Pilihan Kedua | C

By farahnotfara

1.2M 61.9K 10.9K

Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Mac... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
bukan update
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
bukan update pt 2
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
epilog
dari hati
Chapter 58- happy
Chapter 59- happy
Chapter 60- happy
Chapter 61- happy
Chapter 62- happy
Chapter 63- happy
Bonus Chapter
Raya 1
Raya 2
Raya 3

Chapter 3

14.7K 786 136
By farahnotfara

Hai, korang! Okay ni untuk chapter 3. Enjoy your reading. Segala kesilapan, boleh tegur di ruangan komen ya. Jangan lupa vote okay? Thank you!

**********

Sebulan sudah berlalu sejak peristiwa itu. Adara tidak memberitahu tentang hal itu kepada sesiapa. Dia sudah berjanji kepada Dian. Bahkan Sofea pun tidak tahu. Tambah lagi pula Sofea dah berkahwin. Adara sorang-sorang kat rumah sewa ni. Sejak dari peristiwa itu, Adara dan Dian makin jarang contact, seolah-olah hubungan persahabatan mereka sudah renggang. Kalau dalam whatsapp group pun, Sofea yang banyak dengan celoteh. Mereka berdua hanya respon gelak, ya dan tidak sahaja.

Di rumah pula, Adara hanya beriak seolah tiada apa yang berlaku didepan Sofea. Dia malas nak panjangkan hal ni. Dia anggap je Dian bergurau dengannya haritu.

Sejujurnya, Adara masih terasa dengan tindakan Dian. Dia tak sangka semudah itu Dian menganggap dirinya mahu kahwin. Memanglah dia nak kahwin, tetapi bukan dengan cara ini. Dia nak kahwin dengan lelaki bujang. Dia mahu buat majlis perkahwinan yang grand. Nak buat majlis malam berinai bersama rakan-rakannya. Ya, itu impian Adara selama ini.

Tidak masuk lagi apabila Dian pergi memberitahu suaminya tentang perasaannya dulu. Padahal soal perasaan itu sudah lama berlalu. Dia tidak pernah ingat akan perasaannya terhadap Zafran Idrees. Dia malu. Entah apa lah Zafran fikir bila dapat tahu yang Adara pernah sukakannya.

Adara malas mahu mengambil berat tentang isu ini berlebihan, lebih-lebih lagi apabila Dian sedang sakit sekarang. Takpa lah, Adara dah maafkan Dian dah pun. Cuma sekarang Adara malu dengan suami Dian. Haih. Dia tak suka perasaan awkward macam ni. Dahlah Zafran dan Adara memang dah awkward. Selepas peristiwa itu, Adara yakin mereka akan jadi makin awkward.

"Teacher! Cepatlah ajar Adam. Kenapa teacher diam je? Teahcher okay tak? Teacher sick ke?" Kata Adam sambil menggoyangkan lengan Adara.

"Eh lah Adam. Takda lah. Mana ada. Teacher okay je. Ni, teacher tengah fikir untuk jawapan ni." Jawab Adara sambil membetulkan duduknya.

"Okay Adam, sekarang cuba Adam bagi Teacher words yang bermula dengan huruf F. Anything. Boleh in english or bahasa." Pinta Adara sambil memulis huruf F di buku tulisan Adam.

"Hm." Adam berfikir sambil hm panjang.

"Fish!" Jawab Adam dengan bersemangat. "Okay, lagi?" Pinta Adara.

"Flower!"

"Frog!"

"What is kipas in english, Adam?" Tanya Adara.

"Kipas? This is kipas, right Teacher?" Tanya Adam sambil menunjukkan kipas ceiling di atas.

"Yes that is kipas. Dalam english apa?" Soal Adara lagi.

"Hm.... Adam taktahu lah Teacher." Jawab Adam sambil menyengih lebar.

"Kipas in english is Fan. Fan is kipas. Kipas is fan." Jawab Adara. "Fan starts with F, right Adam?" Sambung Adara lagi.

"Yes Teacher!" Jawab Adam bersemangat.

"Okay, lagi, cuba Adam bagi words yang bermula dengan huruf A pula." Soal Adara lagi.
"Ayam!"

"Alligator!"

"Anaconda!"

"Umbrella!"

"Ha? Umbrella? Why umbrella?" Tanya Adara pelik.

"Yes, umbrella. UMBRELLA" Sebut Adam dengan nganga mulutnya dengan besar.

"Can you spell the word umbrella, Adam?" Soal Adara.

"A, M, B, R, E, L, L, A. UMBRELLA" Jawab Adam bersemangat.

"No, Adam. Umbrella starts with U. U, M, B, R, E, L, L, A. UMBRELLA." Ajar Adara. Ni mesti Adam ingat umbrella sebab sebutannya AR.

"Sorry Teacher. Adam salah pula kalini." Ujar Adam dengan muka kecewa. Mulut sebek.
"It's okay, Adam. Adam kan tengah belajar. Lagipun Adam masih small boy. Mesti banyak lagi benda yang Adam akan belajar." Pujuk Adara sambil mengusap kepala Adam yang sedang memakai kopiah.

"Okay Teacher. Adam nak belajar banyak-banyak, nanti Adam boleh jadi pandai."

"That's the spirit, Adam." Adara berkata sambil mengagumi semangat Adam.

Tiba-tiba, telefon Adara berbunyi menandakan mesej masuk. Adara terus mencapai handphone nya. "Adam tulis dulu words ni semua. Teacher nak check phone jap." Kata Adara. "Otay Teacher!"

Stranger:
Aku nak jumpa kau sekarang

Adara:
Siapa ni ya? Saya kenal ke?

Adara cuak. Siapa chat dia kasar-kasar macam ni? Ah long ke? Tiba-tiba Adara overthinking. Sebab Adara ada dengar cerita yang seorang perempuan ni reject seorang lelaki ni. Tahu-tahu lelaki tu pergi bagi maklumat diri dia ke ah long seolah-olah mengatakan yang perempuan tu isteri dia. Tapi bila fikir balik, Adara tidak pernah reject sesiapa.

Stranger:
Aku Zafran. Suami Dian. Dah kenal?

Oh Zaf. Eh? Zaf? Dah kenapa? Tiba-tiba ajak jumpa. Aduh tak sukanya.

Adara:
Oh Zaf. Aku tengah kerja ni Zaf. Tak boleh sesuka hati keluar.

Adara memang guna aku-kau je kalau dengan Zafran ni. Dia tak selesa nak guna saya-awak. Awkward. Cringe.

Zafran:
Aku tak kira. Aku dah ada dekat kedai pisang goreng yang dekat dengan tempat kerja kau ni. Kau tak datang juga, kau siap.

Zafran ugut pula. Zaf acah je tu sebenarnya. Dia pun taktahu siapnya apa. Takkan dia nak rempuh Comel Child Care Center ni semata nak jumpa Adara. Memang tak lah. Dia fikir dia siapa?

Eh jantan ni. Ugut-ugut pula. Entah mende je dia boleh buat.

Adara:
Eh betullah. Aku tengah mengajar budak-budak dekat sini. Tak boleh tinggal macam tu je.

Zafran:
Aku nak cakap pasal Dian ni, minah. Kalau tak memang aku taknak jumpa kau.

Adara geram. Dia memang taknak sebut nama aku ke? Ish! Adara terus minta izin kakaknya. "Akak, Ad nak keluar kejap boleh? Ada orang nak jumpa. Urgent."

"Ha boleh. Keluar lah. Hati-hati."

"Okay akak. Nanti Ad tapau pisang goreng."

Tiba-tiba mesej masuk lagi.

Zafran:
Sayang

Adara:
Eh? Dah kenapa?

