Bab 103

672 51 6
                                    

Typos ahead :))

Bab 103

PARK CHANYEOL, the inevitable, tidak dapat dielakkan. Yoon Hyeran tahu ini ialah takdirnya apabila Park Chanyeol mula masuk ke dalam hidupnya. Walaupun sudah banyak kali Park Chanyeol ditolaknya kerana enggan, sudah jauh juga kakinya berlari dari lelaki itu tetapi akhirnya Park Chanyeol pasti menemukannya juga. Apabila Hyeran tahu tiada pilihan lain selain menerima Chanyeol semula, dia mula menerima takdir yang diberi. Namun Chanyeol telah terlupa, ajal juga sesuatu yang tak dapat dielakkan. Ketika Hyeran mula menempa bahagia, takdir menukar permainannya membuatkan harapannya punah bagaikan kaca terhempas ke batu.

*~*~*~*~*

"Kau masih nak duduk di situ?"

Baekhyun tidak berganjak dari tempatnya walaupun ditegur oleh Xiumin berulang kali. Baekhyun yang sedang duduk di lantai balkoni diperhatikan oleh Xiumin yang sedang mengintip dari pintu kamarnya yang bersambungan dengan balkoni. Melihat Baekhyun yang bagaikan patung selama sepuluh minit membuatkan Xiumin benar-benar hampa. Keluhannya kedengaran di telinga Baekhyun namun Baekhyun masih tidak bergerak, hanya matanya yang berkelip-kelip. Telinga Baekhyun menangkap bunyi pintu bilik Xiumin ditutup akhirnya membuatkan dia mengerlingkan matanya ke arah Xiumin yang sudah tiada di sebalik pintu.

Rasanya tiada apa lagi yang perlu dilakukan oleh Baekhyun pada setiap hari. Kerja? Mereka diberikan rehat buat ketika ini selepas berita buruk itu tersebar. Tak mungkin smALL masih mahu mereka bekerja dan meratapi kematian dalam masa yang sama. Baekhyun tidak merasakan mereka mempunyai harapan untuk meneruskan ini semua lagi kerana kumpulan mereka kekurangan seseorang. Dia juga tidak mempunyai keinginan untuk meneruskannya lagi. Ada di antara mereka yang merancang untuk pulang ke rumah sementara waktu membuatkan Baekhyun juga berfikir dua kali. Dia juga mahu pulang ke rumahnya namun entah mengapa dia tidak mahu keluar dari rumah tersebut. Jadi hari-harinya hanya berlalu seperti itu. Dia tidak mahu duduk di biliknya disebabkan Kyungsoo sentiasa berada di situ kecuali bila waktu makan oleh itu dia hanya duduk di balkoni, walaupun kadang kala Xiumin akan menjenguknya di pintu.

Bunyi loceng pintu ditekan berulang kali membuatkan Baekhyun mengerutkan dahinya. Siapa pula yang datang malam-malam ini? Jam di dinding menunjukkan waktu makan malam hampir masuk. Mungkinkah delivery boy yang mahu menghantarkan pesanan? Baekhyun menggelengkan kepalanya apabila tiada seorang pun membuka pintu. Buat apa sahaja mereka semua di dalam bilik masing-masing? Terlentang di atas katil? Baekhyun tiada pilihan lain kecuali membuka pintu. Sliding door ditolaknya lalu langkah yang perlahan diambilnya untuk ke pintu tetapi, apa yang didapatinya di hadapan pintu bukanlah delivery boy. Dia hampir tidak mengenali seseorang yang berdiri di hadapannya itu yang berambut paras bahu. Tetapi tak mungkin, dia tidak dapat mengenalinya.

"Yoon Hye... Ran?"

Tanpa dijemput masuk terlebih dahulu, Hyeran terus masuk ke dalam rumah tersebut membuatkan Baekhyun terkedu. Bahu mereka berlanggaran. Pintu yang ternganga terus sahaja ditutupnya.

"Siapa yang... Mwoya! Hyeran-ah!" Kai yang mahu menjenguk siapa yang menekan loceng berulang kali terperanjat ketika mendapati kehadiran Hyeran berjalan dari pintu. Dia yang tidak memakai baju terus menutup badannya dengan tangannya sambil menjerit namun Hyeran langsung tidak memandangnya.

Mata Kai terkebil-kebil memandang Hyeran yang hanya berjalan menonong bagaikan rumahnya sendiri. Baekhyun yang mengikuti Hyeran dari belakang terus ditarik tangannya oleh Kai. "Kenapa dia datang rumah kita?" Kai menyoal Baekhyun yang kelihatan tidak berminat untuk mengambil tahu tentang Hyeran. Baekhyun hanya mengangkat bahunya dengan selamba.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now