Pilihan Kedua | C

By farahnotfara

1.2M 61.6K 10.8K

Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Mac... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
bukan update
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
bukan update pt 2
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
epilog
dari hati
Chapter 58- happy
Chapter 59- happy
Chapter 60- happy
Chapter 61- happy
Chapter 62- happy
Chapter 63- happy
Bonus Chapter
Raya 1
Raya 2
Raya 3

Chapter 5

14.1K 712 103
By farahnotfara

Hai semua! Okay ni update untuk chapter 5. Happy reading!

Lagi satu, jangan lupa singgah account tiktok saya tau. Sila like comment and share hehe.

Jangan lupa vote and comment okay?

Enjoy!

**********

Sudah dua hari Zafran tidak datang langsung melawat Adara. Selepas kejadian di pejabat agama itu, Adara terus pulang ke rumah sewanya. Adara langsung tak berhubung dengan sesiapa setelah akad nikah tersebut. Dia penat. Semua orang pandang dia serong. Seolah-olah she is the villain of this story.

Tentang Zafran, Adara malas nak fikir. Dia hanya mampu berserah.

Sedang Adara melipat telekungnya, dia terdengar seseorang memberi salam. Adara baru selesai mengerjakan solat sunat dhuha. Adara terus sarung tudung dan menuju ke pintu rumahnya.

"Kemas baju. Balik rumah aku." Zafran terus mengarah Adara tanpa memberi kata-kata intro selepas sahaja Adara membuka pintu. Intro dia yang bagi salam tu kot.

"Ha?"

"Kau ni memang pekak eh? Aku kata, kemas baju kau, balik rumah aku."

"Oh tapi kenapa? Saya boleh je stay sini seorang." Adara sudah menukar panggilannya kepada Zafran. Lagipun Zafran suami. Tu je yang dia mampu lakukan sebagai seorang isteri.

"Ya. Aku pun sebenarnya kalau boleh nak kau stay je seorang kat sini. Tapi tulah kang jadi apa-apa, aku yang dipersalahkan. So, sekarang kau jangan banyak cakap, jangan tunjuk muka blur tu. Terus kemas barang sekarang." Arah Zafran apabila dia tengok Adara langsung tak bagi tanda-tanda nak bergerak.

"Okay lah. Sekejap. Awak nak masuk dulu tak?" Adara soal Zafran. Dah suami kan. Kena layan baik-baik.

Zafran terima pelawaan Adara dan terus masuk ke rumah tersebut. Waktu blackout tu dia tak dapat tengok rumah ni betul-betul. Rumah ni biasa je. Sesuai lah untuk tinggal dua orang. Rumah ni nampak selesa. Cozy.

Zafran perasan wajah sembap Adara tadi. Dia dapat rasa yang Adara langsung tak keluar rumah dua hari ni. Dia tahu Adara pasti sedih. Siapa je tak sedih. Semua yang terjadi ke atas Adara sekarang, adalah bukan kehendaknya. Dia dipaksa.

Waktu di pejabat agama tempoh hari, dia perasan yang Adara dimarahi oleh Sofea. Diherdik. Dia perasan semua tu. Tapi, itulah. Zafran taktahu kenapa masatu, akalnya menghalang dirinya untuk menyebelahi Adara. Dia tak mampu buat apa-apa. Sepanjang dua hari dia tak menjenguk Dian pula adalah kerana dia menemani Dian melakukan treatment. Dia perlu menjaga anak-anaknya lagi. Jadi dia tiada masa untuk menjenguk Adara.

"Awak, dah siap." Setelah 45 minit mengemas, Adara sudah munculkan diri dengan dua luggage besar. Dan juga beberapa beg kecil.

"Kau kemas semua ke?" Tanya Zafran selepas memandang beg-beg yang dibawa oleh Adara.

"Eh taklah. Ada lagi yang saya tinggal. Tapi tak penting sangat barangnya. Esok rasanya saya datang ambil balik."

"Ha yelah jom. Kau follow kereta aku nanti." Takkan nak tinggal kan kereta Adara.

Sedang Zafran menolong Adara mengangkat semua beg itu, Zafran terfikir. Dia perasan akan layanan Adara sekarang ni. Adara dah tukar panggilan. Tak guna aku-kau dah. Adara pun nampak lembut dengannya. Takda melawan kata. Sopan je.

