Bab 84

947 61 5
                                    

Dalam beberapa hari shj cuti sem sy akan tamat jd bermakna sy xsempat nak habiskan cerita ni. (Sbb di kolej x ada wifi lol) Padahal sy berharap sy dpt habiskan sblum cuti sem berakhir 😭 lagi satu, saya target nk buat 100 chapters exc prolog and epilog tp nmpknya cerita terlalu pjg sgt mmndngkan sy baru je buat 3 chapters yg berlatarkan malam yg sama. Oops!

yes, babe its bab 84

Sepasang Wedges jenis Ankle Strap berwarna merah yang setinggi 5 inci itu sedia untuk mengambil langkahnya bersama dengan pemiliknya. Melihatkan si merah menawan yang merupakan pemberian salah seorang peminatnya itu cukup untuk membuatkan Hyeran gembira. Disebabkan sudah banyak kali menyarung kasut tumit tinggi di kakinya, lama-kelamaan Hyeran sudah terbiasa dengannya malah dia berasa kasihan dengan sneakers birunya di rumah kerana dia lebih menggemari kasut tumit tinggi kini.

Ada sebab mengapa Hyeran memilih untuk meninggalkan sneakersnya itu. Malam ini dia ada rancangan untuk bersama dengan seseorang; seseorang yang amat dia sayangi. Kerana teruja, Hyeran menghentakkan kakinya dengan perlahan sehingga dia tidak menyedari ada orang yang sedang menapak tanpa sebarang suara di belakangnya.

Tangan yang menutup mulutnya dengan tiba-tiba itu langsung membuatkan Hyeran meronta-ronta. Hyeran bergelut dengan manusia yang sedang menyerangnya dari belakang itu sedaya upaya namun dia yang dilahirkan sebagai seorang perempuan, tidak mempunyai kudrat yang cukup. Mungkin sahaja orang itu lelaki. Hyeran cuba menjerit dengan sekuat hatinya tetapi suaranya tak tembus oleh tangan yang besar itu.

Fikiran Hyeran menerawang, memikirkan apa yang akan terjadi kepadanya nanti dan peristiwa di mana dia hampir-hampir sahaja diperkosa muncul di benaknya. Laju sahaja air matanya turun sementara dia diseret ke tempat yang gelap. Apabila dilepaskan, dia terus jatuh terduduk ke bumi sambil menangis teresak-esak.

"Ran-ah! Wae irae?"

Kedua bahunya dipegang dan digoyangkan namun Hyeran tiada daya lagi jadi dia hanya membenarkan badannya digerakkan. Namun, suara yang memanggil namanya berulang kali itu membuatkan Hyeran terus Hyeran berhenti menangis.

Masakan dia tidak kenal akan suara itu. Wajahnya yang sudah basah dengan air mata terus didongak, memandang sesusuk tubuh di hadapannya itu.

Memang tiada yang lain, hanyalah Park Chanyeol sahaja berada di situ. Tapi, bagaimana? Macam mana?

"Ran-ah, kwaenchana?" Chanyeol terus meletakkan tangannya di pipi Hyeran di mana Hyeran terus memegangnya dengan erat. Pandangan risaunya dihalakan pada Hyeran yang sedang memandangnya dengan mata yang penuh dengan tanda tanya. "Saya minta maaf kalau buat awak terkejut tadi."

Giginya Hyeran ketap dengan kuat sebelum dia menolak Chanyeol yang sedang berlutut di hadapannya itu sehingga jatuh ke dinding. "Jadi awaklah? Chanyeol, kenapa? Awak buat saya takut." Hyeran yang baru sahaja berhenti menangis itu kelihatan mahu menyambung tangisannya semula.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now