuh.

"Cirah rindu mama sangat, teacher." Insyirah menangis lagi. Adara pun ikut nangis sekali. Adara peluk Insyirah semula.

"Allah sayang mama Cirah sebab tu Allah ambil mama Cirah."

"Allah nak Cirah jadi anak yang baik untuk papa."

"Cirah nak sangat ikut mama. Nak main dengan mama. Nak suruh mama bagi koko crunch dengan milk untuk Cirah." Ya Allah, sesak dada Adara menahan tangisnya. Dia taknak nangis. Nanti Insyirah makin sedih.

"Mama selalu main apa dengan Cirah?" Adara cuba mengajak Insyirah berbual semula.

"Mama selalu draw sama-sama dengan Cirah. Main sorok-sorok. Main masak-masak. Mama selalu bacakan story princess dekat Cirah."

"Mama cantik. Mama baik. Mama sayang Cirah. Cirah pun sayang mama."

"Papa suruh Cirah cari kawan dekat sini. Tapi takda siapa nak kawan dengan Cirah."

"Cirah nak draw sama-sama dengan kawan-kawan."

"Jom! Kita draw sama-sama nak?" Ajak Adara dengan teruja.

"Boleh ke teacher. Teacher nak draw sama-sama dengan Cirah?"

"Mestilah boleh! Kita draw dengan kawan-kawan sekali. Teacher ada banyak colour! Nanti drawing Cirah ada banyak colour!"

"Wah nak nak! Jom teacher! Tapi teacher kena teman Cirah tau. Tak boleh tinggal Cirah sorang-sorang."

"Iya sayang. Jom kita draw sama-sama."

Adara terus bawa Insyirah keluar dari bilik itu.

"Anak-anak semua! Jom kita drawing nak tak?"

"Nakkk! Yeay!!"

"Okay, tapi kita draw dengan Cirah sekali tau."

"Okay teacher!!"

Adara pandang pemandangan yang indah sekarang ni. Budak-budak sedang melukis. Ada yang sampai muncung mulutnya. Macam Eiman. Focus betul.

Adara pandang meja yang ada Insyirah. Insyirah kelihatan bahagia di situ. Dengan kawan barunya. Ada Adam sekali berkawan dengan Insyirah.

Adara terus bergerak ke meja itu.

"Teacher! Look! Adam lukis cat! Nama cat Adam boo boo. Cantik tak drawing Adam?" Adam tanya sambil mengangkat drawing nya untuk ditunjukkan pada Adara.

"Wahhh cantiknya! Pandai nya Adam lukis! Boo boo Adam comel!" Jawab Adara. Lukisan budak-budak. Memang nampak comel.

"Cirah lukis apa tu?" Adara bergerak menuju ke arah Insyirah untuk tengok lukisan Adara.

"Cirah lukis gambar papa, mama, dengan Cirah! Nanti Cirah nak tunjuk papa. Harini kan birthday mama, jadi Cirah nak lukis cantik-cantik. Nanti Cirah boleh tunjuk mama." Luluh hati Adara. Bila tengok Insyirah, dia jadi terfikir, boleh ke dia hidup tanpa ibu bapanya?

**********

Pada petang itu, sambil menemani budak-budak lain sampai ibu bapa mereka tiba menjemput mereka, Adara berbual bersama Insyirah.

"Cirah dah bawak drawing Cirah tadi?" Adara tanya.

"Dah teacher! Cirah tak sabar nak tunjuk papa. Terima kasih teacher sebab dah teman Cirah drawing."

"Sama-sama. Nanti esok kita main benda lain pula, okay?"

"Okay teacher!"

"Ha tu papa dah sampai. Jom Cirah. Teacher hantar." Adara bukan apa, dia nak jumpa pap Cirah sekejap. Nak open table. Ada benda nak bincang.

Tiba di kereta bapa Insyirah, Adara terus menegur bapa Insyirah.

"Encik? Saya nak cakap sekejap dengan encik boleh?"

"Boleh. Nak cakap apa?"

"Okay kita bincang kat tepi tu jap. Cirah masuk lah kereta dulu." Adara berkata pada Insyirah yang tercegat di tepi bapanya.

"Okay encik, macam ni. Saya nak cakap sikit pasal Insyirah." Tiba-tiba Adara rasa takut pula. Tadi kemain berani. Bila tengok muka dingin bapa Insyirah buat Adara menyesal pula.

"Kenapa ya dengan anak saya? Dia ada buat benda tak elok ke?" Tanya encik itu.

"Eh tak. Saya cuma nak cakap yang tadi Cirah nangis."

"Nangis? Kenapa nangis? Korang dera dia ke?" Tanya encik itu bertubu-tubi.

"Eh tak encik. Cirah nangis sebab...."

"Sebab apa?!" Tanya encik itu dengan suara kuat sikit. Ha sudah. Mampus aku. Adara ketakutan.

"Dia nangis sebab dia kata dia rindu mama dia."

"Lepastu dia kata papa dia asyik work lepastu tak teman dia main."

"Dia bosan." Tambah Adara.

Bapa Insyirah terdiam. Nampak matanya berair. Ha sudah. Kenapa bapa pula yang nak menangis?

"Saya tahu. Saya rasa macam tak boleh nak layan Cirah sebab muka dia sama sangat dengan arwah isteri saya. Saya tak sanggup. Saya makin rindu arwah isteri saya kalau saya tatap muka Cirah." Bapa Insyirah tahan tangisnya.

"Encik tak boleh macam ni. Cirah tu baru enam tahun. Dia perlukan kasih sayang bapa dia. Cuba encik fikir, apa perasaan arwah isteri encik bila dia dapat tahu yang encik layan anak dia macam tu?"

"Cirah rindu mama dia. Pada masa yang sama, dia rindu papa dia. Kesiankan Cirah, encik. Saya sebagai teacher kat sini, tahu yang saya tak berhak nak berkata lebih, tapi bila tengok dia menangis sorang-sorang tadi, buat saya rasa tak sanggup kalau tak buat apa-apa. Saya harap encik boleh pertimbangkan apa yang saya kata ni. Saya pergi dulu ya, encik. Terima kasih." Adara mahu berlalu pergi.

"Oh ya, sebelum tu, Cirah ada nak bagi surprise untuk encik. Saya harap encik dapat layan Cirah baik-baik." Kalau tak saya sunat encik buat kali kedua. Kata Adara dalam hati. Adara terus berlalu pergi.

***********

Sebelum tidur, Adara berlingkar atas katil dulu. Beguling-guling dulu. Menguap, tapi tak tidur-tidur. Adara tiba-tiba terfikir tentang apa yang jadi tadi. Insyirah.

Tiba-tiba mata Adara berair. Dari berair, air matanya menitis. Mula-mula satu titisan, jadi dua, dan jadi makin banyak. Adara teresak.

Adara teringat tentang kedua ibu bapanya. Sejak perkahwinannya berlaku, Adara sudah lama tidak menelefon ibu bapa nya. Adara malu. Adara takut. Jadi, dia buat keputusan untuk tidak telefon.

Adara tidak dapat bayangkan jika dia kehilangan ibu bapanya. Adara tak akan dapat kuat seperti Insyirah. Yang lain boleh hilang. Tapi jangan ibu bapa nya.

Adara buat keputusan untuk balik kampung. Dia mahu jumpa ibu bapanya. Biarlah apa nak jadi. Dia tak nak menyesal di kemudian hari. Adara terus mencapai telefonnya. Dan buka whatsapp. Dia mencari contact Zafran.

'Awak.' -Adara

'Saya plan nak balik kampung weekend ni. Nak jumpa family saya.' -Adara

'Awak nak ikut tak?' -Adara

'Kalau tak nak ikut, takpa. Saya boleh balik sorang.' -Adara

Adara memang tak mengharapkan Zafran ikut pun. Biarlah. Maleh nak fikir.

Zafran tak reply-reply. Bluetick pun tak lagi.

Dah tidur kot. Teka hati Adara. Lagipun dah pukul 1 pagi. Hm tunggu esok jelah. Aku nak tidur.

Adara terus melelapkan mata selepas membaca doa.

***********

XXX's POV

Aku tolak perlahan-lahan sliding door ini. Kalini aku tak masuk melalui sliding door di balkoni bilik Adara. Kalini sliding door tingkat paling atas sekali.

Aku dah banyak kali lalu sliding door ini. Lagipun aku ada kunci pendua untuk sliding door ini. Bila keluar, kunci lah balik. Cuma haritu guna sliding door bilik Adara dan tidak kunci semula. Bukan terlupa. Saja. Nak tengok sejauh mana tindakan Adara. Rupanya Adara langsung tidak bertindak apa-apa.

Aku terus berjalan perlahan-lahan menuju ke bilik Adara.

Selepas masuk ke bilik Adara, aku terus menuju ke katil nya untuk menatap wajah yang sedang tidur itu.

