Bab 47

953 66 17
                                    

Hahaha saya tahu ramai yang ternanti-nantikan sambungan cerita ni... dah 4 bulan xupdate... sorry sorry *nyanyi lagu Suju* nah... bab 47 untuk korang... akan rajin update In shaa Allah lepasni... :))

Hyeran memberanikan diri untuk melangkah ke dalam bilik di hadapannya itu namun, apabila dia masuk semua mata tertumpu ke arahnya membuatkan dia berasa gementar. Ada yang hanya memandangnya dengan sekilas, ada yang sedang merenungnya dengan tajam dan ada juga yang memandang wajahnya dengan penuh hairan.

"Maafkan saya sebab lewat. Saya ada hal sebentar tadi." Ucap Hyeran seraya menundukkan dirinya. "Annyeong haseyo, je Yoon Hyeran imnida." Hyeran lantas memperkenalkan dirinya kepada semua hadirin di hadapannya itu.

Dia tahu yang semua orang di studio rakaman itu sedang menunggunya namun, disebabkan dia harus berjumpa dengan Kim Chiwon, terpaksalah dia menangguhkan sebentar jadual perakaman albumnya. Lagipula, dia terserempak dengan Chanyeol sebentar tadi, jadi tempoh dia berjumpa dengan Kim Chiwon yang sepatutnya hanya mengambil masa lebih kurang sepuluh minit sahaja telah dipanjangkan menjadi hampir setengah jam lamanya.

Hairan. Sungguh hairan. Sebenarnya Hyeran tidak boleh berhenti berfikir sejak dari tadi tentang mengapa Kim Chiwon menyuruhnya untuk merakamkan suaranya pada hari pertama dia diisytiharkan untuk menjadi ahli kumpulan LUV. Mengapa Kim Chiwon sangat percaya kepada kekuatan vokalnya sedangkan dia belum sampai sebulan dipilih menjadi trainee smALL. Bukankah trainee yang baru harus menghadiri banyak kelas vokal dan kelas yang lain untuk benar-benar layak merakamkan album mereka.

Terlebih awal Hyeran telah diberitahu yang pada awalnya kumpulan LUV itu telah mempunyai dua orang vokalis utama dan dua orang rapper namun, nampaknya posisi ahli kumpulaan itu telah diubah sedikit disebabkan kehadirannya. Ini kerana, Hyeran diberitahu yang dia akan menjadi salah seorang vokalis utama kumpulan itu. Disebabkan inilah Hyeran berasa agak selesa kerana dia akan menjadi salah seorang vokalis utama kumpulan itu dan setiap kumpulan kebiasaannya hanya ada dua orang sahaja vokalis utama.

Ini bermakna, akan ada seorang dari ahli kumpulan LUV terpaksa ditukarkan dari vokalis utama menjadi vokalis sampingan.

Tiada siapa yang mahu menjadi vokalis sampingan, itu apa yang Hyeran pasti. Semua orang yang bermimpi untuk menjadi seorang penyanyi pasti impian mereka untuk menjadi vokalis utama dalam sesebuah kumpulan. Sama juga seperti dalam bidang perfileman yang tiada sesiapa mahu menjadi pelakon tambahan dan lebih mengimpikan untuk menjadi pelakon utama dalam sesebuah filem.

Disebabkan hal itulah, Hyeran berasa tidak selesa.

Kerana dia tahu yang dia telah merampas posisi agar seseorang. Namun, dia masih tidak tahu posisi siapa yang telah dia rampas. Dia sangat berharap yang orang itu tidak akan menyalahinya. Malah, Hyeran sendiri pun tiada pilihan lain.

Langkah kaki Hyeran terus diarahkan menuju ke arah seorang lelaki yang dia agak ialah komposer lagu debutnya. Dia terus memperkenalkan dirinya sekali lagi seraya tunduk hormat. Komposer itu mengangguk kepadanya sebelum memberikan demo lagu yang bakal dirakamkan pada hari itu kepada Hyeran.

Lagu yang akan menjadi lagu utama di dalam album dan juga akan menjadi lagu debutnya didengar oleh Hyeran dengan teliti. Lagu itu rancak dan kedengaran ceria membuatkan Hyeran sudah dapat mengagak apakah genre yang akan dibawa oleh kumpulan LUV itu.

Dari apa yang sedang didengari oleh Hyeran itu, baginya Ranae dan Aecha telah membawakan rap mereka dengan sangat baik manakala vokal Hyunae dan Minhee sangat mantap. Mereka kelihatannya sudah banyak berlatih lagu ini disebabkan lagu itu telah dibawakan dengan sangat baik. Namun, apa yang membuatkan Hyeran berasa tidak selesa ialah apabila dia dapat tahu yang posisi siapa yang bakal dia ambil alih.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now