Bab 45

1.2K 96 5
                                    



Tombol pintu yang sudah berada di genggaman tangannya dipulas perlahan-lahan. Kamar yang gelap dan suram itu membuatkan Hyeran segera mencari suis lampu dan menekannya. Mata Hyeran melilau dan memeriksa setiap inci kamar itu sambil kukunya digigit. Nampaknya situasi yang dihadapinya kurang menyenangkan jadi, dia mengambil keputusan untuk tidak membuatkan ia bertambah buruk lagi.

Nafasnya ditarik sementara dia menghimpunkan semua semangatnya yang tinggal. Tidak mungkin dia membiarkan dirinya sendiri jatuh.

"Tak apa, Hyeran. Kau boleh lakukannya. Aja aja fighting!" Kata Hyeran sambil membut isyarat 'fighting' dengan kedua-dua tangannya. "Bilik ni tak adalah teruk sangat. Memanglah kecil tapi, tempat ni boleh dijadikan tempat tidur pun jadilah. Memanglah kotor tapi, boleh bersihkan semua habuk dan kotoran di dinding dan lantai. Tak apa. Tak teruk sangat daripada tiada tempat untuk tidur." Ucap Hyeran yang cuba berfikiran positif.

Nada bunyi mesejnya yang berkumandang membuatkan Hyeran segera membuka kunci telefon bimbitnya.

Neon Kwaenchana?

Dua patah perkataan yang ringkas tetapi sungguh bermakna itu membuatkan Hyeran terus menguntumkan sebuah senyuman. Tidak dinafikan yang Hyeran sangat menunggu mesej ataupun panggilan daripada orang itu.

Jari jemari Hyeran terus menaip mesej untuk membalas mesej itu.

Eung, Kwaenchana. Neon bwasseo? (Awak nampak ke?)

Baru sahaja Hyeran mahu menyimpan kembali telefon bimbitnya di poket seluarnya namun, sebuah mesej lagi tiba membuatkan dia membatalkan niatnya itu.

Dangyeonhaji. (Mestilah.) Saya sembunyi di belakang tangga tadi.

Pelik tapi benar, Hyeran tertawa dengan mesej yang baru sahaja diterimanya. Sebenarnya apa yang sangat melucukan, Hyeran pun tidak pasti tetapi dia dapat membayangkan Chanyeol segera melarikan diri dan bersembunyi di tangga saat wajah Minhee tersembul di muka pintu.

Tanpa Hyeran sendiri sedari, semua peristiwa yang membuatkan dia berasa marah dan sedih hilang dengan tiba-tiba. Walaupun mungkin pada suatu hari nanti, dia akan mengingati semuanya dan mengungkitnya kembali, satu perkara lagi yang Hyeran tidak sedar ialah hatinya semakin berubah tidak seperti apa yang dirasakan Hyeran terhadap Chanyeol pada hari pertama Hyeran berjumpa lelaki itu.

Hatinya berubah.

Omo, awak terpaksa sembunyi belakang tangga tadi? Mesti takut orang hoobae awak syak sesuatu, kan?

Tunggu jelah, Hyeran. Saya akan buat awak terkejut dengan apa yang saya akan lakukan nanti. Saya akan beritahu satu dunia yang Yoon Hyeran isteri kepada Park Chanyeol.

Wah, mesti akan gempar dan jadi trending, kan?

Hyeran juga tidak tahu sejak bila dia pandai mengusik Chanyeol tetapi, dia tetap mahu mencuba dan melihat reaksi Chanyeol. Namun, dia tidak sangka yang Chanyeol begitu serius dengan kata-katanya.

Saya serius. Saya akan lakukannya juga suatu hari nanti.

Yaksokhae hajima, Chanyeol... (Tak usah berjanji, Chanyeol...) Saya tahu betapa susahnya untuk awak penuhi kata-kata awak tu.

Ada orang pernah berkata, jangan terlalu mengharap akan sesuatu kerana harapan yang terlalu tinggi itulah yang akan membuatkan kita jatuh ke bumi. Hyeran tak menafikan yang dia berharap akan ada pengakhiran yang gembira dengan lelaki yang sudah bergelar suaminya itu tetapi dia masih tidak mahu berharap akan sesuatu.

Kadang-kadang awak perlukan beri sedikit kepercayaan kepada saya, Hyeran.

Awak tahu tak, saya masih tak percaya yang awak tinggal di tingkat paling atas bangunan ni.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now