Bab 098

2.1K 104 7
                                    

Hyeran yang sedang mengutip serpihan kaca tersentak apabila tangannya di genggam. Kepalanya mendongak dan mendapati Puan Park tersenyum tawar kepadanya, bagaikan mengerti perasaannya ketika itu. "Hyeran-ah, tak apa. Ibu akan sapunya." Kata Puan Park sambil menganggukkan kepalanya.

"Mianhae, eomeonim." Hyeran menundukkan semula kepalanya apabila air mata mula memenuhi empangan matanya.

"Tak apa. Ibu boleh buat." Balas mertuanya itu.

"Bukan, maaf sebab..." Kata-kata Hyeran terhenti. Hyeran tidak mahu meneruskan kata-katanya itu namun dia betul-betul rasa bersalah kerana menjadi seorang menantu yang tidak berguna.

Tangan Puan Park mencapai bahu Hyeran. "Hyeran, jangan dengar cakap dia." Geleng Puan Park. Dia tahu yang kawannya itu sangat jujur ketika berkata sesuatu sehingga tidak menyedari perasaan orang lain. "Nak ibu hantarkan Hyeran ke rumah?" Soal Puan Park dengan khuatir apabila dia melihat air mata Hyeran menitis ke pipi.

"Tak apa. Saya nak tolong." Hyeran yang mengesat air matanya bingkas bangun menuju ke kaunter. Dia mengambil dulang yang lain dan terus menghantarkan pesanan ke meja yang diberitahu.

"Unnie, Kwaenchanayo?" Soal seorang remaja perempuan, memerhatikan Hyeran yang sedang menangis tanpa suara tatkala menghidangkan makanan.

Tangannya terus mengesat air mata di pipi. Entah mengapa dia berasa betul-betul sedih dan tertekan. "Joiseonghaeyo." Mohonnya sebelum kembali ke kaunter semula.

Walaupun didesak oleh ibu mertuanya untuk menghantarnya pulang ke rumah, dia tetap berkeras untuk membantu wanita itu bekerja demi meringankan sedikit bebanan memandangkan ramai pelanggan yang datang. Lagipula, dia ada pekerjanya, Ara untuk menjaga kaunter kedai sementara dia berada di situ. Namun, sehingga ke malam Hyeran tidak kembali ke kedainya itu. Ara kemudiannya datang ke Vivapolo untuk menyerahkan kunci kedai kepada Hyeran setelah waktu kerjanya tamat.

Mereka berdua duduk di kerusi sementara Hyeran mengira wangnya untuk dibayar kepada Ara setelah seharian bekerja. Beberapa keping wang kertas dihulurkan oleh Hyeran kepada Ara dengan secukupnya. "Terima kasih sudah jagakan kedai. Resit-resit pembelian sudah diletakkan di atas meja kaunter, kan?" Soal Hyeran. Dia tidak sempat untuk mengira keuntungan hari ini kerana kedainya sudah pun dikunci dan Vivapolo pun sudah ditutup. Hanya tinggal mereka berdua di restoran itu serta Puan Park di dapur.

Gadis yang berusia 16 tahun itu mengangguk. Demi membiayai yuran persekolahannya, dia bekerja sambilan selama 4 jam manakala 8 jam ketika waktu cuti. Setelah dibenarkan pulang, Ara bangun dari tempat duduknya.

"Tapi, unnie. Saya boleh cuti besok, kan?" Ara bertanya, memandangkan besok ialah isnin dan isninlah hari di mana dia sangat sibuk dan penat.

Hyeran mengangguk kecil seraya berpesan agar pulang ke rumah berhati-hati. Setelah kepergian gadis itu, ibu mertuanya menyapanya dan mengajaknya pulang ke rumah. Hyeran membantu menutup lampu dan kipas sementara ibunya mencapai kunci di kaunter.

Buat pertama kali Hyeran merasakan yang malam itu benar-benar sunyi. Sering kali dia melihat skrin telefon bimbitnya kalau-kalau Chanyeol menelefonnya atau sekurang-kurangnya menghantar pesanan. Tetapi, telefonnya yang langsung tidak berdering membuatkan dia berasa sangat terluka berulang kali. Mungkin Chanyeol sangat sibuk, itulah yang diucapkannya berulang kali untuk menyedapkan hatinya. Namun, air matanya semakin laju mengalir. Hati dan perasaan tidak boleh ditipu sama sekali.

Puas dia menangis sendirian di atas katil Chanyeol yang terasa dingin, berseorangan. Dia mengharapkan Chanyeol, namun sehingga ke tengah malam dia tidak menerima sebarang berita. Setelah kepenatan, dia akhirnya lena dibuai malam yang sunyi.

Dia mengerutkan dahinya apabila dia merasakan ada seseorang sedang duduk di sebelahnya kerana katilnya sedikit bergoyang. Matanya terasa berat, sangat susah untuk dia membuka matanya. Dia dapat merasakan yang ada tangan sedang mengusap lembut pipinya, mungkin ibu mertuanya untuk mengejutkannya pergi ke kerja.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum