Bab 69

767 52 0
                                    

Bunyi pintu dikuak menarik semua mata memandang ke arahnya. Chanyeol yang menyedari semua mata memandangnya hanya masuk ke dalam bilik tarian tanpa bersuara. Nampaknya mereka semua sudah lama menunggunya untuk berlatih koreografi mereka bersama-sama. Takkanlah mereka mahu berlatih tanpa kehadirannya pula. Suasana di sekeliling Chanyeol yang berasa kekok membuatkan Chanyeol meneguk liurnya. Dia mula membuat senaman ringkas untuk memanaskan badannya sebelum memulakan rehearsal.

"Ke mana kau pergi dengan Hyeran tadi? Kenapa lama sangat." Suho, selaku ketua di antara mereka menyoal.

Chanyeol membalas pandangan Suho. Senaman yang dilakukannya dihentikan buat seketika. "Ada benda yang saya nak beritahu Hyeran tadi." Jawab Chanyeol dengan ringkas. Dia rasa dia tidak perlu menceritakan semua dengan terperinci apa yang dia lakukan dengan Hyeran tadi.

"Park Chanyeol, minda kau waras ke tak? Kau tak sedar ke semua mata pandang kau semacam bila kau peluk Hyeran di hadapan Hyeran tadi? Kau tak dengar ke mulut orang mengata bukan-bukan?" Soalan Chen bertalu-talu itu bagaikan peluru yang menembusi tepat ke hati Chanyeol.

Bibir Chanyeol diketapkan. Mengapa semua orang mesti menentangnya sedaya mereka apabila dia rapat dengan Hyeran? Namun mengapa apabila Baekhyun yang rapat dengan Hyeran semua orang seakan menutup mata?

"Kenapa kalau aku peluk dia? Takkan tak boleh agaknya." Chanyeol tidak menjawab soalan Chen itu, sebaliknya dia menyoal Chen kembali.

Chen mentertawakan Chanyeol dengan sinis sementara tangannya memeluk tubuh. "Tak boleh kau tanya? Memang tak boleh pun. Ia buat orang terfikir apa hubungan kau dengan Hyeran." Balas Chen sebelum menyambung, "Oh ya, Chanyeol. Apa hubungan kau dengan Hyeran sebenarnya?"

"Aku cakap dia sepupu akulah!"

"Kalau sepupu kenapa kau layan dia tak macam sepupu?"

"Jongdae-yah, geumanhae!" Baekhyun terus menarik Chen yang mula mendekati Chanyeol. Dalam masa yang sama, Chanyeol sedang menggenggam penumbuknya.

"Yah, kenapa kau nak berpihak dengan Chanyeol tiba-tiba ni?" Chen memandang wajah Baekhyun yang serius menyuruhnya untuk memberhentikan perkara yang dia mulakan itu.

"Kenapa kau nak pelik pula bila aku peluk Hyeran? Peluk ialah sesuatu yang normal. Semua orang boleh lakukan. Kau tengok kat mana-mana adakah orang menghalang sepupu peluk antara satu sama lain? Ada? Kalau ada beritahu aku." Ujar Chanyeol masih lagi menggenggam penumbuknya. Chanyeol sedang menahan dirinya agar penumbuknya itu tidak melayang ke muka Chen dengan mudah. Dia tahu dia harus bersabar ketika mengendalikan hal itu.

"Kau bukan sahaja tak boleh peluk Hyeran tapi kau juga tak boleh rapat dengan Hyeran sehinggakan menarik perhatian orang ramai. Kau tak tahu ke Hyeran sedang ada Haters sekarang? Semua bermula sebab Baekhyun—" Chen menghalakan pandangannya ke arah Baekhyun. Baekhyun hanya menundukkan wajahnya. "Aku minta maaf, Baekhyun tapi kata-kata kau di radiolah yang menyebabkan semua orang bencikan Hyeran. Tapi aku dah tak kisah sebab sekarang orang dah mula menerima kenyataan Baekhyun sukakan Hyeran."

Baekhyun tidak dapat menahan dirinya daripada mencengkam kolar baju Chen. "Sampah apa kau cakap ni? Aku dah beritahu aku dengan Hyeran cuma kawan je kan?" Baekhyun kedengaran seperti mahu mengugut Chen.

Tangan Chen menepis tangan Baekhyun yang menarik kolarnya sehingga terlepas. "Kau ingat bila kau cakap semua perkara ini orang akan percaya? Kita orang tak akan percaya dengan cepatnya kau berubah hati!" Chen menjerit di muka Baekhyun.

"Dan Chanyeol kau—" Chen mengetap giginya. "Kau lupa ke dengan semua tohmahan yang Hyeran terima apabila dia dekat dengan Baekhyun? Sekarang pula? Kau nak dekat dengan Hyeran lepas mereka dah terima Baekhyun dengan Hyeran? Kau tak rasa orang kat luar sana tu akan menganggap Hyeran sebagai perempuan yang tak baik ke? Mula-mula Baekhyun, sekarang dengan kau pula?" Chen menyoal bertalu-talu.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now