Bab 18

2.1K 121 11
                                    

“APA?!”

Chanyeol dan Hyeran terkejut besar saat mendengar kata-kata Puan Park. Sebenarnya, Chanyeol taklah begitu terkejut. Hanya Hyeran. Hyeran yang kelihatan tidak percaya terus menarik nafasnya dalam-dalam sambil menutup matanya. Dia perlu bertenang. Tidak perlu memarahi Puan Park kerana wanita itu lebih tua. Kang kurang ajar pulak kan?

“Puan… Saya rasa puan dah salah faham ni.” Ucap Hyeran dengan tenang.

Apa yang difikirkan Puan Park pun Hyeran tak tahulah. Tiba-tiba cakap pasal dia adalah bakal isteri Chanyeol. Kena rasuk ke?

Namun, Puan Park dengan pantas menggeleng. Dia melihat Hyeran dengan serius. Senyuman uyang tadi tidak lekang di bibirnya kini sudah pergi.

“Tak. Saya memang tak salah faham, Hyeran. Sebab, saya yang pilih awak untuk menjadi isteri kepada anak saya, Chanyeol.” Terang Puan Park dan apabila melihat reaksi Hyeran yang terkejut mendengarnya, dia menyoal, “Ayah awak  tak beritahu awak ke?”

“Hah?” Hyeran tidak tahu apa yagng harus dia katakan kini. Adakah ini tujuan appanya mahu mengajaknya ke sini? “T-Tak…” Gumam Hyeran.

Hyeran hanya membuang pandangannya ke lantai. Dia tidak sangka perkara ini akan berlaku. Dia perlukan penjelasan dari appanya sekarang.

“Hyeran…” Panggil Appa yang baru tiba di bilik itu.

Hyeran terus mendongak memandang appanya dan mendapatkannya.

“Appa, boleh tolong jelaskan tak apa semua ni? Apa ni, appa? Kenapa perkara ini berlaku?” Soal Hyeran. “Appa, kita tak sepatutnya berada di sini, kan? Appa sepatutnya berehat di rumah. Appa masih tenat.” Hyeran cuba mencari alasan agar dia dapat pulang ke rumah dan menghindari keluarga Park itu.

“Baiklah, Hyeran. Duduk dulu. Kita bincang baik-baik.” Appa terus membawa Hyeran duduk di atas sofa di dalam bilik itu. Chanyeol dan ibu bapanya juga duduk dengan selesa berhadapan dengan Hyeran dan appa.

“Baik.” Encik Park memulakan perbincangan sambil memandang kesemua wajah orang di dalam bilik itu. “Jadi, semua orang dah ada di sini…” Dia menambah seraya menarik nafasnya. “Seperti yang semua orang tahu, kita ada di sini untuk berbincang tentang perkahwinan Chanyeol dan Hyeran.”

Sejujurnya, Chanyeol masih terkejut akan perkara itu. Macam tak percaya je yang bakal isterinya kini di hadapannya. Ya. Dia tahu yang status gadis itu hanya ‘bakal’ sahaja tetapi, tak mustahil akan menjadi isterinya betul-betul disebabkan Ummanya terlalu mendesaknya. Dan tak mustahil juga kerana Hyeran tak bersetuju tentang perkara ini.

Chanyeol sememangnya tidak tahu apa yang harus dilakukannya dan apa yang harus dikatakannya nanti? Dia tidak tahu sama ada dia perlu bersetuju atau tidak. Tidak bersetuju? Kerana dia masih muda dan mempunyai kerjaya juga peminat yang tidak mahu dia berkahwin. Bersetuju? Kerana…

Kepalanya didongakkan memandang Hyeran yang sedang menundukkan wajahnya ke lantai. Tanpa sedar, dia mengukir sebuah senyuman di wajahnya.

Kerana gadis itu adalah Yoon Hyeran…

Entah bila cinta berputik pun Chanyeol tidak tahu. Apa yang Chanyeol tahu adalah dia tidak akan membantah jika Ummanya berkeras mahu mengahwininya dengan gadis di hadapannya kini. Dia tidak tahu kenapa tapi, dia berasa hatinya sudah terpaut dengan gadis itu sejak mereka berjumpa di Fanmeeting tempoh hari.

Kerana penasaran akan siapakah perempuan itu kerana rasanya mereka pernah berjumpa, Chanyeol mendekati gadis itu sendiri dan mengajukan soalan kepadanya namun, gadis itu kelihatannya tidak bekerjasama langsung. Dan dengan itu, Chanyeol merenung wajahnya untuk menakut-nakutkannya sehinggakan dia terpana sendiri akan Hyeran yang entah kenapa, kelihatan begitu… menawan.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now