Dia suka aku ke? Sebab aku jadi suami dia jadi dia cintakan aku ke? Haih jangan lah Adara. Kau kecewa nanti. Aku tak mampu nak balas cinta kau. Kau pun tahu tu kan.

**********

Setelah tiba di satu kawasan perumahan, Adara memandang sekeliling. Cantik. Ada security guard di taman perumahan ini. Jadi Adara tahu rumah-rumah katsini mesti mahal-mahal.

Selepas Adara memakir kan keretanya, dia terus keluar dari kereta dan pergi ke arah Zafran yang sedang membuka kunci rumah itu.

"Masuk lah. Tengok-tengok dalam rumah." Zafran berkata sambil mengeluarkan semua beg Adara.

Adara apa lagi, terus masuk. Dia excited sebenarnya. Sebab rumah ni besar! Ada tiga tingkat. Nampak mewah sangat rumah ni. Modern. Adara tak pernah duduk rumah semewah ni jadi jangan salahkan dia kenapa dia excited sangat.

Sedang leka dia berlari ke sana ke sini sambil memerhati sekeliling rumah, tiba-tiba Adara terjatuh. "Mak ai! Sumpah lah?! Apesal kaki meja ni macam ni? Sakit siot!" Adara bercakap sorang-sorang. Adara terjatuh dengan gaya merangkak. Lutut dia sakit.

"Oi minah! Kau dah kenapa berdoggy style kat ruang tamu ni?"

Adara tekejut lalu terkentut. Nasib baik kentut slow je. Zafran tak dengar. Dia terus bangun menghadap Zafran yang memandang nya pelik.

"Saya tak sengaja okay? Kaki meja ni kenapa design terkeluar macam ni? Saya terbentes tau tadi! Sakit ni ha tapak tangan dengan lutut saya." Adara berkata sambil menuju ke arah Zafran untuk menunjukkan tapak tangannya yang sudah merah tu.

"Sakit sangat ke?" Zafran tanya sambil memegang tangan Adara untuk melihat kot-kot ada luka ke. Ceh merah je. Tapi Zafran tetap tiup tapak tangan Adara.

"Sakit lagi? Nanti aku tukar lah meja tu. Bahaya juga kau ni. Dengan meja pun boleh sampai terjatuh." Zafran berkata sambil membelek lagi tangan Adara. Tangan Adara ni comel. Kecil je kalau nak dibandingkan dengan tangan Zafran. Lepastu lembut pulak tu tapak tangan Adara. Kalau lekap kat pipi ni mesti best.

Adara terkedu lagi. Terdiam. Dia nak terkentut lagi apabila tengok layanan Zafran terhadapnya sekarang. Jangan lah kentut. Aku taknak spoil precious moment macam sekarang ni.

"Uhuk! Hm. Tak. Tak sakit dah. Hehe." Shit! Asal aku tergagap ni?

"Hm dahlah. Tolong aku bawak barang-barang kau ni naik atas."

*********

"Lepas asar nanti kau bersiap. Aku bawak kau pergi beli barang dapur." Kata Zafran sambil mengangkat bekas makanan ke sinki untuk dibasuh sebelum membuang ke tong sampah yang khas untuk recycle sahaja.

Mereka hanya order foodpanda je untuk lunch sebab kat dapur takda apa-apa. Tong gas pun takda. Sebab itulah Zafran mengajak Adara membeli barang dapur. Kang kebulur pulak bini dia ni.

"Okay awak." Adara belum habis makan. Adara makan lambat tapi makanan dia tetap habis.

Selepas asar, seperti dijanjikan, mereka sudah sampai di Village Grocer.

Semua barang dapur, banyak Zafran yang pilih. Adara tak pro sangat bab bab pilih barang ni. Lagipun dia tak habis fikir lagi apa benda yang dia nak beli.

Sewaktu mereka lalu ditempat beras, Adara tak dapat menahan rasa untuk menepuk beras-beras disitu. Lalu Adara pun menepuk.

Zafran yang sedang menolak troli itu memandang Adara pelik. "Kau memang suka eh tepuk beras macam tu?"

"Haah suka! Best! Geram!!!" Adara pun tepuk lagi.

