Bab 095

1.5K 77 13
                                    

Still not recovering from Chanyeol's kiss scene but dunno how I can write the prev chap 😢😢😢

Bab 95

“Ah, rambut saya masih lagi bau busuk walaupun dah nak habis syampu tu saya gunakan.” Bebel Chanyeol setelah keluar sahaja dia dari bilik air. Hyeran yang sedang mengeringkan rambutnya dengan tuala sambil duduk di atas sofa terus didekatinya. Tuala yang berada di kepala Hyeran terus di ambilnya untuk mengeringkan rambutnya.

“Dungu betul budak ni. Tuala orang dah basah letak kat kepala dia.” Kyungsoo yang mengklikkan lidahnya tidak lupa untuk mencampakkan tuala yang baru tepat ke muka Chanyeol. “Tulah siapa suruh menggedik naik atas pentas tu?” Marah Kyungsoo lagi membuatkan Chanyeol tertawa kecil.

“Kau boleh tak kalau tak cemburu dengan aku dan Hyeran?” Soal Chanyeol yang berhenti mengeringkan rambutnya dengan tuala manakala Kyungsoo membuat muka ‘satansoo’nya. Tuala yang dicampakkan oleh Kyungsoo tadi diambilnya seraya dia mengambil tempat duduk di sebelah Hyeran. Tuala yang baru dan bersih itu dibalutkannya ke muka Hyeran sebelum mengeringkan rambut milik Hyeran itu.

“Saya ada tangan sendirilah. Biar saya buat.” Ujar Hyeran membuatkan Chanyeol memuncungkan bibirnya.

“Hyeran-ah.” Panggil Kyungsoo sambil membuat simbol ‘thumbs up’ kepada Hyeran manakala gadis itu yang sedang mengeringkan rambutnya hanya tersenyum. Bahagia betul Kyungsoo apabila Hyeran sendiri menghalang Chanyeol untuk ber’sweet’ tahap diabetes di hadapan mereka semua kerana dia memang tidak boleh tengok Chanyeol bermanja-manja dengan Hyeran. Rasa macam nak tendang je Chanyeol ke bulan, eh salah, ke matahari jelah biar rentung jadinya.

Sebenarnya Kyungsoo sudah masak benar dengan perangai Chanyeol itu. Dia tahu Chanyeol pasti hanya mahu bermanja-manja dengan Hyeran hanya untuk ‘show-off’ hanya kerana dia seorang sahaja yang sudah berkahwin. Go to hell, fikir Kyungsoo.

Tangan Hyeran menutup hidungnya apabila dengan tiba-tiba Chanyeol mendekatinya. Bau rambut Chanyeol yang sangat ‘semerbak’ membuatkan Hyeran terus menjauhi dirinya dengan segera. “Tapi rambut awak betul-betul berbau, Park Chan…” Hyeran yang menyedari mereka berdua sedang diperhartikan oleh banyak pasang mata di situ terus menyambung, “Yeol…”

Sementara itu, Chanyeol memeluk tubuhnya konon mahu merajuk dengan Hyeran. “Telur tembelang lah. Ini semua pengorbanan saya untuk awak tahu tak, Hyeran? Saya sanggup terima semua telur itu disebabkan awak tapi sanggup awak buat saya macam ini pula.” Rajuk Chanyeol, mencebik bibirnya.

Kepala Hyeran menggeleng sambil mengklikkan lidahnya keepada Chanyeol. Jari telunjuknya pula diletakkan ke bibir Chanyeol membuatkan lelaki itu diam serta-merta. “Kalau awak sanggup kenapa nak mengungkit pula?” Soal Hyeran.

“Saya bukannya nak mengung…”

“Saya masih marahkan awak sebab cium saya depan orang ramai tadi, tahu!”

Gulp! Chanyeol meneguk liurnya apabila Hyeran memberikan renungan tajamnya. Dia terus memaksa senyuman kekok, menjadikan sebuah sengihan.

“Alah, saya buat kerja yang bagus, kan? Gambar kita berdua boleh jadi gambar kulit depan setiap akhbar dan majalah. Malah, akan terpampang di serata internet di dunia ni.” Balas Chanyeol berusaha membuatkan yang ianya sesuatu yang positif kepada Hyeran.

Tanpa merisaukan imej Chanyeol di hadapan kawan-kawannya yang lain, Hyeran terus memiat telinga Chanyeol, berharap ia menjadi semakin capang. Chanyeol yang mengerang kesakitan membuatkan semua ahli EXO tergelak gembira sementara Hyeran pula berasa gembira yang Chanyeol benar-benar berasa sakit.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now