Bab 6

2.6K 143 12
                                    

[Seperti apa yang saya janjikan... Kalau ada kesalahan, saya minta maaf sangat-sangat memandangkan saya dah lambat nak ke sesuatu tempat. Saya akan check nanti :) dan masih lagi tiada Chanyeol di bab ini. Jeongmal Joisonghamnida :)  Last but not least, comment juseyo]

“Hyeran! Hyeran!”

Perasaan Hyeran bercampur baur kini. Dia berasa geram, marah, menyampah, sedih dan bengang. Dia terus sahaja melangkah keluar dari universiti tanpa menoleh ke belakang lagi. Dia juga tidak mendengar ada orang sedang memanggil namanya. Dia ingin cepat-cepat pulang ke rumah lalu menghempaskan badannya ke atas katil.

“Hyeran! Hyeran!”

Hyeran menarik nafas terkejut apabila ada seseorang memaut lehernya. Dia terus berhenti berjalan. Bau minyak wangi orang yang berada di sebelahnya kini menusuk ke hidungnya. Dia terus menoleh dan menguntumkan sebuah senyuman kepada orang itu.

“Hyunae!” Jeritnya gembira.

Hyunae terus memeluk tubuh sahabatnya itu. “Wah, dah lama tak jumpa kau,” Ujar Hyunae sebelum meleraikan pelukan eratnya.

“Tak sampai seminggu pun,” Kata Hyeran tidak percaya yang sahabat baiknya itu rindukannya walaupun tidak sampai seminggu tidak berjumpa. Lebih kurang lima hari? Entah. Hyeran pun tak pasti.

“Betullah. Aku betul-betul rindukan kau.” Balas Hyunae manja untuk meyakinkan Hyeran yang tidak mempercayainya. “Dapat jugak aku jumpa kau di kampus. Kau dah nak balik ke ni?”

“Ya. Aku dah nak balik tapi ada orang tu tarik aku pulak.” Seloroh Hyeran.

Hyunae tertawa kecil sebelum berkata, “Ada orang tu pulak tak nak jawab bila dipanggil. Penat aku panggil dia. Terus je menonong keluar.”

Mereka berdua sama-sama ketawa sebaik sahaja Hyunae selesai berbicara. Walaupun, kata-kata mereka berbunyi sindiran namun, mereka menganggapnya sebagai jenaka.

“Mian,” Pinta Hyeran. “Kelas aku dah lama tamat. Kau?” Soalnya pula.

“Hah?” Soal Hyunae terkejut lalu membuat muka sedihnya. “Aku baru nak pergi ke kelas ni kau pulak dah tamat kelas?” Ujarnya.

Hyeran dan Hyunae mengambil course yang berbeza. Walaupun mereka berdua berkongsi banyak persamaan, tetapi mereka berdua mempunyai impian yang berbeza. Hyeran ingin menjadi seorang guru sains manakala Hyunae ingin menjadi seorang pengarah.

‘Kau tak nak masuk kelas ke? Prof. kau tak marah ke kalau masuk lambat?” Soalnya bersikap prihatin.

“Kelas aku mula sepuluh minit lagilah,” Jawab Hyunae.

“Wah… Awalnya datang.” Balas Hyeran berbaur perli.

Hyunae membuat muka mendengar perlian Hyeran. “Hyeran… kau betul-betul nak datang, kan?”

“Nak datang? Datang ke mana?”

“Kau ni!” Marah Hyunae. Barangkali Hyeran lupa, kan? Ya, Hyeran memang lupa. “Fanmeeting EXO! Sampai hati kau lupa.”

“Oh…” Hyeran mengangguk perlahan. Riak mukanya mula berubah. Dia tidak mahu berjanji palsu kepada Hyunae. “Tak janjilah,”

“Kena pergi juga!” Hyunae memuncungkan bibirnya tanda merajuk.

Hyeran kenal sangat dengan sahabatnya itu walaupun mereka cuma berkawan dua tahun sahaja. Pasti Hyunae akan merajuk seminggu kalau dia tidak datang nanti. Sudah banyak kali perkara sebegitu rupa berlaku.

Pada akhirnya, Hyeran terpaksa mengalah jua. “Okeylah… Aku datang,” Hyeran akur.

“Yeay!” Hyunae menjerit kegembiraan. “Kau jangan tak datang pulak! Fanmeeting tu ahad minggu depan taw!” Beritahunya.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now