'Comelnya dia tidur.' Desis hati aku. Ya, Adara comel sangat. Dengan kecomelan itulah yang buat aku terpikat dengan dia. Dari dua tahun lepas aku dah lama suka dengan Adara ni. Tapi itulah, susah betul aku nak dapat dia ni.

Tambah lagi pula, sekarang dia dah kahwin dengan jantan tu! Aku benci! Tapi takpa, dengan segala rancangan aku yang tengah berjalan ni, aku yakin tak lama lagi, aku akan dapat Adara.

Aku mula mengusap rambut Adara. Cium dahinya. Mengambil bau di lehernya. Bau Adara sangat mengasyikkan sampai membuatkan nafsunya bergelora.

'Tak lama lagi sayang. Aku akan memiliki kau. Takda siapa dah boleh ambil kau dari aku. Bidadari aku.'

'Aku tak sabar nak tengok badan kau yang cantik ni. Aku suka badan kau. Putih. Lembut. Gebu. Tak sabar aku nak sentuh.'
'Tak lama lagi, sayang. Tunggu aku ya? Lepasni aku akan bahagiakan kau.'

Psycho. Ya, itu aku. Aku tahu tu. Nak buat macam mana? Dah aku jatuh cinta dengan Adara. Aku hampir nak memiliki dia, tahu-tahu dia nak kahwin dengan jantan tu?

Sebab apa? Sebab isteri bodoh dia tu? Memang tak lama lah. Aku memang nak bunuh isteri bodoh jantan tu.

Aku terus keluar semula dari bilik ini tanpa meninggalkan kesan.

*********

Zafran's POV

Pada pagi esoknya, di pejabat, Zafran tenung telefon nya. Dia baru lepas buka chat Adara semalam. Adara ajak balik kampung. Nak ikut ke tak? Ke nak biar Adara balik seorang diri?

Zafran terus buat panggilan telefon kepada Adara.

"Hello?" -Adara

"Kau habis kerja pukul berapa harini?" -Zafran

"Macam biasa lah. Pukul 6.30." -Adara

"Nanti aku datang jemput kau. Ada benda nak bincang. Bye." -Zafran

Zafran terus tutup telefonnya. Malas nak jawab pertanyaan dari Adara nanti. Mesti banyak soalannya. Nak bincang pasal apa? Kereta saya macam mana?

Tiba-tiba ada bunyi ketukan pintu pejabatnya.

"Masuk!" Zafran beri izin.

"Tuan." Sapa seorang pekerjanya. Maria.

"Maria right? Have a sit." Pelawa Zafran.

"Do you know for what reason I brought you here?"

"Saya tak tahu, Tuan."

"Kau adalah salah seorang suspect yang telah bersubahat dengan CEO Syarikat Angkasa berkenaan kes pelaburan itu."

"Kau tahu kan tentang kes pelaburan itu?" Zafran tanya lagi.

"Tahu Tuan. Saya tahu. Tapi bukan saya. Saya tak terlibat. Saya tak tahu apa-apa pun, Tuan." Maria pertahankan dirinya.

"Kau ada bukti yang menunjukkan kau tidak bersalah?"

"Tiada, Tuan. Tapi memang betul. Saya tak buat semua ni." Maria mula menangis.

"Okay, baiklah. Aku lepaskan kau kalini. But listen Miss Maria, I'm watching you. Now please, get out."

"Baik, Tuan. Terima kasih Tuan."

Zafran saja bagi terlepas. Dia bukan nak tuduh saja-saja. Dia mempunyai bukti tentang Maria dan Izzad. Tapi, dia ingin melihat dahulu sejauh mana rancangan si dia.

Semasa Zafran sedang typing di keyboard nya, telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Zafran check siapa yang buat panggilan itu.

Sayang. Zafran tersenyum dan terus slide button hijau.

"Ya sayang?"

"Assalamualaikum abang."

"Waalaikumsalam sayang." Zafran tergelak. Punya excited cinta hati telefon, sampai lupa nak bagi salam.

"Kenapa sayang?"

"Abang, Dian bosan lah sorang-sorang."

"Bosan? Ayyad dengan Nana mana?"

"Umi dengan papa pinjam."

"Okay sekarang Dian nak buat apa? Dian nak keluar ke?"

"Entah lah abang. Dian cuma nak borak je."

"Iya? Okay sekarang bagitahu abang, sayang tengah buat apa tu." Zafran meletakkan telefonnya di tepi sambil membuka loud speaker. Dan Zafran meneruskan kerjanya. Setiap masa berharga ya.

"Dian tengah tengok album gambar kita. Gambar masa kita kahwin. Dulu Dian kurus lah abang!"

"Sekarang?" Zafran tanya.