"Aku pun suka juga!!" Lalu Zafran pun tepuk beras itu juga. Disitu, terdapat pasangan suami isteri sedang menepuk-nepuk beras. Kesian beras kerana asyik ditepuk-tepuk.

"Ehem!" Ada seorang pekerja itu berdehem kepada mereka.

Zafran dan Adara terus berlari meninggalkan tempat itu. Malu. Lepastu takut kalau tiba-tiba kena bayar ganti rugi ke kan. Zaman sekarang bukan betul.

"Woahhh ferrero rocher!! Zafran saya nak ni! Saya suka ferrero rocher!" Adara tenung segala coklat ferrero rocher yang ada di rak itu.

"Ya ambil lah."

"Saya nak yang besar ni tau! Tau! Tau!"

"Ya, isteri. Ambillah."

"Yeay terima kasih suami."

Tiba di kaunter, Zafran tanya Adara, "nak apa-apa lagi tak?"

"Hmmm takda dah."

"Eh jap. Aku ada lupa something. Kau jaga sini jap." Zafran cepat-cepat berlalu.

"Eh Zaf! Ya Allah. Alamak macam mana ni. Duit kat bank aku cukup tak ek? Cash aku takda. Ya Allah dahlah banyak barang yang Zafran beli. Habislah. Ya Allah turn aku!" Adara dah gelabah. Kalau duit dia tak cukup macam mana. Zaf ni pun satu. Bagilah aku kad dia. Kalau kad aku tiba-tiba decline macam mana? Aduh! Adara dah overthinking sangat dahni.
"Jumpa pun." Zafran sudah sampai ke tempat kaunter tadi sambil meletakkan barang yang dia nak.

"Kau kenapa? Pucat semacam?"

"Takda apa." Fuhhh sempat Zafran sampai. Kalau tak, aku dah mati gelabah katsini. Punca kematian sebab gelabah sangat kat kaunter bayaran.

**********

"Awak nak masak apa? Biar saya tolong." Adara mula menyinsing lengan baju nya bersedia untuk menolong Zafran.

Zafran memang dah setuju nak masak tadi. Katanya ada menu yang dia sendiri nak bagi Adara cuba rasa. Ala lagipun Adara tak handal memasak sangat, jadi dia okay je Zafran nak tolong masakkan makan malam mereka.

"Kau tunggu jelah. Nanti tak surprise lah."

Zafran mula memotong cauliflower, carrot, baby corn, dan fish cake. Setelah itu, dia membasuh isi ayam yang sudah dipotong kecil dan juga udang.

"Kau makan kan semua ni?" Zafran tanya sambil membasuh udang di sinki.

"Makan je. Lagi-lagi udang. Favourite saya tu." Adara dari tadi kehulu ke hilir mengikut jejak Zafran. Dia kononnya nak tolong tapi Zafran langsung tak meminta pertolongan nya.

"Kau duduk je Adara. Takyah tolong aku. Aku boleh buat sorang-sorang." Zafran kesian tengok Adara yang dah macam orang bodoh ikut dia.

Adara pun duduk dan terus memghidupkan telefonnya. Sebelum ni, dia memang matikan telefonnya. Dia tahu takkan ada orang cari dia pun. Tapi hm. Saja. Nak sedapkan hati.

Biasanya bini yang masak dan meminta suaminya untuk duduk dahulu. Ni terbalik pula.

Setelah selesai masak, Zafran terus menghidangkan makanannya.

"Ohhh kuey teow ladna! Saya suka! Saya suka!" Adara berkata sambil satu pinggan kuey teow ladna buatnya.

"Ha makan lah. Sorry kalau tak sedap. Tapi aku yakin sedap punya."

Adara menjamah sedikit kuey teow ladna itu.

"Eh sedap lah! Saya suka rasa macam ni. Cukup rasa!" Adara kagum dengan masakan Zafran. Memang sedap. Tambah lagi pula, dia memang suka kuey teow ladna.

"Aku tahu sedap. Dian pun suka dengan masakan aku." Zafran balas.

"Oh yeke? Awak memang selalu masak untuk Dian lah?" Adara tanya.

"Of course! Aku kalau boleh taknak bagi Dian tu buat satu kerja rumah pun. Aku nak dia rehat je."

"Wah untung Dian dapat suami macam awak." Saya bila nak rasa semua tu Zafran? Adara hanya mampu tanya dalam hati. Dia tak mahu buat suasana jadi awkward.