Zafran:
Sorry salah sent

Zafran terus delete for everyone chat tu.

Zafran:
Eh kau? Aku chat atas-atas tu tak reply. Aku ter sent sayang terus kau reply. Kau memang teringin aku panggil kau sayang ke minah?

Adara seen je. Dia malas nak layan orang macam Zafran ni. Buat sakit hati je.

Sampai je Adara di gerai pisang goreng itu, dia terus memilih beberapa keping pisang goreng dan keropok lekor. Dia lapar. Jadi dia nak melantak pisang goreng alang-alang dah sampai sini.

Selepas itu, Adara terus menuju ke meja yang di duduki oleh Zafran. Nampak disitu Zafran sedang bermain dengan telefon nya dengan tangan kirinya. Tangan kanannya memegang sekeping pisang goreng.

Adara terus duduk di kerusi tanpa menyapa Zafran. Dah terang-terang dia menarik kerusi itu dan bunyi geseran terhasil, takkan Zafran pekak kan? Mesti dia sedar ada orang datang. Kalau tak perasan, memang pekak lah jantan ni.

"Ha sampai pun. Ingat kan nak sampai tahun depan." Kata Zafran dengan suara yang dingin.

"Hampai hah. Hang haku hak hahang. Hau hata hiap. Hiap hende helah." Kata Adara setelah menggigit pisang goreng yang masih panas tu. Adara lupa nak tiup. Ya Allah panasnya. Dah macam orang bodoh dah Adara kat situ.

Zafran memandang pelik ke arah Adara. Dah kenapa minah ni? Zafran biar Adara habis telan dulu. Kang ada makin hodoh kang minah ni.

"Aku nak cakap sikit pasal Dian. Nope. Lebih kepada pasal kita." Ujar Zafran setelah dia tengok Adara macam dah okay.

"Kita? Eee gelinya." Adara balas.

"Aku pun tak ingin lah nak cakap pasal ni tapi aku terpaksa. Sebab Dian." Marah Zafran. Dia fikir aku hamak ke dengan "kita" tu? Tolong lah. Makan pun tak sopan. Ada hati nak ada "kita".

"Ha cepat lah cakap. Mende nya?"

"Aku nak kita kahwin." Kata Zafran slow. Okay kalini dia malu. Dia stress. Kenapa lah kena jadi macam ni?

Adara diam. Diam lagi. Lagi diam.

"Eh minah! Dengar tak? Makan dahlah tak sopan, pekak pulak tu." Marah Zafran.

"Eh jantan! Kau sabar lah kejap. Aku tengah process apa yang kau baru cakap tadi. Kau kemain kutuk aku itu ini, tiba-tiba ajak kahwin. Kau bodoh ke nyah?" Eh ingat dia je boleh marah? Aku pun boleh lah.

"Aku ajak kau kahwin bukan sebab kau eh. Sebab Dian. Dia dah sebulan ni merajuk dengan aku. Tak bercakap dengan aku sebab aku reject kau."

Adara masih diam. Okay kalini Adara geram. Geram yang betul-betul geram. Cara jantan ni cakap macam aku yang ajak dia kahwin. Ish sial betul. Ni aku tak suka ni.

"Kau pun tahu aku sayang gila kat Dian tu. Aku cintakan dia. Sangat. Jadi, bila dia taknak bercakap dengan aku, aku rasa macam nak mati je. Tidur tak kenyang. Mandi tak lena. Makan tak basah. Jadi, aku rasa cara penyelesaiannya, aku rasa aku kena kahwin ngan kau baru Dian tak merajuk dengan aku." Ujar Zafran lagi.

"Lepastu?" Tanya Adara.

"Lepastu apa?" Tanya Zafran balik.

