Bab 099

607 55 6
                                    

Mungkin awak tak akan sedar saya dah publish bab 98 X) Jika ada masalah untuk membuka Bab 98, sila refresh.

Bab 99

"Ada apa-apa cerita yang awak nak tengok hari ini?" Chanyeol menyoal ketika mereka berdua sudah tiba di pusat membeli-belah yang menempatkan pawagam di aras paling atas.

"Tak ada tapi saya dengar ada cerita yang sangat menyeramkan keluar pada awal bulan ini. Saya rasa saya nak cuba tengok." Cadang Hyeran ketika mereka melangkah masuk ke dalam pusat membeli-belah yang agak sesak walaupun masih pagi.

"Andwae! Jeoldae andwae!" Chanyeol membantah sambil mengerutkan dahinya.

"Kenapa tak boleh? Takut awak menjerit ketakutan macam perempuan bila hantu keluar?" Teka Hyeran sambil tersenyum.

"Tak tapi bila tiba-tiba hantu melompat keluar saya rasa saya akan keluarkan perkataan-perkataan yang tak elok. Saya cepat terkejut." Jelas Chanyeol, menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Baiklah. Jadi, kita tonton filem lain yang bergenre komedi? Atau kisah cinta?" Soal Hyeran.

Chanyeol mengangkat bahunya, tidak berapa kisah dalam pemilihan cerita. "Gabungan kedua-dua genre mesti menarik." Katanya walaupun tidak pasti sama ada cerita seperti itu sedang ditayangkan atau tidak.

Sejak masuk ke tempat itu Hyeran berusaha untuk menundukkan kepalanya agar tiada siapa mengenali mereka berdua memandangkan tempat itu hampir dipenuhi oleh orang. "Tapi awak tak kisah? Datang ke tempat awam macam ini? Macam mana kalau peminat awak nampak?" Tanya Hyeran yang ingin tahu apabila melihat wajah Chanyeol yang biasa sahaja seperti tiada apa yang berlaku.

"Tak apa, mereka dah tahu pun tentang kita berdua. Apa yang kita nak sorokkan lagi?" Soal Chanyeol pula membuatkan Hyeran tersenyum.

"30 000 won." Hyeran membaca tulisan di mesin kaunter cashier saat dia memesan tiket filem bergenre fantasy untuk dua orang. Dia dengan segera membuka beg duitnya dan mengeluarkan wang yang secukupnya untuk membayar tiket.

"Kita kena tunggu lebih kurang lima belas minit lagi." Beritahu Chanyeol saat dia membaca waktu yang tertera di atas tiket wayang.

"Sementara itu, jom kita pergi beli popcorn." Ajak Hyeran dengan serta merta menarik tangan Chanyeol menuju ke kaunter pembelian popcorn.

"Sweet popcorn, 6 000 won." Beritahu Hyeran kepada Chanyeol, membaca menu yang tertera di atas sementara mereka sedang menunggu giliran.

Hyeran mendekatkan dirinya dengan kaunter sambil memesan, "Dalkomhan popcorn, large size hana juseyo." Enam ribu won yang sudah berada di tangannya dihulurkan oleh Hyeran kepada cashier setelah mendapatkan popcorn buat mereka berdua.

Sementara menunggu waktu filem bermula, mereka duduk sebentar di bangku sambil memakan popcorn. Kadang kala Chanyeol menyuakan popcorn ke mulut Hyeran yang sedang kebosanan menunggu. Chanyeol yang bingkas berdiri terus mengajak Hyeran masuk ke dewan pawagam bersamanya apabila dia mula melihat orang lain sudah masuk ke dalam.

Hyeran melangkah dahulu untuk mencari barisan tempat duduk mereka berdua. Mereka berdua duduk di barisan ketiga paling bawah memandangkan tempat duduk di bawah biasanya tidak ramai orang orang. Sepanjang menonton filem tersebut, Chanyeol lebih banyak tidur kerana ceritanya agak bosan manakala Hyeran memberikan sepenuh tumpuannya terhadap filem itu.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now