Bab 20

2.2K 124 2
                                    

Chanyeol berasa gementar. Seluruh badannya menggeletar sedikit. Padahal sekarang baru masuk pertengahan musim bunga dan musim sejuk sudah pun berlalu. Mungkin dia takut. Dia belum bersedia lagi. Dia tidak sanggup. Dia cuba mengeraskan badannya agar ibu dan ayahnya tidak perasan badannya menggeletar sedikit. Namun, nampaknya tidak menjadi.

“Kamu okey ke tak ni, Chanyeol?” Soal Umma, mengangkat keningnya melihat wajah anak lelakinya yang tiba-tiba bertukar pucat.

Pantas Chanyeol menganggukkan kepalanya agar kerunsingan Ummanya terus pergi. Dia tidak mampu membuka mulut dan menjawab pertanyaan Ummanya kerana dia tahu pasti suaranya akan menggeletar seperti orang yang duduk di tengah-tengah padang salji yang membukit.

Jadi, mengapakah Chanyeol tiba-tiba menjadi seperti ini? Sebab…

Hyeran dan ayahnya akan tiba di rumahnya sebentar sahaja lagi.

Mereka berdua akan datang untuk membincangkan beberapa perkara mengenai perkahwinan yang akan diadakan tidak lama lagi. Kata Umma, mereka akan berkahwin dalam minggu ini juga! Gila ke? Baru je hari tu Umma cakap dia nak tengok Chanyeol kahwin, pastu jumpa Hyeran dan ayahnya dan Ayah Hyeran datang ke Vivapolo dan tup tup… hujung minggu ini akan berkahwin? Semuanya berlaku begitu pantas dalam masa seminggu. Chanyeol macam tak percaya ianya begitu cepat. Dia kira mungkin ayah dan ibunya serta ayah Hyeran sudah merancang perkahwinan mereka ini awal-awal lagi.

Dia tidak akan mampu memandang wajah Hyeran nanti. Pasti Hyeran akan memandangnya dengan penuh kebencian. Dia sudah dapat mengagak dari mula dia memberitahu ayah Hyeran yang dia bersetuju untuk berkahwin dengan anak perempuannya itu. Dia pasti Hyeran tidak akan suka dengan berita jam 1.30 itu. Tapi, nak buat macam mana? Chanyeol terpaksa, Hyeran dipaksa. Hyeran pasti akan menyoalkannya kenapa perkara ini berlaku seperti ini. Pada hakikatnya, Chanyeol sudah memberi kata putus kepada Ayah dan Ummanya yang dia tidak mahu perkahwinan itu dilangsung walau apa pun yang terjadi. Tiba-tiba dia dikejutkan dengan berita Chanyeol bersetuju pula.

Takdir oh takdir.

“Wah, tak sangka adik Noona akan berkahwin tak lama lagi.” Ujar Yoora cuba mengusik Chanyeol yang berasa gementar. “Tengok tu, Umma. Dia rasa gementarlah mungkin sebab dia akan berjumpa dengan Hyeran nanti.” Tambahnya lagi manakala Ummanya tertawa akan kata-katanya. Umma mengusap bahu Chanyeol dengan lembut.

Ugh, nak je Chanyeol suruh Noonanya menutup mulut dan diam. Noona fikir Noona boleh menceriakan suasana tapi, Noona salah. Noona tak membantu apa-apa! Noona tidak faham apa-apa! Noona tidak akan faham. Chanyeol mahu menceritakan segalanya kepada Yoora namun, Noonanya itu mungkin akan terkejut mendengarnya. Apa yang Chanyeol mampu lakukan sekarang ialah mengetap bibirnya dengan geram. Suatu hari nanti dia akan memberitahu Noonanya juga.

“Umma, mereka dah datang.” Beritahu Yoora yang mengintip dari celah tingkap.

Yoora terus berjalan ke sofa dan duduk di sebelah Chanyeol manakala ibu dan ayah Chanyeol pergi ke pintu untuk menyambut anak-beranak itu ke dalam rumah mereka. Chanyeol yang semakin berasa gementar dikejutkan dengan sentuhan lembut di tangan kanannya. Noonanya kini sedang memegang erat tangannya membuatkan dia terus menoleh. Dia melihat Noona yang tersenyum manis kepadanya.

“Adik Noona… Tak percaya Chanyeollie akan kahwin dalam masa sedekat ini.” Yoora cuba untuk ketawa namun, ketawanya kedengaran sangat kekok di telinga Chanyeol. Yoora terus tunduk melihat tangan Chanyeol yang dipegangnya erat. Tangan kanannya pula mengusap tangan Chanyeol yang lantas membuatkan gementar Chanyeol hilang serta-merta.

“Noona…” Panggil Chanyeol sambil tangan kirinya mencapai tangan kakaknya dan memegangnya erat. Bibirnya terbuka sedikit. Dia mahu melontarkan suaranya tapi suaranya seakan tersekat di kerongkong. Dia mahu memberitahu Noonanya segalanya. “Noona, sebenarnya…”

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now