"Lepastu apa jadi kat aku bila aku kahwin dengan kau? Hidup aku macam mana? Parents aku macam mana? Macam tu je kau taruhkan hidup aku eh Zafran? Untuk kepentingan kau sendiri?" Soal Adara bertubi-tubi. Dia dah takda selera. Pisang goreng dah rasa macam makan kertas minyak. Dahlah memang berminyak benda ni.

"Kau jadi isteri aku lah. Tapi kau still boleh buat apa je yang kau nak. Kau nak keluar? Pergi jelah tak payah minta izin. Aku tak kisah. Kau nak duit? Aku boleh bagi. Kau cuma kahwin dengan aku je." Cadang Zafran tanpa memikirkan perasaan Adara.

"You're sick Zaf! You're sick. Aku tak faham korang laki bini ni. Yang jadi mangsa nya aku pula tu. Ah takda! Aku taknak kahwin ngan kau." Bentak Adara, terus bangun dari kerusi nya ingin pulang.

"Eh ya Allah dia ni. Sabar lah!" Kata Zafran cemas sambil bangun dan pergi keluar dari gerai itu setelah membayar. Tak pasal-pasal dia kena bayar untuk Adara. Takpa lah, murah je pun.

Zafran terus pergi ke arah Adara yang mahu membuka pintu keretanya. "Weh, sabar lah kejap. Dengar apa aku nak cakap." Kata Zafran setelah menutup kuat pintu kereta Adara, tak bagi Adara masuk kereta.

"Apa dia Zaf? Ya Allah. Bagi lah aku kahwin dengan orang lain. Hal kau dengan Dian, korang berdua lah settle. Kenapa kena libatkan aku?" Kata Adara penat.

"Adara, Dian tu kawan kau. Dia sakit lah. Kau tak kesian ke? Apa salahnya kalini kita ikut kehendak dia? Lagipun Dian bagitahu selagi kita tak decide untuk kahwin, dia takkan teruskan treatment chemotherapy dia." Kata Zafran.

"Kita kahwin je dulu. Kalau Dian dah betul-betul sihat nanti, aku lepaskan kau. Kau pergi lah kahwin dengan lelaki mana yang kau nak. Just please. Kalini aku mohon sangat. Kahwin dengan aku. Aku taknak Dian dalam keadaan sakit macam tu. Aku sayang dia, Adara." Sambung Zafran sambil menatap lama ke arah mata Adara. Mengharapkan Adara faham akan kata-kata yang cuba dia sampaikan.

Adara terkedu. Terdiam. Tak sangka. Punya sayang Zafran dengan Dian sampai buat dia terdesak macam ni. Yang Dian pula, punya sayang family dia sampai taruhkan kebahagiaan Adara sendiri. Kenapa dia yang jadi mangsa? Apa dia perlu kata pada ibu dan ayahnya? Apa dia perlu kata kepada Sofea?

"Kau buat aku rasa susah Zaf. Susah. Kau tak fikir perasaan aku Zaf." Adara berkata sambil memandang ke arah lain. Dia tak balas tatapan mata Zafran. Dia tak sanggup.

"Adara, Dian sakit. Apa salahnya kau sebagai kawan berkorban untuk dia? Lagipun tak lama pun Adara. Aku janji. Bila tiba masa, aku akan lepaskan kau. Kau pergi lah cari kebahagiaan kau." Rayuan Zafran kepada Adara.

Adara tak sangka sampai macam tu sekali Zafran kata kepada dia. Hanya kerana Dian sakit, dia perlu berkorban? Habis tu, kebahagiaan dia macam mana?

"Okay fine. Tapi aku nak kau masuk meminang aku macam biasa. Aku taknak tiba-tiba kahwin macam kena tangkap khalwat. Aku nak kau masuk meminang aku, jumpa parents aku, family aku. Kalau dorang terima kau, then kita proceed." Adara telah buat keputusan. Dia buat semua ni demi Dian dan anak-anak nya. Biar lah apa nak jadi. Dia malas nak fikir. Dia tahu, akan banyak masalah yang akan datang, selepas sahaja dia berkahwin dengan Zafran.

