Bab 17

2.1K 116 3
                                    

"Appa, appa cakap ke mana kita akan pergi tadi?" Soal Hyeran yang hairan ke mana appanya memandu keretanya itu apabila kereta itu memasuki bandaraya Seoul.

Pencakar-pencakar langit yang bercahaya dengan terang pada malam itu jelas kelihatan dari dalam kereta. Sebenarnya, ke manakah destinasi tujuan appa? Hyeran bingung memikirkannya. Kalau dia tidak salah, tadi appa kata dia harus berjumpa dengan kawannya dan dia mahu Hyeran mengikutinya.

"Pergi jumpa kawan appa." Beritahu Appa sama seperti apa yang dia katakan kepada anak perempuannya itu beberapa jam lepas.

Hyundai Sonata yang dipandu oleh appa itu terus sahaja membelok ke kiri iaitu jalan yang dikenali dengan hotel-hotel bertaraf lima bintang yang berderet sepanjang jalan itu.

"Tapi, kalau appa nak berjumpa dengan kawan appa, kenapa appa nak kena bawa Hyeran?” Bermacam-macam soalan yang bermain di fikiran Hyeran untuk ditanyakan kepada appanya sebenarnya. Setakat ini, hanya dua sahaja yang sudah diajukan.

“Kawan appa tu kenal kamu. Apa salahnya appa bawa kamu sekali, kan?” Ada betulnya juga apa kata-kata appa ini namun, Hyeran masih tidak berpuas hati.

“Hyeran kenal ke dengan mereka?”

Appa tertawa kecil. Macam-macam pula yang ditanya oleh anak perempuannya itu. Hyeran tak akan mungkin berhenti bertanya sehinggalah puas hati. Dia sendiri pun tidak tahu bagaimana untuk menerangkannya. Dia mahu merahsiakan perkara itu sehinggalah mereka tiba di destinasi.

“Kenal. Hyeran kenal sangat mereka tu.”

Hyeran mengerut dahi. Siapa sahaja rakan appa yang dia kenal? Perangai appanya sebenarnya persis dengan dirinya. Mereka berdua bukanlah mudah bergaul dan terlalu sosial oleh itu, mereka hanya mempunyai beberapa orang rakan sahaja. Tetapi, siapa rakan appanya yang dia kenal? Ada ke masalahnya?

“Tapi, tak semestinya Hyeran kena ikut.” Hyeran memberi alasan. Sebenarnya, dia mahu menghabiskan masanya di rumah menonton televisyen pada malam itu tetapi, dipaksa mengikuti ayahnya pula. Terlepaslah rancangan kegemarannya malam itu.

“Hyeran kena ada juga sebab, ada sesuatu yang mereka mahu bincang tentang Hyeran.”

 “Huh? Apa dia?”

Appa tersenyum sendiri. Dia tidak mahu menjawab segala soalan Hyeran lagi. Nanti faham-faham sendirilah budak tu.

“Jadi, Hyeran akan pindah ke dorm minggu depan?” Soal Appa cuba mengubah topik perbualan.

Hyeran merengus perlahan apabila appanya cuba mengubah topik. Orang tanya, tak nak jawab pulak! Namun, Hyeran terus sahaja mengangguk. “Ya. Mulai minggu depan Hyeran tak akan dapat berjumpa appa lagi.” Tutur Hyeran. Nada suaranya kedengaran sedih di telinga appanya namun, appa hanya tersenyum simpul.

“Baguslah tu.” Balas Appa ringkas walaupun jauh di dasar hatinya, dia faham akan maksud tersirat kata-kata Hyeran itu. Siapa yang gembira berpisah dengan anak sendiri, tidak? Kalau ada orang itu semestinya dia tidak mempunyai perasaan.

“Appa tak sedih ke?” Soal Hyeran apabila tidak ada tanda-tanda sedih yang muncul dari wajah appanya. Appanya kelihatan begitu tenang memandu, sebaliknya.

Selama ini, Hyeran tak pernah berjauhan dari ayahnya. Kalau pergi ke lawatan sekolah pun, tak sampai seminggu dia sudah pulang ke pangkuan ayahnya semula. Hyeran tidak sanggup berpisah dengan ayahnya. Hanya appalah satu-satunya keluarga yang dia ada setelah ibunya meninggal. Hyeran juga berfikir yang appanya rasakan apa yang dia rasa kini. Tapi, nampaknya tidak.

“Hyeran kan dah besar.” Appa melemparkan senyuman cerianya kepada Hyeran. “Hyeran boleh jaga diri sendiri, kan?”

Perasaan kecewa sudah meresap ke jiwa Hyeran. Ya. Memang betul dia sudah besar dan boleh menjaga diri sendiri tapi, kenapa appa tidak kelihatan sedih mengenainya?

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now