Bab 90

922 56 6
                                    

Suggested song : 어반 자카파 - 똑같 사랑 똑같은 이별 Urban Zakapa - All the same

Soundcloud ⇧

Maaf ya, sebelum ini saya ada tulis Park Minhee. Salah sebenarnya ^^' Yang betul is Choi Minhee.

Bab 90 (o^^)o


Kalau tidak disebabkan bunyi menyakitkan telinga yang datang daripada jam locengnya, mungkin sampai ke tengah harilah Hyeran tidur di atas katilnya. Pening kepala yang dirasakan bukannya kepalang. Pandangannya yang kabur membuatkan dia terduduk sebentar di atas katilnya sementara menunggu semuanya jelas. Benda pertama yang Hyeran nampak ialah Chanyeol yang sedang terlelap disebelahnya tanpa mengeluarkan sebarang suara. Hyeran tidak hairan langsung tentang kehadiran Chanyeol di sebelahnya itu namun apa yang menghairankannya, biasanya Chanyeol ialah orang pertama yang akan bangkit dari tidur memandangkan telinga Chanyeol lebih peka dan lagipula, jam loceng itu lebih dekat dengannya.

Seraya meletakkan tangannya pada kepalanya yang masih lagi berasa pening, Hyeran bangun dari katilnya untuk mendapatkan jam locengnya yang masih lagi berbunyi dengan nyaring. Sebenarnya Hyeran tidak mengingati langsung tentang kejadian semalam dan bagaimana dia boleh mendapat sakit kepala seperti ini. Hyeran langsung tidak mahu cuba mengingatinya kerana dia tahu itu hanya akan menambah sakit kepalanya namun, apabila dia melihat jarum jam yang tepat menunjuk ke nombor tujuh, dia menjadi cemas.

Pukul tujuh tiga puluh lapan minit pagi! Jam loceng di tangannya hampir dicampaknya membuatkannya terus meletakkannya di atas meja. Satu demi satu peristiwa semalam mula diingati oleh Hyeran membuatkan Hyeran menampar dahinya berulang kali sehinggakan dia hampir sahaja terlupa ada seseorang sedang lena di atas katilnya. Baru sahaja Hyeran mahu membangunkan Chanyeol yang seperti tidur mati itu, ada suara dari sebalik pintu yang membuatkan semua otot di badannya berhenti bergerak.

Statik. Hyeran hampir tidak mampu memusingkan badannya apabila dia mendengar bunyi engsel apabila pintu dikuak dengan perlahan. Satu sahaja yang terlintas di fikiran Hyeran; Habislah!

"Hyeran-ah, Unnie dengar bunyi loceng kamu dari tadi jadi unnie... ingat... Mahu pergi..." Kata-kata Dahyun terus terhenti apabila matanya beralih daripada Hyeran yang memandangnya dengan mata yang terbuntang kepada Chanyeol yang sedang nyenyak. "Bangunkan kamu tapi kamu dah bangun jadi..." Dahyun melarikan jemarinya pada rambut lurusnya yang diwarnakan dengan warna strawberry red. "Tak apalah kalau macam tu!"

Pintu yang terus sahaja tertutup itu membuatkan Hyeran mengurut dadanya dengan lega. Mujurlah Dahyun yang membuka pintu tadi jadi Hyeran sebenarnya ada kemungkinan untuk menyelamatkan keadaan walaupun peratusnya hanya 0.0001 kerana Hyeran masih tidak pasti bagaimana. Ianya sama ada menyembunyikan Chanyeol di bawah katilnya sehinggalah 'line clear' ataupun Chanyeol keluar dari bilik itu melalui jendela walaupun semua kemungkinan akan membawa kepada artikel besok pagi yang berbunyi 'Park Chanyeol, Rapper kumpulan EXO maut akibat terjun dari tingkap'.

Walau apapun, dia sepatutnya membangunkan Chanyeol terlebih dahulu. Dia terus menggoyang-goyangkan badan Chanyeol untuk membangunkannya dan akhirnya setelah beberapa kali memberi amaran, Chanyeol bangun dan duduk di birai katil.

"Park Chan, bangunlah! Matilah kita berdua kalau macam ni! Saya nak hidup lama!" Dengan geram, Hyeran menampar lengan berotot Chanyeol.

"Sudah pukul berapa?" Chanyeol yang masih mamai, mencelikkan sebelah matanya sebelum dia meregangkan badannya.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now