Bab 34

1.1K 76 1
                                    

"Kenapa awak lambat?"

Sebaik sahaja Hyeran membuka pintu, satu soalan yang tidak dijangkanya terus menyapa diri. Dia kaku sejenak sebelum matanya memandang ke arah perempuan yang sedang berpeluk tubuh di hadapannya. Seo Haewon. Isy, ahli sihir tu. Hyeran tak pernah sukakan dia. Padahal dia bukannya lambat pun. Jarum jam tangannya tepat-tepat menunjuk ke angka 12. Guru-gurunya yang tadi tak ada pun memarahinya dan malah sangat baik terhadapnya tetapi tiba sahaja kelas ini... huh! Tajam mata Seo Haewon memandangnya, tajam lagi dia membalas renungan perempuan itu. Tetapi, Hyeran terus melarikan pandangannya apabila Seo Haewon kelihatan seperti tercabar akannya.

"Saya..."

"Tiada alasan!" Pantas sahaja ahli sihir itu memotong kata-katanya membuatkan Hyeran terlopong sendirian memikirkan kenapa dia tidak boleh membela dirinya yang betul.

"Tapi..."

"Saya kata tiada alasan!"

Sekali lagi Hyeran dikejutkan dengan herdikan dari Seo Haewon. Keningnya terus terangkat dengan sikap kurang ajar Seo Haewon. Tapi, dari sudut pandangan Hyeran, Seo Haewon memang sengaja berkelakuan seperti ini terhadapnya. Yelah, takkanlah datang tepat ke kelas pun nak dimarah? Entah kenapa, sejak dari mula, Hyeran memang rasa sedap hati dengan ahli sihir Seo Haewon ini. Semuanya mungkin bermula pada hari dia melakukan ujibakat di smALL. Dia memang tidak suka pandangan mata Seo Haewon melihatnya pada waktu itu dan Seo Haewon sering kali menggagalkannya.

Tetapi, tidak disangka-sangka yang Hyeran akan menjadi penyanyi smALL juga dan perempuan itulah yang akan mengajarnya vokal. Air wajah Seo Haewon di saat mendengar berita itu kelihatan yang dia sangat tidak berkenan untuk menjadikan Hyeran sebagai anak muridnya dan sejak itu, Hyeran tahu yang Seo Haewon memang tidak sukakannya.

"Maafkan saya." Hyeran tiada pilihan jadi, dia memilih untuk mengalah juga. Untuk apa bertengkar dengan orang yang hanya suka mencari silapnya sahaja. Walaupun ini memang bukan salahnya, dia tetap tak boleh membela dirinya kerana mungkin perempuan itu akan bertambah bencikannya lagi. Macam-macam orang akan buat jika dia tidak sukakan seseorang. Dia terus menunduk hormat kepada Seo Haewon yang kelihatan berpuas hati akan kekalahannya. Lagipun, dia ialah anak appanya. Dia haruslah bersikap baik dan sopan kepada semua orang agar keluarganya yang tidak akan dipersalahkan jika dia bersikap biadab.

"Salah saya..." Ucap Hyeran lagi sejurus selepas menunduk hormat kepada Seo Haewon.

Seo Haewon mengangguk walaupun, dia mahu Hyeran terus membela dirinya kerana senanglah kerja dia nanti. Dia terus memulakan kelas vokal mereka petang itu. Berbagai-bagai perkara yang Seo Haewon suruh Hyeran lakukan di dalam kelas vokal yang sudah pun tamat dua jam selepas itu. Hyeran berasa amat lega walaupun pada masa yang sama dia merasa sangat penat. Rasanya dia tidak pernah berasa sepenat itu sebelum ini. Tekaknya terasa amat sakit kerana dia disuruh oleh Seo Haewon untuk melontarkan not yang paling tinggi yang tidak pernah dilakukannya sendiri.

Tangannya diletakkan di tekaknya yang terasa amat perit. Rasa-rasanya dia tak akan dapat bercakap dalam masa seminggu dengan keadaannya yang macam ni. Dia kini sedang duduk di atas kerusi di kafe smALL. Dia ingat mahu membeli sebotol air mineral di kafe teapi dia berasa sangat penat jadi dia memutuskan untuk duduk sebentar di situ. Nampaknya tiada orang di kafe pada waktu itu. Mungkin ada yang sedang dalam latihan ataupun ada juga yang telah pulang ke rumah kerana kelas pada waktu itu telah tamat.

Dia menutup matanya. Dia mahu berehat sebentar walaupun dia tahu yang dia ada kelas muzik dalam waktu beberapa minit lagi. Dia berasa sangat penat untuk melakukan apa-apa kini. Dia hanya mahu berehat. Kepalanya dengan perlahan jatuh dan tunduk ke bumi. Tanpa dia sedari, ada seseorang yang sedang berdiri di hadapannya dan memerhatikannya.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now