Bab 83

915 65 12
                                    

Saya tahu saya lambat update tapi masa tunggu tu jemputlah baca Spy which is pure idea of kooktail- :)) Banyak cerita lain yang sangat sangat sangat best di wattpad ni... Enjoy ur reading. [p.s sy memang tak reti nak promote story]

BTW, ADA SESUATU YANG SAYA NAK JELASKAN KAT SINI, I am not a perfect writer, (if you called me that and yeah, i am not officially a writer or author)
Fakta ▷▶ tangan saya menaip lebih laju dari mata saya melihat kekekeke...
So, typo and typo and typo akan sentiasa berlaku dalam kes ini... lagipun, Wattpad ni kadang xbetul. Saya tak akan betulkan semua typo saya kecuali Sebenarnya Sayablablabla ni complete... So tolong bersabar dgn saya kalau saya taip 'Chanyeol cintakan Chanyeol' kahkahkah

Yup yup yup, Bab 83~~

"Awak nak tengok filemnya? Saya ada muat turun di laptop." Cadang Hyeran kepada Chanyeol yang sedang duduk di sebelahnya dan kelihatan tenggelam dalam alam 'The Fault in Our Stars' di dalam tangannya yang besar itu.

Kerana terlalu sibuk membaca novel yang menarik perhatiannya itu, Chanyeol tersentak apabila disoal oleh Hyeran. "Ah? Apa? Oh, Filem. Okay, call! (setuju!)" Jawab Chanyeol kepada Hyeran yang sudah tersenyum.

Kemudiannya, Hyeran bangun dari katilnya untuk menuju ke meja kecilnya. Penanda buku EXO Baekhyun yang Chanyeol letakkan di atas mejanya tadi terus diambil dan disorokkannya ke dalam laci. Dia membuka laci tengahnya di mana tempat dia menyimpan komputer riba kesayangannya yang diberikan oleh ayah. Komputer riba itulah satu-satunya alat hiburan Hyeran apabila dia berasa bosan di dorm jika Chanyeol tiada di mana ianya dijadikan sebagai televisyen. Segala filem kegemarannya dimuat turun supaya ada kerja untuk dilakukan semasa lapang.

Acer Inspire berwarna Silver itu dibuka lipatannya oleh Hyeran sebelum dia menekan butang on. Sementara itu, Chanyeol membetulkan duduknya di sebelah Hyeran seraya menyimpan buku tadi di sebelahnya. Sengaja Chanyeol mendekatkan dirinya dengan Hyeran sehingga pahanya bertemu dengan paha Hyeran dan tiada ruang lagi untuk lengan Chanyeol bergerak. Apabila Chanyeol memanjangkan lehernya untuk melihat skrin komputer riba yang kini berada di atas riba Hyeran, Chanyeol terfikir akan sesuatu.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now