Bab 59

741 59 0
                                    

Kenapa susah sangat nak publish dekat wattpad sekarang? :((


Omo Siapa yang terjatuh tu? Kesiannya dia. Ada sesiapa tahu tak siapa nama dia? Saya peminat baru! –armybts98.

Dia Yoon Hyeran, awak tak kenal dia? Dia kan yang dah nyanyi di fanmeeting EXO tempoh hari. Cuba tengok videonya di Daum kalau awak belum tengok. Tak silap saya video tu viral. –Yosemitehere.

Betullah! Patutlah macam pernah nampak muka dia sebelum ini. Saya hampir tak cam sebab dia nampak cantik sangat cantik kat sini. –armybts98.

Serious? Yoon Hyeran jadi penyanyi bawah smALL. Wah, kebetulan ke ni? Sebab dia yang nyanyi dengan EXO hari tu. –JonginOppaaaa

Ya, dia nampak cantik kat sini. Saya peminat dia sekarang! –Yosemitehere.

Waaahhh saya pun nak jadi peminat dia! Jom berkawan! –armybts98.

Lol, nampaknya Yoon Hyeran dah menyatukan dua orang, saya pun nak join jadi peminat dia juga! –JonginOppaaaa.

Hampir sahaja Minhee menghempaskan telefonnya ke lantai kerana tidak berpuas hati. Sakit hatinya. Dia dah melanggar kaki Hyeran sehingga Hyeran terjatuh pun ada orang nak minat perempuan tu? Sungguh tak adil baginya! Telefonnya hanya diletak di atas meja dengan kasar.

"Wae irae, Minhee-ya?" Soal Dahyun sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

"Saya tengah tengok komen di Youtube pasal pentas debut kita minggu lepas." Beritahu Minhee. "Dan saya tengok ramai pulak nak jadi peminat Hyeran."

Mata Ranae terbuntang luas mendengar kenyataan Minhee yang langsung tidak masuk akal baginya. Sudunya terus dilepaskan dari tangan. "Yah! Orang macam tu yang malukan kita pun ada orang nak minat ke?" Soal Ranae sebelum menyambung menjamah makanannya dengan geram.

"Cakap pasal Hyeran, mana dia?" Soal Aecha sambil dia melihat ke meja yang diduduki oleh EXO tetapi ianya kosong tidak diduduki. "Biasanya dia makan dengan EXO kat situ tapi hari ini tak ada pun?" Jari telunjuknya menunjukkan meja EXO yang kosong.

"Tak tahulah, Aecha!" Marah Ranae.

"Entah!" Tambah Minhee yang masih sakit hati.

*~*~*~*~*~*~*~*

Oh Yeah! C'mon!

Take your time

waenji dugeundaeneun bamiya

Na Na Na Na

Na Na Na Na

So tonight

dal kkeutkkaji dallyeogabolkka

Yea Yea Yea Yea

Yea Yea Yea Yea

"Wah! EXO-da!" Hyeran menjerit girang sebelum kembali bersorak nama EXO dengan kuat di dalam bilik tarian itu.

Sebahagian masa makan tengah hari mereka Hyeran telah putuskan untuk melihat koreografi EXO. Seperti kanak-kanak ribena, Hyeran tersenyum dan bersorak kepada EXO tidak henti-henti, mengagumi koreografi hebat EXO yang tak boleh dinafikan sama sekali.

Just right

sidongeul georeo eksere bareul ollyeo

modeun geosi teukbyeolhae

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now