Bab 64

859 53 0
                                    

"Hye—Hyeran."

Mata Baekhyun berkelip memandang Hyeran saat dia melepaskan Hyeran dari dakapannya.

"Neo— Kwaenchana?"

Belum sempat Hyeran menjawab soalan Baekhyun itu, Baekhyun sudah rebah ke bumi.

"Baekhyun!"

Mata Hyeran terbuntang melihat Baekhyun yang sudah terbaring di atas tanah. Hyeran segera melutut untuk mendapatkan Baekhyun yang hampir tidak sedarkan diri itu. Tangan Hyeran mencapai belakang Baekhyun yang sedang berdarah. Darah berwarna merah pekat mula membasahi tanah membuatkan Hyeran hampir-hampir sahaja menangis.

"T-Tolong!" Hyeran berteriak meminta tolong seraya dia memangku Baekhyun di ribanya. "Baekhyun, kenapa awak buat semua ni untuk saya?" Air mata yang jatuh ke dagu menitis ke pipi Baekhyun.

"Hyeran." Panggil Chanyeol saat dia tiba di tempat kejadian.

Tangan Hyeran menggeletar saat dia mencapai lengan Chanyeol. "Chanyeol—." Wajah Chanyeol ditatap oleh Hyeran dengan sedih.

Chanyeol segera menarik tangan Hyeran ke dalam genggamannya. "Kwaenchana. Kwaenchana—." " Chanyeol mengeratkan genggaman tangannya sambil melihat ke dalam mata Hyeran.

*~*~*~*~*~*~*

"Aduh! Sakit!"

Mata Hyeran mengecil melihat Baekhyun yang menoleh ke belakang melihatnya buat keseribu kalinya. Dia sengaja menampar bahu Baekhyun dengan kuat kerana Baekhyun yang tak faham bahasa. Entah sudah masuk kali ke berapa Chanyeol mengaduh kesakitan lagi.

"Tengok depan!" Sudah berbuih mulut Hyeran menuturkan kata-kata yang sama sejak dari tadi tapi Baekhyun tetap lagi tak faham dan menoleh ke belakang apabila merasa sakit.

"Sakitlah, Hyeran!" Marah Baekhyun menoleh kepalanya melihat Hyeran lagi.

"Tengok depan!" Hyeran menampar dahinya kerana penat melayan Baekhyun. Kalau sakit sekali pun tak perlu toleh belakang pun tak apa.

"Yah, macam ni ke awak layan orang yang dah selamatkan awak?" Soal Baekhyun, seperti merajuk pula.

Hyeran mendengus dan memukul badan Baekhyun lagi. "Saya tak suruh awak selamatkan saya pun!" Marah Hyeran, matanya menjeling Baekhyun sambil mengetap giginya.

Baekhyun mencapai tengkuknya apabila dia sendiri terdiam dengan kata-kata Hyeran itu. Di dalam lubuk hatinya yang dalam, hanya satu yang dia mahukan sebenarnya iaitu melindungi Hyeran. Dia tahu yang sudah semakin ramai yang menyertai kelab 'Anti Yoon Hyeran' di luar sana kerana tidak boleh terima dia menyukai Hyeran. Dia tahu benar yang dialah menyebabkan orang ramai membenci Hyeran jadi dialah yang patut menerima lemparan batu-batu tersebut.

"Boleh tak buat agar ia kurang sakit?" Suara Baekhyun perlahan menyapa telinga Hyeran.

"Aku tak tahulah, Baekhyun. Kau yang beria-ia menangis sebab tak nak pergi ke hospital tadi." D.O mengangkat bahunya kepada Baekhyun sambil memeluk tubuhnya.

Chen pula sengaja menyakitkan hati Baekhyun dengan mengejek cara Baekhyun merayu agar dia tidak dibawa ke hospital dengan cara yang paling kelakar sekali. Semua orang mentertawakan Baekhyun yang sudah cemberut mukanya. Hyeran pula hanya tersenyum simpul sambil meneliti kerjanya merawat kepala Baekhyun yang berdarah. Disebabkan Baekhyun tidak mahu dirawat di hospital jadi Hyeran menawarkan dirinya untuk merawat Baekhyun. Mujur Baekhyun sudah tidak memandang belakang lagi yang memudahkan kerja Hyeran.

Kerjanya hampir siap. Dia hanya perlu membalut kepala Baekhyun kini. Hyeran sempat memandang ke arah Chanyeol yang juga menyertai Chen untuk menyakat Baekhyun. Ruang tamu kediaman EXO sudah mula riuh dengan gelak ketawa yang tidak pernah henti disebabkan adanya Chen dan Chanyeol yang memeriahkan suasana. Chup! Tak nampak macam kediaman pun sebenarnya, nampak macam tokang baru sahaja pecah.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now