Bab 4

3.2K 146 3
                                    

"Ch-chanyeol?" Soal Hyeran.

'Chanyeol pulak? Ugh si lelaki kurang ajar dan plastik tu!' Hyeran menyumpah seranah dalam hatinya.

"Ya..." Puan Park tersenyum sambil menantikan jawapan dari Hyeran.

Hyeran perlahan menggeleng. Dia seorang yang jujur. Kalau ya dia akan kata ya, kalau tidak akan kata tidak.

Air muka Puan Park lantas berubah apabila terdengar jawapan yang keluar dari mulut gadis di hadapannya itu. Dia lantas terus menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Dia tidak tahu mahu berkata apa lagi. Dia buntu.

Kelakuan Puan Park itu diperasan oleh Hyeran. Dia mula gelisah. Dia salah cakap lagikah? Tapi... apa salahnya kalau dia cakap dia tak sukakan Chanyeol?

Makan malam pada malam itu mula berasa sepi kerana tiada siapa pun yang berkata-kata. Hyeran dapat rasakan perubahan itu. Dia ingin berkata sesuatu kepada Puan Park tetapi mindanya kosong kini.

*****

"Terima kasih ya, Hyeran." Ucap Puan Park kepada Hyeran semasa Hyeran menghantar Encik dan Puan Park ke muka pintu setelah makan malam tamat.

"Sama-sama." Balas Hyeran. Sebenarnya, dia berasa agak gembira kerana pasangan suami isteri sudi mahu makan malam di rumahnya kerana selama ini Hyeran makan berdua sahaja dengan appa.

Bibir Hyeran mengukir senyuman manis yang ikhlas kepada pasangan suami isteri dihadapannya itu. Tetapi, Puan Park membalas senyumannya itu dengan senyuman yang tawar. Hyeran terkebil-kebil memikirkan apa kesalahan yang telah dilakukannya tadi. Baginya, Puan Park seorang yang baik kerana selalu berbual-bual dengannya, bertanyakan khabarnya dan sentiasa mengukirkan senyuman yang ikhlas kepada Hyeran dan menganggap Hyeran sebagai anaknya. Pasti untung anak Puan park kerana dapat ibu sepertinya yang prihatin. Tapi, kenapa sikap Puan Park tiba-tiba bertukar menjadi dingin terhadapnya tadI? Namun sebaliknya bagi Hyeran, Hyeran menganggap yang Puan Park hanyalah seorang jiran yang sangat baik. Mungkin tidak boleh dikatakan jiran sebab appa pernah kata yang Puan Park duduk jauh dari rumahnya. Kira-kira dua kilometer dari rumahnya.

"Kami balik dulu ya." Pamit Encik Park.

Hyeran hanya mengangguk. Dia ingin mempelawa pasangan itu agar datang lagi ke rumahnya lain kali tetapi mulutnya bagaikan dizip. Sepasang matanya hanya melihat sahaja Encik dan Puan Park berjalan ke pintu pagar rumahnya sebelum hilang dari pandangan.

"Mereka dah balik?" Soal satu suara apabila Hyeran sedang menutup pintu rumah yang ternganga luas.

Sejurus sahaja pintu ditutup, Hyeran memandang appanya yang sedang menuju ke ruang tamu.

"Dah," Jawabnya agak lambat. Hyeran dapat melihat ayahnya mengangguk.

"Ap-appa!" Panggilnya namun appa tidak menoleh ke belakang.

Tiba-tiba, telefon bimbit Hyeran berbunyi lagu 'EXO-Moonlight'. Sudah dua hari dia menukar nada dering telefonnya dari nada dering yang original kepada lagu itu. Dia telah menukarnya setelah perjumpaan tak sengajanya dengan Baekhyun, bias yang amat diminatinya. Dia rasa dia bertambah minat kepada Kumpulan EXO setelah perjumpaan secara tidak sengaja dengan Baekhyun tempoh hari. Baekhyun tersangatlah baik dan peramah. Tetapi Chanyeol... Ah! Lantaklah Chanyeol tu!

"Yeoboseyo?" Ucapnya kepada pemanggil di hujung talian sambil menaiki tangga menuju ke biliknya.

"Hyeranah!" Sergah suatu suara membuatkan Hyeran terkejut. Pemilik suara itu tidak lain tidak bukan adalah Hyunae.

'Isy Hyunae ni! Nak buat aku mati sebab sakit jantung ke?' Fikirnya. "Museun iriya?"

"Hyeran-ah, Kau tahu tak?"

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Onde histórias criam vida. Descubra agora