Pilihan Kedua | C

Bởi farahnotfara

1.2M 61.9K 10.9K

Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Mac... Xem Thêm

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
bukan update
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
bukan update pt 2
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
epilog
dari hati
Chapter 58- happy
Chapter 59- happy
Chapter 60- happy
Chapter 61- happy
Chapter 62- happy
Chapter 63- happy
Bonus Chapter
Raya 1
Raya 2
Raya 3

Chapter 4

14.4K 745 164
Bởi farahnotfara

Hi! Sorry sebab dah lama tak update. Saya busy lately ni. Saya nak cakap sikit, Sofea dah kahwin tau hehe. Okay itu je. Happy reading! Enjoy!

*************
Zafran's POV

Dalam sebuah bilik mesyuarat, terdapat seorang Chief Financial Officer sedang memberi perhatian tentang pembentangan yang dilakukan oleh pekerjanya.

Zafran yang meminta PA nya, Ameerul untuk mengadakan meeting ini bersama Finance Department. Hal ini kerana, terdapat kesalahan semasa dia membuat semakan tentang kewangan syarikat itu. Ada yang tidak kena. Jadi, sebagai seorang ketua yang berwibawa, dia haruslah menganalisis semula perancangan kewangan syarikatnya.

Zafran bekerja di syarikat ayahnya, Zermonia Berhad. Zermonia Berhad adalah sebuah syarikat konglomerat multinasional yang bertapak kukuh di Malaysia dalam industri perladangan, hartanah, industri, automotif, tenaga dan prasarana serta hospitaliti.

Yang mengambil jawatan Chief Executive Officer adalah abangnya, Zayyad Isyraf.

"Okay, I do understand of what are you trying to explain. But there are some unexplained things. Saya rasa, saya takda membuat apa-apa pengesahan tentang pelaburan dari Syarikat Angkasa." Ujar Zafran kepada pekerjanya.

"Dan macam mana saya boleh ternampak syarikat itu sudah melabur ke syarikat kita? Saya pelik. Is there anyone that could explain how such things can happen?" Tanya Zafran. Semua senyap. Takut.

"No? Okay then. You all know that this company got lawyer. He can just find any of you that did these terrible things. Awak semua tahu yang saya tak suka dengan pekerja yang menipu. Korang semua taknak berlaku jujur kan? Okay, dalam masa seminggu, tiada siapa yang inform saya, saya terpaksa sekat bonus awak semua untuk bulan ni. Saya terpaksa. Sebab korang semua taknak mengaku." Zafran tak gila lagi nak buat keputusan untuk memecat semua pekerjanya. Dia tahu di antara mereka ada yang tak bersalah. Lagipun, Zafran saja je gertak. Padahal boleh je dia cari siapa angkaranya. Dia cuma nak dalangnya mengaku terus. Jujur. Setelah itu, Zafran terus bangun dan keluar bilik mesyuarat itu.

Zafran terus menuju ke bilik pejabatnya diikuti oleh PAnya. "Aku nak kau minta tolong Tuan Asyraf siasat tentang hal ni. Aku takda masa." Asyraf ialah peguam syarikat itu.

"Baik, Tuan."

Zafran masuk ke dalam bilik pejabatnya dan mendapat adik lelakinya berada di sofa bersama rakan mereka.

"Bro, betul ke aku dengar kau nak kahwin lagi satu?" Tanya adiknya, Zafar Idlan. Zafar tak menyempat nak tunggu Zafran duduk terus tanyakan hal itu.

"Kau tahu dari mana?" Tanya Zafran terus duduk dan hiraukan pandangan adiknya, kawannya, dan PAnya.

"Aku tahu dari umi. But bro, are you serious? Kau bukan cinta mati ke kat Kak Dian? Apasal kau sampai nak pasang dua ni? Minah rempit mana dah goda kau ni?" Zafar geram. Dia pantang lelaki yang duakan seorang perempuan. Apa tak cukup ke Kak Dian tu? Sampai nak kena ada yang ke dua?

