Bab 12

2.3K 119 9
                                    

Keadaan di dalam bilik sungguh aman. Tiada gangguan di sekelilingnya. Tiada suara yang didengarinya. Chanyeol berasa sangat tenteram namun ketenteraman yang di rasakannya tidak bertahan lama seperti yang dia harapkan.

Telefon bimbitnya dengan tiba-tiba berdering dengan sangat kuat sehingga dapat kedengaran di ruang tamu. Kerana menyampah dengan nada dering telefon bimbitnya yang mengganggu kedamaian yang dirasakannya tadi, Chanyeol segera mengangkat panggilan itu.

Dia tidak dapat melihat nama si pemanggil kerana matanya tidak dapat dibuka dengan lebar. Dia segera melekapkan telefon bimbitnya di telinga.

"Yeobo... Seyo?" Ucap Chanyeol dengan suara yang sangat garau kerana baru bangun dari tidur.

"YAH! IMMA!"

Telefon bimbit segera dijauhkan dari telinganya apabila terdengar jeritan manager hyungnya.

"Ah Hyung... Wae Iraeee?" Chanyeol merungut bagai budak kecil.

"Yah! Ireona! Kau bangun sekarang, Saekki-yah!" Managernya memberi amaran kepada Chanyeol.

"Hyung, saya penatlah. Berilah saya sedikit masa untuk tidur. Hari ini kan tak ada apa-apa schedule. Berilah saya tidur, okay? Okay? Okay? Annyeoooooongg." Kata Chanyeol.

Baru sahaja Chanyeol mahu mematikan talian, Managernya memekik, "KAU JANGAN BERANI NAK LETAK!"

"Ah Hyuuuuunggg... Sepuluh minit, okay?"

"Yah!"

"Okay okay lima minit." Balas Chanyeol.

"Chanyeol-ah, bangunlah. Kau pergilah bercuti. Nikmatilah keindahan musim bunga yang tak lama lagi akan berakhir ni. Pergilah ke Incheon ke untuk melihat bunga sakura. Kau faham tak?"

"Eum... Arasseo..." Kata Chanyeol.

"Aisshhh i jakshik..." Managernya mengeluh. "Kalau aku sampai dorm kau sekejap lagi nampak kau masih terbaring atas katil, siap kau!"

"Ya ya ya ya ya... Algesseoyo." Ucap Chanyeol sebelum meletak telefonnya.

Dia bangun lalu terus masuk ke dalam bilik air. Dia membasuh mukanya yang kelihatan ngantuk sebelum mandi membersihkan dirinya.

"Lambat kau bangun." Tegur Suho apabila ternampak Chanyeol datang di bilik makan.

Pada waktu itu, Suho sedang membasahkan tekaknya dengan segelas air.

"Huh? Tak ada makanan ke?" Soal Chanyeol apabila ternampak meja makan yang kosong. Dia sangat hampa apabila tidak nampak satu pun makanan yang terhidang di atas meja tersebut.

"Tak." Jawab Suho sepatah lalu terus menapak ke ruang tamu.

"Tapi, aku lapaaar... Anbaegopayo? (Kau tak lapar ke?)" Balas Chanyeol yang mengikuti langkah Suho.

"Aku pun, aku pun..." Kata Baekhyun setelah mendengar rungutan Chanyeol. Dia yang sedang melayari internet di telefon bimbitnya terus melihat Chanyeol yang cepat-cepat mengambil tempat duduk di sebelahnya.

"Kalau kau lapar, kau pergilah makan kat luar atau pesan makanan ke? Macamlah kat dunia ni tak ada restoran makanan segera." Ucap Suho sambil tangannya lincah menukar siaran televisyen sehinggalah menjumpai rancangan kegemarannya.

"Jom pergi, hyung." Ajak Chanyeol.

"Kau pergilah ajak Baekhyun ke Dyo ke... Oh jangan lupa ajak Sehun. Kesian dia lapar. Dia belum makan lagi. Aku dah makan dah. Kai kongsi ayam goreng yang dia pesan dengan aku tadi." Beritahu Suho.

"Tak ajak..." Chanyeol menarik muka. "Makan duo je..." Sambungnya lagi.

"Sebab kau tidurlah masa tu. Kesian pulak aku tengok sebab kau menggubah lagu sampai pagi semalam." Kata Suho. "Kau pergi jelah ajak sesiapa selain aku."

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Место, где живут истории. Откройте их для себя