Bab 9

2.5K 130 8
                                    

Seperti biasa, maaf kalau ada kesalahan... Nanti saya betulkan hehe... Comment Juseyo~~~ Saya tak gigit orang kecuali Kim Myungsoo :3 Saya serius... :3

"Appa nak pergi ke mana?" Soal Hyeran seraya menutup pintu rumahnya. Dia, yang baru sahaja tiba di rumah agak terkejut saat melihat appanya yang berada di hadapan pintu. Dia sangka apabila dia tiba di rumah, dia akan melihat Appa terbaring dan berehat di biliknya tetapi, sangkaannya meleset. Dia kini melihat Appa yang sudah siap berpakaian rapi di hadapannya.

Apa yang Appa cuba buat ini? Sepatutnya appanya berehat. Appa masih belum sihat lagi.

"Appa nak pergi ke kedai buku." Beritahu Appa lalu memakai kasutnya.

"Tak boleh!" Hyeran melarang lalu menyambung, "Appa sakit lagi. Appa kena berehat dulu baru boleh kerja." Hyeran menasihati appanya.

Selama ini, Appa Hyeran mendapat wang untuk menyara Hyeran dan dirinya dengan membuka sebuah kedai buku. Itulah kerja tetap appa Hyeran sejak dia berhenti dari bekerja di pejabat beberapa tahun lepas.

"Appa kena pergi juga." Balas Appa. "Ada pekerja baru yang baru bekerja di kedai buku Appa jadi, Appa kena pergi uruskan kedai itu sebab dia tak tahu. Ada banyak stok buku yang baru sampai dan banyak buku-buku lama yang nak dibuang." Tambah Appa panjang lebar.

"Appa tak boleh pergi jugak!" Kata Hyeran kepada Appanya yang keras kepala itu. "Macam mana kalau Hyeran yang pergi je? Okay?" Cadang Hyeran.

"Tapi, Appa lebih tahu tentang cara mengurus kedai tu." Ucap Appa. Bunyinya macam nak ajak berdebat dengan Hyeran pula.

"Tetap tak boleh." Hyeran menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali yang bermaksud 'Tak boleh, tak boleh, tak boleh!'

Satu keluhan kecil lantas dilepaskan. "Appa ni! Biarlah Hyeran yang pergi, Call?" Tanya Hyeran.

Akhirnya, Appa mengangguk. "Eum. Call. (setuju.)"

"Appa tunggu sini. Hyeran nak pergi letak buku kat bilik. Jangan jalan selangkah pun. Siap Appa!" Hyeran memberi amaran. Dia tetap tidak mahu membenarkan ayahnya ke kedai buku.

Tanpa menunggu lebih lama, Hyeran terus berlari menuju ke biliknya. Buku-buku yang berada di pelukannya diletakkan di atas meja belajarnya lalu terus berlari ke tingkat bawah.

"Sayang Appa! Annyeong!" Hyeran melambaikan tangannya lalu terus keluar dari rumahnya. Disebabkan teksi jarang lalu di hadapan rumahnya, Hyeran mengambil keputusan untuk menunggang basikalnya ke kedai buku Appa.

Basikal yang berada di halaman rumah, terus dituntunnya sebelum ditunggang. Kedai buku appa terletak agak jauh dari rumah. Kira-kira dua puluh minit menunggang basikal baru sampai. Tetapi, Hyeran tidak kisah. Dia sanggup buat apa sahaja untuk appanya asalkan appanya sembuh. Dia hanya mahu appanya cepat sembuh.

Beberapa minit kemudian, dia sampai di destinasinya. Brek basikalnya terus ditekan untuk memarkir basikalnya di hadapan kedai buku appa.

"Annyeong haseyo." Ucap Hyeran sejurus sahaja pintu kedai dibuka. Seorang perempuan yang berumur lingkungan 20-an yang sedang menyusun beberapa buah buku di rak terkejut melihat Hyeran lantas melemparkan senyuman kepadanya.

"Awak mesti pekerja baru, kan? Saya... anak pemilik kedai ini jadi, saya nak tolong awak kemas kedai..." Hyeran memperkenalkan dirinya. "Appa saya tak boleh datang hari ini jadi, saya di sini sebagai pengganti appa saya."

"Awak kan Yoon Hyeran!" Jerit perempuan itu memotong kata-kata Hyeran. Perempuan itu kelihatan teruja. Hyeran tidak tahu apa yang diterujakan sangat apabila melihatnya.

Hyeran mengukir senyuman. "Ya. Mesti appa saya ada cakap pasal saya, kan?"

Perempuan itu lantas menggeleng. "Aniyo. Saya..."

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Onde histórias criam vida. Descubra agora