"Sekarang gemuk dah!" Dian kuatkan suaranya. Zafran tergelak lagi.

"Mana ada sayang. Elok je abang tengok. Makin mantap ada lah."

"Abang! Eeee apa cakap macam tuu."

"Lahh abang bagi pendapat abang je."

"Abang tu otak memang ke situ je. Macam lah Dian tak kenal abang."

"Okay kalau macam tu, malam ni on lah?" Zafran sakat Dian.

"Ish dia ni kan?! Orang cakap pasal gemuk kurus tau. Dia melalut sampai ke situ. Eee malas gila dia ni."

"Eh lah sayang pikir apa? Abang nak tanya malam ni on tak tengok movie? Sayang ni! Jauh nya pikir!" Zafran makin galak sakat Dian.

"Eeee dahlah bang! Ish! Hilang dah bosan Dian. Sakit hati adalah." Dian di sana muka dah merah.

"Alololo okay okay abang gurau. Okay cerita lagi cepat. Dian tengok apa dekat album tu?"

"Hmmm Dian tengok gambar Dian dengan kawan-kawan Dian. Tiba-tiba Dian rindu diorang pula." Mata Dian berair.

"Kalau benda semua ni tak jadi, mesti kitorang baik lagi kan abang?"

"Sayang, tak baik fikir macam tu. Benda dah jadi pun Dian."

"Abang layan Adara baik je kan? Abang jangan buat dia tersakiti tau. Dian yang paksa dia buat semua ni, abang."

"Ya sayang. Tapi dengar cakap abang. Abang yakin satu hari nanti, Dian akan sembuh. Dan waktu Dian sembuh, abang janji abang akan lepaskan Adara."

"Abang...."

"No sayang. I'm serious. Abang tak cintakan Adara. Jadi buat apa abang masih simpan dia jadi isteri abang? Baik abang lepaskan dia biar dia boleh jumpa dengan lelaki yang sayangkan dia."

"Saya nak jumpa Adara, abang. Saya rindu dia bang. Tapi Dian malu."

"Boleh sayang. Nanti abang sendiri akan cakap dengan Adara. Sayang jangan risau okay? Dah jangan sedih-sedih. Abang taknak sayang abang sedih macam ni."

"Abang, Dian sayang abang sangat-sangat tau!"

"Iya sayang. Abang dah lama tahu."

"Abang tak balas pun sayang Dian?"

"Eh kenapa pula?"

"Abang!" Zafran gelak kuat.

"Ya ya sayang. Abang pun sayang sangat dengan Dian. Cintakan Dian sangat-sangat! Abang tak sabar nak balik jumpa Dian."

"Dahlah abang. Pergi buat kerja. Tak elok curi tulang."

"Ya lah sayang. Take care. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam abang."

Zafran tersengih. Dia suka sakat Dian. Zafran tatap gambar wallpaper di telefonnya. Comel. Gambar Dian, Eiman dan Ellyna. Zafran sayang mereka sangat-sangat.

'Ya Allah, kau lindungilah keluargaku di mana jua mereka berada Ya Allah.'

***********

Pada petang itu, Adara menunggu kedatangan Zafran dan ditemani oleh Insyirah. Yang lain semua dah balik. Pekerja lain pun dah balik. Adara memang nak teman Insyirah. Papa dia lambat pula harini.

Tiba-tiba papa Insyirah dah sampai.

"Cirah! Tu papa. Jom." Adara pimpin tangan Insyirah pergi ke kereta papanya.

"Assalamualaikum teacher." Papa Insyirah memberi salam.

"Waalaikumsalam, encik." Adara jawab salam dengan senyuman nipis. Tersengih-sengih papa Cirah ni dah kenapa?

"Nama teacher apa eh?" Soal papa Insyirah.

"Adara. Adara Sumayyah."

"Oh. Nama saya Akram. Muhammad Akram." Adara hanya senyum. Tak tanya pun.

"Saya nak ucapkan terima kasih sebab dah tegur saya semalam. Saya dah sedar kesilapan saya. Cirah dah bagi lukisan semalam. Cirah kata teacher teman dia drawing. Terima kasih, ya."

"Sama-sama encik. Small matter je tu. Kan saya dah kata, itu je yang saya mampu buat sebagai seorang teacher kat sini."

"Saya ada hajat ni sebenarnya cik." Eh tukar panggilan.

"Apa hajatnya encik?"

"Errr saya nak-"

"Adara." Ada satu suara menyampuk perbualan mereka. Adara terus menoleh ke arah suara itu. Zafran. Zafran dah sampai. Dia nampak muka Zafran macam marah je. Kenapa? Masalah kerja ke?

