Bab 37

1.1K 78 3
                                    

"Saya boleh buktikan dengan jari saya. Nampak tak? Saya tak ada pakai apa-apa cincin pun."

"Saya boleh buktikan dengan jari saya. Nampak tak?"

"Saya boleh buktikan..."

"Saya tak ada pakai apa-apa cincin pun."

"Nampak tak?"

"Nampak tak?"

Kata-kata Hyeran benar-benar mengganggu Chanyeol. Chanyeol tidak boleh bertahan lagi kalau begini yang terjadi. Dia takut yang dia tidak akan kuat menghadapi semua dugaan ini. Tangannya mengusap kasar rambutnya. Dia mendengus perlahan sebelum jarinya mengeluarkan cincin yang tersembunyi di sebalik bajunya. Dia merenung cincin itu dengan dalam.

"Mana perginya pasangan kau, cincin?" Soalnya kepada cincin itu sambil meletakkan cincin itu betul-betul di paras matanya.

"Kasihan kau, kan?" Soalnya kepada cincin itu pula. "Nampaknya kita serupalah. Kita sama-sama sendirian."

"Tapi, aku harap pasangan kau tak dibuang. Aku yakin kau akan jumpa dia lagi. Sebab dia kan takdir kau. Kau berdua dibuat bersama-sama untuk dipakai di jari pasangan pengantin. Kaulah tanda aku cintakan dia... Aku harap dia faham apa maksud yang cuba aku sampaikan kepadanya dan menyimpan pasangan kau dengan baik. Kau rasa macam tu, tak? Kau rasa... kami akan kekal, kan? Kau rasa kami akan bersama lagi, kan? Kau rasa akan sampai tak masa yang aku boleh tunjukkan kau kepada semua orang? Kau rasa ini semua tak mustahil, kan? Aku takut... Aku takut yang impian aku hanya angan-angan yang tak kesampaian. Aku takut aku tak boleh bersamanya lagi."

"Aku tak boleh kehilangan dia, kan? Aku akan cari cara agar terus dapat berjumpa dengannya... agar dapat bersamanya lagi... walaupun dalam masa yang singkat. Asalkan aku dapat melihat wajah dia yang menghilangkan segala kerisauan aku."

*~*~*~*~*~*~*

Pada keesokannya, Hyeran bertekad untuk tidak menghindari Chanyeol lagi disebabkan janjinya kepada appa. Dia tidak mahu memungkiri janjinya dan dia juga tidak boleh lama-lama jauh dari orang yang disayanginya. Sungguh dia tak boleh. Dia sudah berjauhan dengan appa jadi dia tidak mahu berjauhan dengan Chanyeol pula. Namun, apabila dia sudah dapat melihat kelibat Chanyeol di hujung jalannya, dia tidak boleh bertahan lagi. Dia tidak kuat. Dia mahu lari dari situ. Hatinya mengatakan yang dia akan kehilangan Chanyeol jika mereka bersama. Hyeran juga tidak tahu apa yang harus dilakukannya.

"Annyeong haseyo, Boa Sunbaenim." Ucap Hyeran menunduk hormat kepada Boa yang terserempak dengannya di koridor.

"Awak trainee baru ke?" Soal Boa dengan ramah sambil tersenyum mesra kepada Hyeran.

Hyeran mengangguk kecil sambil melemparkan senyuman kepada Boa juga. "Sunbae sangat cantik bila tengok dari jarak dekat." Pujinya dengan tulus membuatkan Boa tertawa kecil. Dia sengaja mahu melambat-lambatkan pertemuannya dengan Boa kerana ekor matanya dapat mengesan EXO berjalan ke arahnya, semakin dekat.

"Awak pun cantik juga. Selamat berusaha!" Ucap Boa sebelum mengundurkan diri.

Bibir bawah Hyeran digigit apabila Boa terus sahaja meninggalkannya disitu. EXO sudah berada di hadapannya jadi, dia terus tunduk hormat ke arah EXO sebelum menyapa mereka. "Annyeong..." Sejurus sahaja dia mendongak, benda pertama yang dia nampak ialah Chanyeol yang sedang merenungnya dengan dalam. "...haseyo, sunbaenim." Sambungnya.

"Kita berjumpa lagi." Ucap Suho membuatkan Hyeran terus memaksa bibrinya untuk tersenyum walaupun diatakut senyumannya itu kelihatan palsu. Bagaimana dia boleh tersenyum kalau dia gementar tambahan pula, hatinya menyuruhnya lari dari situ.

Satu-persatu ahli kumpulan EXO berjalan melepasi Hyeran sambil tidak lupa untuk tersenyum kepadanya. Hyeran hanya kaku di situ membiarkan mereka semua pergi dulu. Dan dia harap semua orang pergi tanpa ada seorang pun yang tertinggal.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now