Bab 85

980 70 8
                                    

Hyeran langsung tidak mahu mengambil peduli tentang perhatian yang diberikan kepadanya itu apabila dia masuk ke dalam bilik tarian. Dia datang ke bilik tarian untuk berlatih, bukan untuk membuang masa memikirkan apa yang sedang mereka katakan tentang dirinya sama ada di belakang atau di depannya. Mata kosongnya hanya memandang satu tempat untuk dia duduk sebentar yang agak jauh dari mereka berempat.

Namun, belum sempat dia mengambil tempatnya, dia merasakan ada sesuatu menolak bahunya sehingga dia terdorong ke dinding. Hyeran yang hilang keseimbangan terus berpaut pada dinding dan belakang badannya yang bersandar pada dinding terasa agak sakit. Dia kemudiannya mengangkat kepalanya untuk melihat siapa pelakunya.

Sudah dapat diagak sejak mula dia ditolak lagi. Hyeran hanya mampu menggeleng kepalanya kepada Minhee yang sedang memandangnya dengan muka yang marah dan mata yang berair. Pelik juga Hyeran jadinya. Bukankah dia yang sepatutnya menangis? Mengapa Minhee pula yang menangis? Namun, riak muka Minhee sedikit sebanyak membuatkan dia hairan. Minhee kelihatan sangat marah kepadanya, namun mengapa perlu perempuan itu menangis?

Tanpa membiarkan fikirannya serabut, Hyeran hanya membiarkan soalan di mindanya tanpa jawapan. Dia membetulkan cara berdirinya dengan betul sambil matanya masih lagi menatap wajah Minhee. Minhee kini sedang mengetap giginya sambil memandang Hyeran bagaikan singa yang lapar memandang mangsanya. Hyeran tidak mahu menghabiskan masanya untuk memarahi atau menyoal maknae kumpulannya itu kerana dia tahu semuanya akan sia-sia sahaja.

"Kau cakap kau sukakan Baekhyun."

Telinga Hyeran menangkap suara Minhee apabila dia sedang meneguk air dari botol air mineralnya. Dia mengambil masa agak lama untuk menghilangkan dahaganya sebelum dia cuba untuk berkomunikasi dengan Minhee yang lama kelamaan pasti akan bertukar menjadi pertengkaran. Ini pasti akan memenatkannya.

"Kau ingat masa kita berjumpa pertama kali dahulu." Sambung Minhee lagi sambil melihat Hyeran yang sedang memulas penutup botolnya hingga tertutup rapat. "Kau pernah beritahu bias kau siapa dan orangnya ialah..."

"Baekhyun!" Potong Hyeran. Dia tahu. Dia tahu dirinya sendiri jadi dia tidak perlu Minhee untuk menyeret nama Baekhyun sehingga dua kali dalam hal ini. "Aku tahu, Minhee. Aku tak pernah lupa." Kepala Hyeran mengangguk.

Masakan Hyeran melupakan tentang peristiwa dia bertemu dengan Minhee beberapa bulan lepas. Hyeran menduga yang dia akan mempunyai teman yang merangkap dongsaeng di dalam smALL itu namun takdir mahukan yang sebaliknya. Mereka berdua sebaliknya menjadi musuh meskipun Hyeran tak pernah menganggap Minhee sebagai musuh. Hanya Minhee sahaja yang membencinya. Sampai sekarang juga Hyeran tidak tahu mengapa Minhee begitu membencikannya. Mungkin sampai bila-bila pun Hyeran tidak akan tahu mengapa Minhee membencinya kerana Minhee tidak akan berkata apa-apa dengannya kecuali jika dia mahu bertengkar dan menyakitkan hatinya. Hyeran tidak kisah jika Minhee atau sesiapapun membencinya. Dia tidak pernah memaksa sesiapapun untuk menyukainya. Suka atau benci bukan boleh dipaksa. Cuma kadang kala Hyeran berfikir, jika Minhee memberitahunya tentang apa yang membuatnya tak puas hati, Hyeran akan cuba mengubah tingkah lakunya demi menjadi yang lebih baik.

"Jadi kenapa kau dengan Chanyeol!" Minhee yang mula menengking dirinya membuatkan darah Hyeran menggelegak.

Sekarang Chanyeol pula yang disebut oleh mulut itu. Apa agaknya yang dia mahu bebelkan kini? Hyeran tahu dia tidak boleh duduk diam. Nama suaminya disebut sekarang, dia harus menutup mulut yang selalu membebel tak tentu pasal itu sekarang.

"Kenapa tiba-tiba Chanyeol!" Balas Hyeran dengan suara yang nyaring. Botol minumannya terlepas dari tangannya dengan tidak sengaja. Namun, kerana dia masih perlu menyelesaikan hal itu dengan Minhee, dia langsung tidak mempedulikan botol yang sedang bergolek di atas lantai bilik tarian itu. "Kau boleh tak jangan nak mengarut, Minhee?" Hyeran menetapkan renungan mautnya pada Minhee.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Место, где живут истории. Откройте их для себя