"Siapa ni?" Zafran tanya Adara.

"Oh saya Akram. Papa Cirah. Awak siapa ya?" Akram menghulurkan tangannya untuk berjabat.

"Aku Zafran. Suami Adara." Wow first time ni Zafran kenalkan diri dia sebagai suami kepada Adara. Bukan biasa-biasa. Zafran sambut tangan Akram. Tapi lambat-lambat.

Wajah Akram berubah. Akram rasa macam hati dia berkecai. Dia tak tahu pula Adara dah kahwin. Hello encik papa Cirah, Adara dah 28 tahun tau!

"Oh yeke? Eh lama pula saya biarkan Cirah dalam kereta. Saya balik dulu ya Cik Adara dan Zafran." Akram terus berlalu pergi.

Belum sempat Akram berlalu pergi. Zafran tiba-tiba bersuara.

"Puan. Puan Adara. Bukan cik dah." Adara terus pandang Zafran. Eh eh dia ni. Rilek ah.

"Oh saya tak perasan. Maaf, Puan Adara."

"Eh takpa." Adara senyum.

"Wah hebat kau ek? Cepat betul cari pengganti." Zafran berkata sambil menatap dalam mata Adara.

"Ha? Mende? Pengganti apa ni? Dah lah tiba-tiba datang macam apa. Salam takda. Apa takda. Lepastu tiba-tiba tuduh kita dah jumpa pengganti." Adara bebel. Geram. Orang dahlah penat kerja.

"Ni, saya nak tanya. Perlu ke berjemput bagai? Kereta saya macam mana? Kalau saya follow je kereta awak dari belakang boleh je kan?" Ha ni yang lemah ni. Kalau mood dah kelaut, memang tak boleh nak cakap baik-baik dah.

"Tak payah. Kau masuk kereta aku. Kereta kau tu tinggal je sini. Nanti esok aku hantar kau pergi kerja."

"Eh mana boleh. Bahaya lah tinggal kereta sorang-sorang kat sini. Ni harta sepencarian saya tau. Hasil titik peluh masin saya."

"Jijik lah kau ni. Pernah rasa peluh sendiri ke?"

"Eleh peluh memang masin. Eeee tak tahu." Adara menjelir lidahnya sambil menunjukkan ibu jari ke bawah. Loser sebab taktahu peluh rasa masin.

"Eh dia ni kang. Cepat lah jom. Naik dengan aku. Kereta kau ni takda siapa lah nak ambil. Orang nak curi pun pikir banyak kali lah." Bapak hina gila dia kata kereta aku. Myvi kot? Takda lah lopek mana pun.

"Jahat gila awak ni hina harta saya."

"Mana ada aku hina. Aku nak yakinkan kau je yang takda siapa akan ambil kereta kau ni. Jadi jangan risau."

"Tapi perlu ke kata macam tu? Boleh je kan yakinkan el-"

"Tak tak. Sekarang ni kau memang nak ajak gaduh kat sini ke? Boleh je kan masuk kereta dulu. Gaduh dalam kereta. Nak pukul 7 dah ni." Zafran pasrah. Dia penat. Kenapa dengan Adara ni? Cepat kekoyakkan pulak harini.

"Ish dia ni!" Adara berlalu sambil hentak kaki.

"Ha hentak lah kaki tu. Hentak. Dah macam semut berkawad dah aku tengok. Semut berkawad satu satu hora horeyy!!" Zafran gelak kuat. Bila tengok muka Adara sumpah kelakar! Pipi dia bergegar bila dia hentak kaki. HAHAHA.

Mende mamat ni. Nyanyi lagu didi and friends konon. Ingat kelakar sangat dah tu.

*********
JENG JENG JENG! HA SIAPA XXX?

Okay itu sahaja untuk chapter kalini. Terima kasih sebab sudi baca. Doakan saya terus bersemangat untuk tulis part seterusnya ya.

Saya ada benda nak tunjuk ni.

COMEL KAN?!!! HUAAAAA SAYA TERHARU SANGAT! TERIMA KASIH AWAK! YOU KNOW WHO YOU ARE!

SAYANG CANTIK-CANTIK SAYA SEMUA!!!

Continue Reading

You'll Also Like

90.2K 6.3K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
4.1M 247K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...
626K 23.3K 33
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...
1.4M 60.3K 80
Aku tak pernah menyangka bahawa aku akan dijodohkan dengan sepupu aku sendiri. "What are you doing?" Tanya Mia. "I just want to sleep with you." Hud...