Bab 102

785 58 21
                                    

This chapter is hard for me to write and publish, since Chanyeol's birthday was around the corner.

Bab 102

"Usaha dan kerja keras kita pada malam ini sangat memuaskan." Suho mengucapkan sepatah dua kata sambil mengangkat gelas minumannya di hadapan semua kawan-kawan sekumpulannya sebelum meneguk air tersebut.

Selepas tamatnya EXO'rDIUM, Suho terus menempah meja di sebuah restoran untuk merasmikan kejayaan hari pertama EXO'rDIUM di Seoul dan dalam masa yang sama mengisi perut dengan pelbagai makanan memandangkan mereka semua memerlukan ganjaran dari titik peluh mereka tadi. Suho hanya memerhatikan semua rakan sekumpulannya bertengkar, merebut-rebut makanan bagaikan budak tadika walaupun banyak lagi makanan di kiri dan kanan mereka. Segaris senyuman terukir di wajahnya, senyuman lega dan gembira.

Tiba-tiba Suho melepaskan keluhan kecil setelah dipandangnya kiri dan kanannya namun terasa kosong. Mungkinkah disebabkan Chanyeol tiada bersama-sama mereka? Tangannya meraba poket seluarnya, mencari telefon bimbit untuk menelefon Chanyeol. Dia mengundurkan dirinya dari keramaian dan kelantangan suara sepuluh orang yang sedang sibuk bercakap sambil mengunyah makanan. Telefonnya ditekupkan ke telinga namun panggilannya tidak disambungkan, tidak kedengaran suara Chanyeol yang sekurang-kurangnya mengkhabarkan khabar Hyeran. Hyeran masih di labour room? Anak buahnya sudah selamat keluar? Itulah yang mahu ditanyakan olehnya.

"Suho."

Kening Suho terangkat apabila dia mendengar suaranya dipanggil bukan dari pemanggil, namun dari orang yang sedang berlari mendapatkannya. Setelah berfikir Chanyeol tidak akan dapat menjawab panggilannya, telefon di tangannya disimpan kembali ke dalam poket seluar.

"Junmyeon-ah..." Suara manager hyungnya itu tersekat-sekat kerana nafasnya yang tercungap-cungap. Suho melihat jari telunjuk managernya itu yang menunjuk belakang namun tiada apa atau sesiapa di belakang managernya itu. "Chanyeorie..." Ucap manager hyungnya itu terus membuatkan Suho berasa tidak sedap hati.

Mata Suho terkebil-kebil. Air liurnya diteguk. Matanya kini dihalakan pada manager hyungnya. "Chanyeorie, wae?"

Managernya yang sedang melutut itu akhirnya rebah ke bumi. "Chanyeorie terlibat dalam kemalangan." Beritahu lelaki itu.

Dengan serta merta Chanyeol menapakkan kakinya ke belakang, memandang wajah lelaki di hadapannya sambil menggelengkan kepalanya. "Maldo andwae." Dia lalu melutut, memegang kemas kedua-dua bahu managernya itu agar memandang wajahnya. "Chanyeol ada di hospital sekarang temankan Hyeran, Hyung. Kenapa cakap macam tu? Hyung pastikah?"

Tangan Suho ditarik oleh managernya. "Suho-yah... Betul, Audi A3 keluaran baru." Katanya lalu terus berkata sekali lagi apabila dia melihat Suho ingin membuka mulutnya. "Nombor plat kereta? Betul."

"Suho-yah, kau rasa boleh tak kau teruskan EXO dengan 11 orang ahli?" Soalan yang keluar dari mulut managernya itu benar-benar tidak dijangkakan oleh Suho. "Malam ini ialah pentas terakhir Chanyeol."

Suho terduduk di atas lantai dengan mulutnya terlopong. "Hyung, apa yang Hyung mengarut? Jangan cakap benda macam tu boleh tak?" Pinta Suho namun managernya menggeleng-gelengkan kepalanya bermakna apa yang dikatakannya itu benar belaka.

"Pergi. Pergilah, Suho. Beritahu semua orang."

"Yaedeur-ah." Panggil Suho dengan suaranya lantang namun nampaknya sepuluh suara yang bergabung menjadi satu lebih lantang daripada suaranya. "Korang, boleh senyap sedikit tak? Aku sesuatu penting nak beritahu." Dia mencuba sekali lagi tetapi suaranya yang semakin tenggelam membuatkan darahnya menggelegak.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now