"Kau taktahu apa-apa kau diam je Zafar. Aku tahu apa aku buat." Balas Zafran sambil melonggarkan tali leher nya. Rimas. Dahlah tak settle hal pelaburan tu. Tahu-tahu nak kena menjawab benda-benda macam ni.

"Aku tak sangka ya ada antara kita yang nak berbini dua. Bukan kau benci ke lelaki yang sibuk nak kahwin lebih dari satu ni Rees?" Zafar provok Zafran.

"Kan aku dah kata, kau diam je Zafar. Kau tak payah sibuk. Lagipun Dian dah setuju dah pun. Umi pun setuju je."

"Kak Dian tu baik. Sebabtu dia setuju. Kau tu pernah fikir perasaan dia tak? Apa dia rasa bila dia tengok kau lafaz akad nikah untuk perempuan lain?"

"Ni bukan kau do Rees. Kitorang kenal kau. Kau takkan sesekali duakan Dian. Lagipun kau dah ada anak, Rees." Sampuk kawan mereka, Hazim.

Zafran diam. Dia stress. Dia nak bagitahu hal sebenar tapi Dian tak kasi. Semua orang salahkan dia. Salah dia ke? Dia sayang Dian. Dia pun taknak duakan Dian. Tapi keadaan memaksa Zafran untuk melakukan hal ni.

*********

Zafran memberhentikan keretanya dihadapan sebuah rumah. Dia taktahu kenapa dia buat semua benda ni. Dian menyuruh Zafran untuk menghantar makanan kepada Adara. Apa yang Dian fikir ni sebenarnya? Dia tak sayang aku ke? Sekarang ni siapa suami, siapa isteri. Zafran agak terasa dengan Dian kerana Dian seolah-olah tidak menghormati dirinya sebagai suami. Dian suka memaksa Zafran berjumpa Adara. Kalau dia tolak, mesti Dian ugut Zafran tentang kesihatannya.

Dahlah sekarang waktu malam. Haih. Tentang perjumpaan Zafran dengan keluarga Adara terpaksa ditangguh kerana masing-masing sibuk. Jadi mereka decide untuk berjumpa hujung minggu ini.

"Assalamualaikum!" Zafran mula memberi salam setelah keluar dari keretanya.

Setelah sepuluh kali percubaan memberi salam, Adara masih tidak membuka pintu. Kereta ada. Orangnya tak keluar.

Zafran taktahu apa yang dia fikir sekarang ni, tahu-tahu dia dah sampai dihadapan pintu rumah Adara. Gate tak berkunci, tu yang Zafran boleh buka. Zafran baru nak ketuk pintu rumah, pintu rumah dah terbuka. Terdapat Adara yang sedang memakai telekung.

"Zaf? Eh kenapa?" Adara terkejut.

"Dah dekat sepuluh kali aku bagi salam, kau baru nak buka?" Marah Zafran. Dingin. Sejuk. Kutub utara.

"Sorry, aku tertidur."

"Nah, ni Dian suruh aku bagi kau makanan ni." Zafran berkata sambil menghulurkan bekas makanan itu.

"Oh. Okay. Terima kasih." Ucap Adara.

"Aku gerak dulu. Kau asal tak kunci gate? Tak sedar ke diri tu duduk sorang. Perempuan pulaktu. Ni nasib baik aku yang datang. Kalau perompak mana yang datang? Kau kunci gate sekarang." Kata Zafran sambil terus bergerak ke keretanya.

Kenapa Zafran kata dia duduk sorang? Sofea kan dah kahwin. Jadi, dia ditinggalkan seorang diri.

"Ya ya. Jangan marah-marah. Ish." Adara terus mengambil mangga untuk mengunci gate. Tiba-tiba rumah tersebut blackout.

"Ya Allah! Astaghfirullah Zaf rumah aku blackout!!" Jerit Adara. Dia risau. Dia dahlah sorang-sorang. Adara agak takut dengan kegelapan. Lagi-lagi bila berseorangan.

"Macam mana boleh blackout? Rumah lain terang je aku tengok. Kau tak bayar bil api ke Ad?" Tanya Zafran.

