Bab 19

2.1K 109 6
                                    


“Chanyeol minta maaf, appa. Chanyeol memang tak boleh nak tunaikan permintaan Appa dan Umma untuk mengahwini dia. Chanyeol tak nak. Chanyeol tak boleh sebab… dia… dia…” Chanyeol mengeluh kecil. Tak akan dia nak beritahu Umma dan Appa yang Hyeran sendiri tidak mahu berkahwin dengannya.

Kepalanya hanya ditundukkan ke lantai manakala bibirnya diketap. Appanya menggeleng melihatnya. Dia tidak dapat meneka apa yang bermain di fikiran anak lelakinya itu. Tidakkah anaknya itu berfikir dia dan isterinya melakukan ini semua demi kebaikannya sendiri.

“Appa kecewa dengan kamu, Chanyeol.” Kata appa dengan perasaan kecewa yang meresap di hatinya.  Dia sangka yang Chanyeol akan bersetuju seperti apa yang dikatakan oleh isterinya. Mereka berdua tahu yang Chanyeol seorang anak yang taat akan perintah namun, kenapa jadinya begini? Chanyeol sudah pandai memberontak dan tidak mahu mendengar kata mereka berdua.

Encik Park merasakan ada sesuatu yang menyentuh dadanya. Dia menoleh kepalanya memandang isterinya yang juga sedang memandangnya. Isterinya memeluknya dengan erat sekali.

“Tak apalah, Yeobo.” Bisik Puan Park di telinganya. “Kita tak boleh nak paksa Chanyeollie.”

“Baiklah kalau ini yang Chanyeol mahu.” Ucap Encik Park pada akhirnya. Dia mengalah seperti apa yang disuruh oleh isterinya. Isterinya betul. Mereka berdua tak boleh memaksa Chanyeol membuat perkara yang dia enggan.

Chanyeol menutup matanya serapat-rapatnya. Akhirnya, ayahnya sudah memberi kata muktamad. Mereka berdua mengalah. Dia dan Hyeran tak akan berkahwin. Ianya akhirnya terjadi seperti yang dimahukan oleh Hyeran sendiri. Namun, ada sesuatu yang seperti mencengkam dadanya. Menyesakkan dadanya.

‘Hyeran, Hyeran, Hyeran, Semuanya dah berlaku seperti apa yang awak minta. Saya dah memujuk appa saya untuk membatalkan rancangan ini. Saya harap dengan ini, ia boleh buat awak bahagia memandangkan awak nampak sangat tak suka saya. Siapa yang nak berkahwin dengan orang yang kita tak suka, kan? Awak tak akan kahwin secara klishe seperti di drama televisyen ataupun novel-novel cinta iaitu berkahwin dengan pilihan ibu bapa awak. Awak tak akan kahwin cara kuno macam ibu bapa zaman dahulu aturkan untuk anak mereka. Dan juga, saya harap awak akan dapat mencari cinta hati awak yang memenuhi citarasa awak dan berkahwin dengannya suatu masa nanti. Jika itu berlaku dan awak bahagia maka, saya pun turut berasa bahagia. Awak dah bebas. Dan saya? Saya Cuma mahu awak bahagia...’ Bisik Chanyeol di dalam hati. Apabila dia membuka matanya, tiada sesiapa yang berada di hadapannya kini. Ibu bapanya sudah pergi meninggalkannya barangkali ke kamar kerana sudah lewat malam.

“Weyh, Chanyeol!”

Chanyeol tersentak dari lamunannya apabila Suho memetikkan jarinya di hadapan mukanya. Matanya terkebil-kebil melihat Suho yang memandangnya dengan hairan.

“Kau okey tak, Channieyah?” Soal Suho yang risau. Dia merenung muka Chanyeol dengan dalam.

“Err… Aku okey…” Chanyeol terus menggelengkan kepalanya untuk mengusir fikirannya pergi. Fikirannya tentang ayahnya mengatakan yang dia amat kecewa akannya. Walaupun sudah dua hari peristiwa itu berlalu namun, ia masih menghantui fikirannya. Rasa bersalah akan ayah dan ibu yang beria mahu menjodohkannya dengan Hyeran meresap di dalam dada.

“Okey ke tak?” Soal Suho menggeleng melihat membernya itu. “Mulut kata Okey tapi kepala geleng.” Chanyeol hanya mampu tersengih sambil menayangkan giginya.

Tiba-tiba Baekhyun datang menerpa dan merampas dulang makanan yang sepatutnya di hantarkan kepada pelanggan yang menanti makanan tengah hari mereka. Lupa pula dia hendak menghantarnya. Dia sibuk termenung sehingga langkahnya terhenti sambil menatang dulang di tangannya.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now