"Ya Allah. Terima kasih, Adara. Aku akan bagitahu semua ni kat Dian. Kau jangan risau. Aku akan datang masuk meminang kau macam biasa. Just aku minta tolong kau, tolong rahsiakan hal ni. Jangan bagitahu sesiapa pun yang Dian yang minta semua ni. Soal penyakit Dian pun, kau jangan bagitahu sesiapa." Ujar Zafran teruja.

"Okay" Adara terus masuk ke dalam kereta. Dia rasa nak mati dah. Stress dengan hal ni lepastu boleh pula bincang bawak terik mentari ni. Ya Allah sabar jelah. Dahlah Adara lupa nak tapau pisang goreng. Haih. Biarlah. Pandai-pandai lah dia cakap apa kat kakak dia nanti.

*********

Selepas Adara menggosok gigi dan memakai retainer, Adara terus menyiapkan dirinya untuk tidur. Dulu Adara pakai braces. Jadi seumur hidup dia, dia perlu pakai retainer untuk elak giginya bergerak semula.

Sebelum tidur, Adara termenung. Betul ke apa yang dia buat semua ni? Selepas sahaja peristiwa petang tadi berlalu, Dian atau Zafran langsung takda chat dia. Bagitahu apa-apa rancangan ke. Kot-kot tak jadi ke. Mereka berdua senyap.

Kenapa lah Adara tak kahwin dari dulu? Kalau tak, dia tak payah hadap semua ni. Dia menyesal tak mendengar kata-kata Sofea, kakaknya. Haih. Tapi itulah. Nak menyesal sekarang pun tak guna. Nasi dah hangus. Kalau jadi bubur boleh makan lagi. Haih.

Adara harap semua keputusan yang dia buat ni ada hikmahnya. Dia tahu dia bakal dibenci nanti. Kakak, Kak Far, Sofea termasuk juga kakak-kakak iparnya sangat lah anti dengan isteri kedua seorang suami. Mereka memang betul-betul memandang jijik kepada mereka yang bergelar isteri kedua. Mereka anggap isteri kedua ini adalah perampas, perosak rumahtangga. Adara dulu pun benci dengan isteri kedua termasuk juga si suami. Adara tak sangka dia bakal mengambil tempat isteri kedua itu. Tulah orang cakap, jangan benci sangat seseorang sampai mengutuk teruk. Seolah-olah kita dah cukup baik. Esok lusa, apa yang kita kata tulah terbalik kepada diri kita. Sebab itulah, kita kena selalu bercakap dan berdoa yang baik-baik sahaja.

Sebelum Adara melelapkan matanya, dia sempat membaca Al-Fatihah, 3 Qul, Ayat Kursi dan doa tidur.

"Ya Allah kau bukakanlah pintu hati mereka yang terasa denganku dalam keadaan aku sedar atau tidak sedar supaya memaafkan diriku, dan aku memaafkan mereka yang telah menyakitiku tanpa mereka sedar ataupun tidak sedar. Aamiin."

*******

Okay done for chapter 3. Mungkin next part saya upload lambat sikit sebab saya tengah final sekarang. Doakan saya hehe. Don't forget to click the vote button. Thank you! I love you!

Continue Reading

You'll Also Like

169K 10.9K 33
Adam Hirdy | Azalea
406K 19.3K 46
Aurora Arabella, seorang gadis manis, lembut dan ayu. Dia sangat hebat dalam peperiksaan yang menyebabkannya selalu mendapat tawaran setelah habis se...
755K 33.1K 71
" Ha apa?! Dua bulan!? Habis tu kitorang nak tinggal dengan siapa? Abang study, kakak kan kerja balik lambat? " - Arief Asad, si bongsu. " Dua bulan...
615K 21.8K 72
MEGAT HARITH × AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh...