Bab 3

3.2K 173 2
                                    

Hyeran cepat-cepat berlari apabila dia ternampak pintu keluar. Dia terus menolak pintu kaca itu dan…

“Yeay!” Teriak Hyeran seraya menghirup udara segar Seoul. Udara Seoul rasanya tidak pernah sesegar ini sebelumnya.

Akhirnya dia bebas juga dari smALL. Rasanya dia ingin menari bagaikan orang gila kini. Dia yang tersenyum memusingkan badannya. Kini bangunan smALL Entertainment tersergam indah di hadapannya. Senyumannya benar-benar hilang. Dia melihat smALL dengan pandangan yang keji.

“smALL tak guna!” Jerit Hyeran sambil matanya merenung tajam bangunan besar itu. Dia sedar yang ramai orang melihatnya kini tetapi dia tidak peduli. Ah! Peduli apa dia! Orang tiak faham akan perasaannya itu. Ditolak oleh agensi yang paling dibencinya ialah perkara yang memalukan buatnya.

“Adakah patut aku macam ni punya berbakat dia tolak aku macam tu je?” Bebel Hyeran. “Tak guna! Memang tak guna betul!”

“Kau ingat kau dah cukup tahu ke apa tu bakat? Juri tak guna! smALL tak guna!”

Dia kini menghentak-hentakkan kakinya  sebelum memusingkan badannya membelakangi bangunan smALL Entertainment. “Ini kali yang pertama dan terakhir aku datang ke neraka ni!” Ucap Hyeran lalu berjalan pergi dari bangunan itu.

Walaupun dalam hatinya dia masih mengutuk-ngutuk smALL tetapi, dia tetap fikirkan tentang Appa. Dia ingin tahu apa reaksi apa nanti. Pastinya Appa sedih dan kecewa dengannya. Appa terlalu berharap dia akan menjadi artis smALL apatah lagi apabila dia menjadi peserta Top10.

Dia mula rasa bersalah. Rasanya dia tidak mahu pulang ke rumah untuk memberitahu appa berita itu. Tapi, bukan salah dia. Juri itu yang tidak tahu menilainya. Mereka fikir mereka dah cukup bagus dan berpengalaman agaknya. Pengalaman apa? Pengalaman tak guna!

Hmmm…. Bila difikirkan balik. Ini sebenarnya salahnya juga. Sebenarnya dia boleh memberikan yang terbaik sewaktu menunjukkan bakatnya tetapi Cuma dia melakukannya biasa sahaja. Waktu itu sebenarnya dia dalam dilemma. Perlukah dia melakukan ujibakat itu dengan bersungguh-sungguh kerana dia tidak mahu tetapi dia mahu appa gembira.

Appa sangat pelik. Appa Cuma mahu dia menjadi artis smALL. Appa tidak mahu dia menjadi artis agensi lain padahal bukan smALL sahaja agensi di Korea ini. Banyak lagi agensi lain yang boleh melahirkan artis-artis yang berkebolehan.

Kenapa? Kenapa appa mahu smALL juga?

‘Pasti ada sesuatu…’ Fikir Hyeran. Dia mengangkat wajahnya yang tertunduk apabila dia terdengar bunyi bas datang. Tidak seperti orang lain yang bergegas menaiki bas, dia dengan langkah yang perlahan mendekati bas itu lalu menaikinya.

Bas itu tidak banyak penumpangnya. Kira-kira hanya sepuluh orang sahaja yang menaiki bas itu. Dia memilih tempat duduk belakang sekali. Sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi bas yang berwarna biru itu, telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Dia menggigit bibirnya. Matanya ditutup manakala tangannya sedang memegang telefon bimbitnya. Dia berasa gementar. Dia berharap yang pemanggil itu bukanlah appanya.

“Bukan appa! Bukan appa!” Ucap Hyeran bagaikan membaca mantera.

Dia menarik nafas lega apabila dia melihat yang bukan appa yang menelefonnya sebaliknya kawan baiknya, Hyunae.

“Hyunaeyah!” Jeritnya memanggil nama rakan baiknya itu.

“Macam mana? Kau diterima?” Soal Hyunae.

Hyeran mengeluh. Adakah ini yang mahu dikatakan Hyunae? Tidak ada soalan lainkah?

“Tak…” Hyeran menjawab lemah.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن