Bab 13

2.1K 114 7
                                    

"Cik Yoon Hyeran!" Panggil setiausaha Kim Chiwon dengan mesra. Perempuan itu terus sahaja tersenyum lebar melihat Hyeran di hadapannya. "Cik dah datang pun. Tuan Kim Chiwon memang dah tunggu cik sampai dia batalkan semua schedule hari ini semata-mata nak jumpa Cik Yoon Hyeran." Beritahu Setiausaha itu lagi.

"Ah... Geursseyo?" Hyeran mengangguk.

Takkan sampai begitu sekali Kim Chiwon mahu berjumpa dengannya? Macam penting sahaja perkara yang mahu lelaki itu beritahu kepadanya. Berdebar pula jantungnya dirasakan.

"Sebentar ya saya nak beritahu Tuan yang Cik dah datang." Kata setiausaha itu sebelum mencapai gagang telefon.

Hyeran hanya mengangguk mendengarnya.

"Tuan, Cik Hyeran dah sampai." Ucap setiausaha itu di corong telefon.

"Baiklah, Tuan." Setiausaha itu mengangguk sebelum meletak gagang telefon.

"Cik, Tuan kata Cik boleh masuk ke pejabat dia sekarang."

Sopan sekali suara dan adab setiausaha Kim Chiwon itu menyuruh Hyeran masuk ke pejabat Kim Chiwon.

Hyeran hanya akur dengan kata-kata tersebut terus masuk ke dalam bilik yang telah ditunjukkan.

Dengan perasaan yang berdebar, Hyeran menguak daun pintu. Dia berasa ragu-ragu untuk masuk bagaikan masuk ke dalam bilik dekan selepas melakukan kesalahan berat.

Namun, ada suara yang datang dari dalam bilik itu menyuruhnya masuk menyebabkan Hyeran terus melangkahkan kakinya ke dalam bilik itu tanpa kerelaan hatinya. Hyeran mendapati Kim Chiwon tersenyum lebar apabila memandangnya. Hyeran berlagak bertenang sahaja sementara menunggu kata-kata yang bakal keluar dari bibir lelaki yang sudah menginjak usia hampir separuh abad itu.

Ini bukanlah pertemuan mereka buat kali pertama. Mereka sudah berjumpa di Ujibakat smALL yang diadakan di Seoul kira-kira sebulan lepas. Kalau ini merupakan pertemuan pertama mereka pasti Hyeran sungguh berdebar-debar kini.

"Ya. Cik Yoon Hyeran. Saya memang nak sangat jumpa awak. Ada sesuatu yang saya nak bincangkan dengan awak." Lelaki itu memulakan perbualan. Hyeran pula hanya menayangkan wajah yang tenang namun, pada hakikatnya otak Hyeran ligat berfikir hingga membuatkan dia hampir-hampir mengerutkan dahi.

Ada sesuatu yang mahu dibincangkan? Apa dia? Kenapa tidak berterus terang sahaja kepadanya? Hyeran tidak suka orang yang suka memanjangkan masanya. Adakah Kim Chiwon pasti dia tidak salah orang memandangkan Hyeran berasa yang tiada apa yang perlu dibincangkan.

“Saya tak ada banyak masa.” Tutur Hyeran beberapa patah. “Tolong berterus terang kerana saya perlu bergegas ke suatu tempat.”

“Saya tak minta awak banyak masa pun.” Lelaki itu tersenyum sambil menyandarkan belakangnya ke kerusi. “Kecuali awak tak beri kerjasama terhadap saya.” Dia menambah. Suaranya kedengaran tegas dan serius.

“Saya hanya nak menawarkan awak kontrak.”

Kata-kata itu lantas membuatkan Hyeran mengerutkan dahinya. “Kontrak?”

“Pasti awak tak akan menyangka yang awak akan diterima bekerja dengan smALL akhirnya, bukan? Yelah, memandangkan awak telah gagal ujibakat smALL tempoh hari. Saya pun tak sangka. Tetapi, setelah melihat video awak di Youtube, saya sangat sukakannya. Saya tahu awak mempunyai bakat yang…”

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now