"Ala nanti after aku lepaskan kau, kau pergi lah cari lelaki yang lagi baik untuk kau. Kita kan sekejap je. Aku yakin tak lama lagi Dian akan sembuh." Zafran angkat wajahnya untuk memandang Adara.

"Ehem! Cakap pasal ni, bila saya boleh jumpa family awak? Anak-anak awak? Takkan tak jumpa langsung?" Adara tukar topic. Dia malas nak fikir semua ni. Taktahu kenapa, bila Zafran sebut tentang Dian, Adara rasa sakit. Dia pun inginkan semua itu, tapi dia tahu dia tak layak. Siapa jelah dia jika nak dibandingkan dengan Dian.

"Oh ha aku lupa nak bagitahu kau. Esok boleh lah aku bawak kau jumpa diorang. Especially anak-anak aku. Aku nak diorang selesa dengan kau, baru Dian akan lebih percayakan kita."

***********

Selesai makan, Adara telah mengemaskan dapur. Zafran dah masak, takkan Adara nak biarkan Zafran juga yang kemas dapur kan? Lagipun suami isteri kena saling bertolak ansur. Kalau sorang tu dah masak, yang sorang lagi tolong kemas. Kalau sorang dah kemas rumah, sorang lagi tolong basuh dan sidai baju. Kan?

Ketika Adara ingin menuju ke bilik tidurnya, dia ternampak satu bilik tidur bercahaya. Apabila dia menjengah, terdapat Zafran di atas katil sedang bermain telefonnya.

"Eh? Awak tidur sini ke? Kenapa tak tidur bilik kita?" Adara tanya. Dia pelik. Bukan patutnya suami isteri tidur sebilik dan sekatil ke?

"Kau tidur lah kat bilik kau. Tu bilik kau. Bukan bilik kita. Ni bilik aku. Kita kan bukannya kahwin sebab suka sama suka. Jadinya tidur jelah asing-asing." Jawab Zafran selamba dan terus bermain dengan telefonnya. Bukannya melayari media sosial. Dia lebih kepada berhubung dengan Ameerul berkaitan isu kewangan sebelum ini. Masih belum selesai lagi. Masih tiada siapa yang mengaku.

Adara ada terdengar bunyi renyukkan. Apa yang renyuk? Hatinya. Ya Allah, kenapa aku kena rasa perasaan seperti ini ya Allah. Aku tidak ingin mencintainya. Aku tidak kuat ya Allah.

Kau gila ke Ad nak suka laki orang? Jangan Ad. Jangan.

"Ha baiklah. Saya pergi tidur dulu. Selamat malam. Assalamualaikum." Adara terus menuju ke bilik tidurnya.

Selepas sahaja Adara menggosok gigi, dia terus menuju ke katilnya. "Haih. Mesti aku susah tidur ni. Dahlah tempat baru." Biasalah sesetengah orang kalau tiba-tiba kena tidur kat tempat baru, mesti susah nak lelap mata. Adara tergolonglah dalam sesetengah orang tu.

Dah masuk jam 3 pagi, Adara masih tak dapat lelapkan mata. Dia dah cuba. Tapi masih tak boleh tidur. Dia mahu turun ke bawah untuk minum air. Tapi takut. Tak berani turun sorang-sorang. Takkanlah nak ajak Zafran pulak kan?

Tiba-tiba Adara mendengar sesuatu di balkoni biliknya. Seperti ada orang cuba membuka sliding door itu. Ya Allah apa ni? Adara terus keluar dari bilik dan menuju ke bilik Zafran. Dia pulas tombol pintu tu terus. Nasib baik tak kunci.

"Zafran! Saya tidur dengan awak tau! Saya takut. Saya ada dengar bunyi sesuatu." Adara berkata dan terus baring disebelah Zafran. Dia tak minta persetujuan Zafran pun. Dia takda masa. Lagipun Zafran tengah tidur.

Apa tadi tu ya Allah? Takkan hantu kot? Ke perompak? Tapi takkan lah? Kan kawasan rumah ni ada sistem pegawalan yang ketat.

Adara jadi teringat bunyi yang dia dengar sewaktu kejadian rumah sewanya blackout. Bunyi itu lebih kurang. Tetapi di rumah sewanya, dia mendengar seperti bunyi orang cuba untuk membuka pintu belakang di dapurnya.

