Bab 94

867 59 2
                                    

Typos ahead!

Bab 94

"Tak guna! Ia tak disiarkan secara langsung!" Chanyeol yang sedang menggenggam erat Iphone miliknya sedang membuat lagak seperti mahu mencampak telefonnya itu.

Sebaliknya Chanyeol hanya mengeluh, terasa sayang pula mahu menghancurkan telefon bimbit keluaran baru miliknya itu.

Xiumin menggeleng kepalanya tatkala dia memandang Chanyeol sekilas "Memanglah, Chanyeol-ah. SmALL mengawal ketat press conference kali ini. Aku dengar yang sampai orang luar pun tak boleh masuk dan kemasukan wartawan juga ditapis." Ujarnya sambil matanya masih lagi tertancap pada skrin telefon bimbitnya.

"Tapi saya kena tengok siaran langsungnya juga, Hyung." Chanyeol meraup mukanya sambil di dalam hatinya menyumpah seranah orang yang mempunyai idea untuk mengawal ketat sidang akhbar tersebut. Mungkin sahaja Kim Chiwon namun apa yang membuatkan Chanyeol hairan, mengapa perlu lelaki itu melakukannya? Kenapa mahu dia sembunyikannya daripada orang ramai? Bukankah sepatutnya sidang akhbar dilakukan demi bertujuan untuk khalayak ramai?

"Apa yang saya dengar ayah siapa? Minha? Mini? Minah? Alah, suka hatilah sesiapa pun." Kata Sehun apabila semua orang memberikan renungan pelik kepadanya apabila dia tidak mengenali Choi Minhee. "Ayah dia tu, CEO syarikat akhbar dan ia bukannya calang-calang syarikat akhbar je. Senang cerita, syarikat dialah yang paling mempunyai pengaruh di Seoul ini jadi disebabkan itulah dia mengawal ketat sidang akhbar LUV ini demi menapis cerita buruk tentang anaknya." Sambung Sehun lagi, bercerita dengan bersungguh-sungguh demi menarik perhatian semua hyungnya itu.

Choi Minhee? kenapa pula dengan perempuan itu? Masing-masing cuba memikirkan siapa Choi Minhee di dalam kumpulan LUV itu dengan lebih tepat mereka lebih banyak meluangkan masa dengan Hyeran. Oleh itu, mereka kurang mengetahui siapa ahli kumpulan yang lainnya. Kini baru mereka sedar, mereka hanya mengenali Hyeran sahaja dia dalam kumpulan itu.

Kai yang sedang menongkat dagu terus berkata dengan malasnya. "Bukankah dia maknae kumpulan tu? Kan, Sehun-ah?" Soal Kai kepada Sehun, menginginkan kepastian sementara Sehun hanya menganggukkan kepalanya.

Lay memetik jarinya apabila tiba-tiba dia teringat sesuatu yang agak penting tentang perempuan itu. "Seolma! Bukan dia ke yang simbah Hyerannie dengan air hari tu?" Soal Lay, membuatkan orang semua kagum tentang bagaimana dia boleh mengingati peristiwa itu. Biasanya dialah orang yang paling susah mahu mengingati sesuatu peristiwa. "Aku boleh ingat sebab aku rasa kasihan sangat dengan Hyeran masa tu." Jelasnya lagi.

"Dan dia jugalah yang halau Hyeran ketika Hyeran baru nak masuk ke dorm LUV." Ujar Chanyeol membuatkan semua orang pelik disebabkan hanya dia seorang menyaksikan hari di mana Hyeran berpindah ke dorm Hyeran.

Mata Kyungsoo yang semulajadi besar itu menjadi bertambah besar dan kelihatan mahu menakutkan Chanyeol saat dia bertanya, "Jinjjaro?" kepada Chanyeol. "Dan kenapa pula nampak macam kau seorang sahaja yang tahu tentang hal ini, Chanyeol-ah?" Soal Kyungsoo lagi membuatkan Chanyeol berasa tidak keruan apabila diberikan renungan tajam dengan soalan maut itu.

Tangan Chanyeol menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil dia tertawa dengan kekok. "Alah, Choi Minhee yang masuk hospital disebabkan membunuh diri tu. Doktor cakap dia overdosed, mujurlah dia sempat dikejarkan ke hospital." Chanyeol yang teringat tentang kata-kata Hyeran tentang keadaan Minhee itu terus cuba menukar topik terus mengatakan tentang hal yang lain yang berkaitan dengan Minhee juga.

"Aku rasa aku cuma tahu dia masuk hospital sebab jatuh sakit, tak tahu pula sebab dia overdosed." Ujar Xiumin membuatkan Chanyeol menggaru kepalanya yang tak gatal. Nampaknya terlalu banyak benda yang hanya Chanyeol sahaja yang tahu.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now