Bab 67

833 50 4
                                    

"Wah!" Ucap semua orang dengan serentak apabila Xiumin menunjukkan majalah yang baru dibelinya. Bukan majalah biasa, majalah yang terpampang gambar Baekhyun dan Hyeran berpegangan tangan sebagai kulit depan majalah tersebut.

Hyeran meneguk liurnya apabila dia menangkap mukanya di majalah itu. Dia terus berhenti mengunyah makanannya sementara semua orang sibuk merebut majalah milik Xiumin tersebut. Terkejut juga Hyeran apabila masing-masing mahu membaca majalah tersebut. Chanyeol juga tidak ketinggalan untuk melihat majalah itu juga tetapi terus dirampas oleh Chen.

"Baekhyun, macam mana kau dapat peluk Hyeran macam ni?" Chen yang menyoal menarik semua mata melihat Baekhyun.

Baekhyun yang sedang meminum air terus tersedak tatkala mendengar soalan Chen yang sangat mengganggu. Takkanlah dia nak jawab soalan itu. Namun, apabila Baekhyun mengangkat mukanya dan mendapati semua mata merenungnya, dia hampir menggigil.

"Yah, kau nak cium dia ke apa ni?" Xiumin yang sedang menyelak helaian majalah itu terkejut apabila melihat gambar Baekhyun mendekati Hyeran.

"H-Hyung, soalan apa—"

"Bukan macam tu!" Hyeran terus memotong Baekhyun. Semua orang memandang Hyeran kini membuatkan Hyeran menundukkan kepalanya. "Baekhyun tak cium saya, tak sampai ke situ pun." Hyeran menggeleng kepalanya.

Majalah yang berada di tangan Xiumin kini terus dirampas oleh Baekhyun kerana dia tahu air muka Hyeran sudah berubah. "Geumanhae, Hyung." Ujar Baekhyun menjauhkan majalah itu apabila ada sesiapa mahu mengambilnya. "Tak nampak ke Hyeran tengah tak selesa tu?"

Xiumin terus memuncungkan bibirnya apabila Baekhyun seolah-olah menyalahinya. "Hyung tanya je—" Balasnya.

Hyeran menghadiahkan senyuman nipis buat Xiumin. "Kwaenchanayo." Beritahunya kepada Xiumin yang seperti mahu merajuk. "Jangan risau, Baekhyun-ah. Awak beri jelah mereka semua lihat majalah tu." Ujar Hyeran yang mengalihkan pandangannya kepada Baekhyun kini.

Chanyeol ialah orang yang pertama sekali mengambil majalah itu daripada Baekhyun apabila Baekhyun sedang leka memandang Hyeran. "Bwabwa. (Biar saya tengok.)" Chanyeol terus menyelak halaman majalah itu tanpa menunggu lagi. Dia mencari halaman yang ada gambar Hyeran dan Baekhyun.

"Ah—" Hyeran kehilangan kata-katanya apabila Chanyeol sudah mengambil majalah itu. Dia boleh beri sesiapa sahaja melihat atau membaca majalah itu tetapi asalkan bukan Chanyeol.

Senyuman terukir di wajah Chanyeol saat melihat Hyeran. Dia tidak menafikan yang dia hanya mahu melihat Hyeran sahaja di majalah itu. Chanyeol berusaha untuk tidak memikirkan sangat tentang segala sentuhan yang dilakukan oleh Baekhyun dan Hyeran kerana dia tahu Hyeran ialah miliknya seorang. Lagipun itu semua hanyalah sekeping gambar.

"Yeppeone. (Cantiklah.)" Ialah yang Chanyeol katakan saat dia memandang gambar Hyeran buat pertama kali di majalah itu. "Wah, jarhanda." Puji Chanyeol lagi. Dia memang merasakan Hyeran sudah melakukan yang terbaik.

Tangan Chanyeol terus menutup majalah itu setelah usai melihat semua gambar Hyeran. Hyeran yang menetapkan matanya pada Chanyeol hampir membuang pandangnya ke lantai apabila Chanyeol juga memandangnya. Entah berapa lama mereka berdua menatap wajah masing-masing. Chanyeol harap ianya kekal selamanya. Tak, selamanya pun tak cukup buat Chanyeol jika dia mahu bersama Hyeran. Sehingga infiniti menemui penghujungnya, Chanyeol mahu menatap wajah orang yang dicintainya sebegini.

"Lamanya mereka pandang." Sehun berbisik kepada Xiumin Hyungnya apabila dia melihat tiada sesiapa pun antara Chanyeol dan Hyeran mahu mengalihkan pandangannya.

"Yah, cuba kau tengok tu." Ujar Xiumin kepada Suho pula.

Suho mengerutkan dahinya sambil sambil memandang Xiumin sekilas. "Aku tengah tengoklah ni!" Ujar Suho sebelum menyoal Chen pula, "Kau rasa diorang boleh bertahan berapa lama?"

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant