Bab 8

2.8K 117 8
                                    

Seperti biasa, maaf kalau ada kesalahan... Nanti saya betulkan hehe... Comment Juseyo~~~

Chanyeol merenung perempuan yang kini di hadapannya. Perempuan yang memperkenalkan dirinya dengan nama 'Yoon Hyeran'. Siapakah perempuan itu sebenarnya? Dia berani bersumpah yang dia pernah melihat perempuan itu sebelumnya tetapi dia tidak ingat di mana. Wajah perempuan itu... seakan-akan pernah dilihatnya tetapi... di mana, ya? Chanyeol bingung memikirkannya. Apakah itu hanya perasaannya sahaja? Kalau betul ia hanyalah perasaannya jadi, dia sudah melebih-lebih.

Dia mengerut kening. Masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan perempuan itu. Hyeran langsung tidak mahu memandangnya. Perempuan itu membuangkan pandangannya ke lantai. Chanyeol menganggap bahawa tindakan Hyeran yang tidak sudi memandangnya kerana dia tidak selesa dan tidak suka akan sikapnya tetapi, sebenarnya Hyeran tidak sanggup menghadapi renungan Chanyeol yang membuatkan jantungnya berdegup laju.

"Awak pasti ke? Saya tak tahulah kenapa tapi saya..." Chanyeol tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan kepada Hyeran tentang apa yang sedang bermain di fikirannya kini. Dia tidak tahu kenapa tetapi hatinya sangat tertarik dengan perempuan itu hinggakan dia tidak mahu melepaskan perempuan itu pergi kecuali perempuan itu menjawab pertanyaannya dengan jujur.

Permintaan Chanyeol ringkas sahaja. Beritahu di mana mereka pernah berjumpa. Hatinya membentak-bentak ingin tahu. Dia yakin yang mereka pernah berjumpa atau Chanyeol hanya tidak sengaja ternampak perempuan itu dimana-mana.

"Saya pasti saya ada nampak awak sebelum ini."

Hyeran mengeluh kecil tetapi keluhannya jelas kedengaran di telinga Chanyeol. "Tapi, ini pertemuan kita buat kali pertama, Park Chanyeolssi." Hyeran melawan perasaannya lalu merenung Chanyeol dengan marah. Dia mahu menunjukkan perasaannya kini kepada Chanyeol.

"Jadi, tolong pergi. Awak menghalang jalan saya." Tambah Hyeran lagi.

Sebenarnya, Hyeran sangat berharap yang Chanyeol tidak mengecamnya tetapi ternyata lelaki itu mengecamnya juga. Dan kini, Chanyeol tidak mahu melepaskannya pergi sehingga dia mengaku yang mereka pernah bertemu sebelum ini atau yang lebih tepatnya, tidak sengaja bertemu. Dia tidak tahu kenapa Chanyeol begitu berkeras ingin mendengar yang mereka pernah bertemu. Dia sudah melupakan insiden lama itu. Dia sudah membuangnya jauh-jauh. Dia tidak mahu hidupnya ada apa-apa kaitan dengan Chanyeol lagi.

Dia tidak mahu teringat yang mereka pernah berjumpa kerana dia tidak sukakan Chanyeol. Dia tidak suka melihat lelaki setinggi tiang elektrik itu. Chanyeol bukan lelaki idamannya jadi, Chanyeol boleh pergi jauh-jauh!

"Tapi..." Masih ada tapi sehingga dirinya berpuas hati bagi Chanyeol.

"Chanyeolah, Hyung rasa ini dah cukup." Ujar Lay yang dari tadi hanya menjadi pemerhati di tengah-tengah dua manusia ini. Baginya, dia sedang melihat sepasang kekasih yang sedang bertengkar dan ini semua sudah melebih jika Chanyeol terus memaksa Hyeran seperti ini.

"Tapi Hyung..."

"Tolonglah ke tepi, Chanyeol." Lay segera memotong kata-kata Chanyeol. Chanyeol kelihatan begitu hampa. Dia tiada pilihan. Dia akur dengan arahan Hyungnya lalu memberi laluan kepada Lay dan Hyeran. "Awak mesti bersiap. Persembahan penutup akan bermula tidak lama lagi." Pesan Lay sebelum dia pergi menghantar Hyeran.

Lay lantas membawa lari Hyeran dari Chanyeol. "Saya minta maaf atas sikap Chanyeol tu." Lay meminta maaf bagi pihak Chanyeol atas kesalahan Chanyeol. Itu adalah perkara yang seharusnya dia lakukan.

"Kwaenchanayo. (Tak apalah.)" Hyeran mempalsukan ketawanya. Dia memberitahu Lay yang ia tidak kisah walaupun sebenarnya dia tidak suka akan sikap Chanyeol mahupun orangnya. Sebenarnya, Hyeran berasa kekok berada dengan Lay atau mana-mana lelaki sekalipun namun, Lay tidak kelihatan kekok. Lay sangat sopan dan melayannya dengan baik mungkin kerana Lay tahu yang itu ialah tugasnya. Inilah apa yang orang katakan sebagai 'fanservice'.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now