"Mana ada. Aku bayar lah. Aku mana tahu tiba-tiba blackout macam ni. Tolong aku Zaf. Aku takut." Adara dah kalut. Dia bercakap pun laju. Dia dah macam cacing kepanasan. Dengan telekung nya dia kibas-kibas.

"Ya ya sabar. Kau ni pun dah macam apa. Phone kau mana? Buka lah torchlight tu. Aku tak boleh teman kau lama-lama. Aku nak balik. Ala, blackout je pun."

"No! Zaf! Phone aku dalam rumah. Dalam bilik! Kau tak boleh tinggalkan aku Zaf."

"Aduh kau ni!"

"Ala tolonglah!"

"Ha nilah perempuan." Zafran stress sambil mengeluarkan phone nya dan membuka torchlight.

"Ha nah! Guna phone aku. Pergi masuk." Arah Zafran.

Adara mengambil phone Zafran dan menuju ke dalam rumahnya. Sebenarnya kalau ikutkan hati, Adara nak heret Zafran masuk sekali. Tapi dia takut. Kang kena tangkap basah macam mana?

Apabila Adara ingin menuju ke kotak fius, tiba-tiba dia terdengar sesuatu di dapur. Dia takut. Apa lagi, Adara terus buat pecutan ke depan semula dan menjerit nama Zafran.

"Zafran! Kau! Kau sumpah kena teman aku kat dalam Zaf! Aku dengar something kat dapur!" Adara berkata dalam kekalutan.

"Kau serious lah nak aku teman?"

"Ya betul Zaf! Kang jadi apa-apa kat aku, kau kena jadi saksi tau. Entah-entah kau kena tuduh sebagai suspek! Ha! Kau tak takut ke?!"

"Yelah-yelah. Jom!"

Mereka mula memasuki ke dalam rumah dan menuju ke kotak fius.

Apabila Zafran sudah menekan suis utama tersebut, rumah dah jadi terang semula.

"Ya Allah Alhamdulillah. Terima kasih Zaf. Kalau kau takda, aku mati dah kot." Ucap Adara dan terus ingin menuju ke dapur untuk minum air. Dia haus. Penat sebab dah gelabah macam apa. Tiba-tiba dia teringat bunyi something kat dapur sebentar tadi.

"Zaf jom teman aku pergi dapur. Kau boleh minum air sekali. Hehehe." Ajak Adara.

"Hm jom."

Setelah selesai membasahkan tekak, mereka terus ingin menuju ke pintu.

"Kau asal tutup pintu tadi? Patutnya biar je terbuka. Kalau jadi apa-apa macam mana?" Zafran berkata sambil mengambil telefon yang dihulur oleh Adara.

"Mana ada aku tutup. Aku rasa pintu tu tertutup sendiri kot. Angin mungkin."

Tiba-tiba ada bunyi ketukan di pintu rumah. Zafran dan Adara dah cuak. Jangan lah jadi apa-apa.

Zafran terus membuka pintu dan terdapat beberapa orang lelaki memakai kopiah dan songkok. Dan juga ada dua anggota polis.

"Shit!" Zafran bisik.

"Assalamualaikum kami dari pejabat agama. Kami mendapat aduan bahawa terdapat maksiat dilakukan disini." Kata seorang anggota dari pejabat agama.

"HAH?!" Adara rasa nak pengsan.

**********

Adara's POV

"No kitorang tak buat semua tu! Rumah saya blackout! Saya takut nak masuk sorang-sorang jadi saya ajak lah dia teman saya!" Adara memberi penjelasan kepada seorang anggota polis disitu.

"Lagipun, kami dah biarkan pintu tu terbuka. Tiba-tiba je dia tertutup sendiri." Adara hampir nak menitiskan air mata. Ya Allah selama tengok kat drama je. Kenapa tiba-tiba jadi kat aku ni?

Adara menoleh kepalanya ingin mencari Zafran. Tiba-tiba dia nampak Zafran sedang berbual bersama kedua ibu bapa nya dan terdapat Dian disitu. Ya Allah kami tak salah, Dian. Bisik hati Adara. Dia takut. Dia kecewa dengan diri sendiri. Macam mana nanti tanggapan orang dekat dia? Apa yang Dian fikir sekarang ni? Ya Allah ampunkanlah aku.

Zafran's POV

"Umi, papa, betul kitorang tak salah. Lagipun gila ke Angah nak buat macam ni? Memang betul Angah akan kahwin dengan dia, tapi bukan dengan cara macam ni. Umi papa pun tahu kan kita nak pergi rumah parents dia dah kan?" Zafran merayu kepada ibu bapanya supaya mempercayainya. Zafran menoleh ke arah Dian.

"Sayang, sayang percaya kat abang kan? Dian tahu kan sebab apa abang datang ke rumah dia kan?" Zafran merayu pula kepada Dian.

"Abang, abang kahwin jelah dengan Ad. Mengaku bersalah je abang." Balas Dian sambil memandang ke bawah. Yang lain dah terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Dian.

"No! Apa Dian merepek ni?" Zafran terus menarik Dian menuju ke tempat yang tertutup sikit.
"Dian, apa ni? Jangan lah buat abang macam ni, sayang. Apa salah abang pada Dian?" Mata Zafran dah berair. Cukup lah paksa dia kahwin dua, dengan perempuan yang dia tak sayang pulak tu. Lepastu, suruh dia kahwin dengan keadaan macam ni. Apa lagi yang Dian nak?

"Abang, apa salahnya? Lagipun Dian tak lama dah abang. Kenapa kena tangguh-tangguh? Kahwin jelah terus abang." Balas Dian.

Ya Allah kenapa dengan isterinya ni? Dia langsung takda rasa sedih ke? Dia tak sayang aku dah ke?

"Lagipun kalau nak merisik bagai, pastu tunang bagai, semua tu makan masa abang. Kahwin jelah terus. Kan kita bertiga dah setuju." Kata Dian lagi.

"Ya! Memang dah setuju. Tapi bukan dengan cara macam ni. Dian tak sayang abang dah ke? Kenapa suka paksa abang macam ni, sayang?"

Zafran meraup rambutnya kebelakang. Dia penat. Stress. Dia tak sangka sampai macam ni sekali Dian buat terhadap dirinya. Dia dah cakap yang dua mahu setia hanya pada Dian seorang. Akan tetapi, Dian ugut tentang kesihatannya.

"Okay, fine. Ni yang Dian nak kan? Jangan menyesal." Zafran terus pergi ke arah ibu bapanya. Selepas itu, terus pergi ke anggota pejabat agama.

Dian pandang susuk tubuh badan Zafran. Ya Allah sakitnya rasa ni. Ampunkan dosaku ya Allah. Abang, Dian sayang abang. Sangat. Dian terpaksa buat semua ni. Maafkan Dian, abang.

*********

Adara's POV

Adara nampak Zafram menuju ke anggota pejabat agama, Adara terus bangun dan pergi ke arah Zafran. Nak tahu apa yang Zafran cakap.

"Kami mengaku salah encik. Jadi, kami sudah membuat keputusan untuk nikah sahaja. Secepat mungkin." Zafran berkata dengan suara yang sangat dingin. Garau. Rawr.

"Ha?! Eh kau gila ke nyah? Kau tahu kita tak salah kan? Kau tahu apa yang jadi kan?" Adara berkata dengan marah sambil menolak bahu Zafran supaya bertentang mata dengannya.

"Kita salah, Adara. Kita buat benda tak senonoh tadi." Zafran berkata selamba.

"Ha?! Ya Allah! Apa benda ni?!" Adara stress. Dia dah mencengkam kepalanya yang berlapikkan telekung yang dari tadi tak buka-buka.

"Okay, baik. Saya minta encik dan cik untuk pergi mahkamah syariah untuk membayar denda dan pergi ke pejabat agama untuk akad nikah." Kata sepakat telah dibuat.

Apa benda ni semua ya Allah. Apa aku nak jawab dekat ibu ayah aku? Ya Allah aku tak minta semua ni jadi. Apa salah aku? Besar sangat ke dosa aku sampaikan Allah uji aku sebegini besar?