Semua ni berkait ke? Takkanlah? Zafran ada musuh ke? Ada orang tak puas hati dengan aku ke?

Takda apa kot. Takda siapa nak kacau kau, Adara. Kau tu siapa je? Mungkin hantu cuma nak berkawan dengan kau je kot? Eh! Janganlah. Taknak kahwin dengan hantu. Eeee apa ni? Adara masih tak habis dengan overthinking nya ya.

Tiba-tiba tubuh Zafran bergerak untuk menukar posisi tidurnya. Dia menukar posisi mengiring menghadap Adara. Adara tenung muka Zafran. Zafran handsome. Kulit muka bersih. Alis matanya cantik terbentuk. Bulu matanya lentik. Kulit Zafran tanned. Tak putih pun. Tapi dengan kulit seperti inilah yang makin menjadikan Zafran kelihatan makin handsome dan attractive.

Makin Adara tenung muka Zafran, kantuknya makin terasa. Adara terus terlelap selepas membaca doa.

**********

Zafran mula tersedar selepas mendengar bunyi alarm handphone nya. Dia bergerak untuk mencapai handphone itu dan mematikan alarm itu. Selepas itu dia ingin baring semula. Ingin menghilangkan rasa ngantuk dengan termenung kejap.

Baru sahaja dia ingin baring, dia perasan ada seseorang sedang baring disebelah nya. Eh? Siapa ni? Tanpa melengahkan masa, dia terus membuka lampu tidur yang terdapat di meja laci sebelahnya.

"Adara?"

"Adara! Bangun! Kenapa kau tidur sini? Aku cakap kau kena tidur kat bilik kau kan? Bangun Adara!" Zafran menggoncang tubuh badan Adara.

"Hm?" Adara bangun terpisat-pisat. Siapa kejut ni? Ya Allah aku ngantuk lagi ni.

"Bangun Adara! Aku tanya, kenapa tidur sini?" Tanya Zafran lagi dan terus bangun dari pembaringannya dan berdiri disebelah katilnya. Dia taknak berada dekat dengan perempuan lain selain Dian. Dia tak suka.

"Ha? Oh saya takut malam tadi. Tak boleh tidur. Jadinya saya baring sini." Adara tak suka bercakap pagi-pagi. Tapi tulah dah Zafran tanya soalan macam tu, takkan dia nak jawab dengan anggukan atau gelengan? Tak pasal-pasal kena marah kang.

"Apa benda kau ni Adara? Takkan lah tidur sorang pun tak berani? Jangan jadi penakut sangat boleh tak? Selama ni kau tidur sorang kat rumah sewa kau tu boleh pulak? Ke kau nak menggatal dengan aku? I'm warning you, Adara. Lepasni jangan sesuka hati nak baring-baring sebelah aku. Aku tak suka. Kau tak layak. Dian je yang layak baring sebelah aku." Selepas menghamburkan marahnya, Zafran terus menuju ke bilik airnya selepas mencapai tualanya.

Haih! Pagi-pagi dah kena marah. Desis hati Adara.

************

Okay sampai sini sahaja untuk chapter kalini. Sebarang typo, mohon abaikan. Hehe. Kalau ada salah silap, minta ditegur.

Korang vote lah! Tau tau!!! Thank you!

<3

Continue Reading

You'll Also Like

36.4K 3.8K 59
𝐓𝐇𝐄 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝟏.𝟎 "𝐘𝐨𝐮 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲𝐞𝐝 𝐦𝐲 𝐭𝐫𝐮𝐬𝐭" ~𝐭𝐡𝐞 𝐢𝐧𝐭𝐫𝐨𝐝𝐮𝐜𝐞~ Awalnya pergi ke Sabah demi tugas. Sekali terjumpa...
393K 18.3K 55
Cinta tak akan pudar Selagi dia masih percayakannya Dia tetap menanti Selagi nyawa dikandung badan Sambungan kisah dari Alexandra Highschool Banyak...
Uhibbuki By 사랑

Short Story

4.6K 502 6
[Hah pat masuk dlm dunia tangisan] NUR SUMAIYAH. Hidupnya seringkas namanya. Tiada siapa lagi yang sayangkan dia selain abangnya seorang, MUHAMMAD YU...
907K 37K 101
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...