*********

"Aku nikahkan kau dengan Adara Sumayyah binti Hishamuddin dengan mas kahwinnya sebanyak 100 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Adara Sumayyah binti Hishamuddin dengan mas kahwinnya sebanyak 100 ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah!"

"Sah?"

"Sah!"

And yes. Aku dah bergelar isteri kedua kepada mamat dingin kutub utara gedegang tu. Zafran Idrees. Adara taktahu apa yang dia nak rasa sekarang ni.

Setelah menyarungkan cincin, mereka keluar menuju ke kenderaan masing-masing setelah selesai menguruskan apa yang patut diurus. Cincin siapa? Cincin Adara lah. Mereka sempat singgah beli kejap tadi.

Semasa Adara mahu menuju ke arah keretanya, tiba-tiba ada orang tampar muka dia. Auch. Aku tak pernah kena tampar sekuat ni.

"Dasar penyondol! Aku tak sangka kau sanggup khianat Dian sampai macam ni sekali. Dia tu kawan kau, kawan kita!" Herdik Sofea. Oh Sofea yang tampar aku. Adara tersengih. Penyondol. Itulah gelaran yang dia dapat sekarang ni. Semua orang tidak berpihak kepadanya. Zafran pun kena tempiasnya. Yang baik dengan Adara cuma Dian dan ibu bapa mertuanya.

Ibu ayah Adara dah terdiam sejak tahu tentang kes ini. Mereka kata Adara terdesak sangat nak kahwin sampai sanggup sondol hak milik orang lain.

"Kau taktahu apa-apa Sofea. Baik kau diam je." Adara berkata dengan tentangan mata yang tajam ke arah Sofea.

"Heh! Aku tak sangka kau selama ni konon tak melayan jantan lah, tak suka couple lah, lahhh rupanya ngidam laki orang. Sanggup jadi yang kedua. Khianat member sendiri."

"Again, I said. Diam. Kau taktahu apa-apa." Adara masih bersabar.

"Kau kena ingat Adara, Zafran tu cinta mati kat Dian. Kau ingat dia akan layan kau sebagai seorang isteri ke? Kau tak layak Adara. Kau tu penyondol. Kau tunggu lah nanti. Zafran tu akan balik semula ke Dian lah weh. Kau tu cuma pilihan kedua dia je."

"Apa lah nasib Dian dapat kawan macam kau ni. Teruk. Eh pelacur pun tak seteruk kau tau. Aku benci kau, Ad. Aku tak sangka kau seteruk ni. Jangan lepasni laki aku pulak kau nak sondol bila Zafran tak layan kau nanti." Sofea dah gila. Sanggup dia kata kawan yang ada susah senang dengan dia macam tu. Dia lupa ke Adara yang mengajak Sofea kawan bersama ketika Sofea dibuang oleh kawan-kawannya dulu?

"Sofea, dah lah tu. Sabar lah. Tak baik kata macam ni." Suami Sofea dah masuk campur. Mana taknya dia punya ngamuk tu sampai perhatian orang lain.

"Biar dia bang! Memang layak dia kena macam ni. Tak sedar diri. Patutnya kau tu jadi andartu jelah Adara!" Herdik Sofea lagi.

Adara tak tahan. Dia sumpah kecewa gila. Zafran langsung tak pertahankan Adara. Dia nak nangis sangat. Adara malu. Kau expect Zafran akan pertahankan kau ke Adara? In your dream lah Adara. Tolong sedar diri tu sikit. Kau tu hanya pilihan kedua.

**********

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

56.9K 1.9K 58
Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa menyangkakan kemunculan Amir semula setelah...
615K 21.8K 72
MEGAT HARITH × AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh...
128K 11K 58
[COMEDY ROMANCE] Chris nak jadi muslim? Adakah itu namanya fakehope anak-anak? Kepercayaannya kepada Tuhan hanya err 0.1% mungkin? Atau tiada langsun...
799K 26K 76
"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. Kisah...