Bab 27

2.2K 118 13
                                    

Anak mata Chanyeol menuruti sahaja ke mana Hyeran pergi. Hyeran kelihatan sangat sibuk berkejar ke sana sini membuka kabinet dan peti sejuk untuk mengambil keperluan memasaknya dan dalam masa yang sama harus memotong sayur-sayuran dan menggoreng ikan sardin. Chanyeol yakin yang isterinya seorang yang pandai memasak kerana Ummanya pernah beritahunya dahulu yang dia pernah merasa masakan Hyeran tetapi melihatkan situasi Hyeran sekarang ini... Hyeran sangat kelam kabut membuat satu-persatu kerja yang harus dilakukannya. Comel pula Chanyeol tengok isterinya tu sampai tersengih seorang-seorang. Sebenarnya Hyeran boleh sahaja melakukan segalanya dengan tenang tapi, disebabkan Chanyeol sedang memerhatikannya, semua jadi kelam kabut pula.

Bukannya Chanyeol hanya duduk di situ menjadi boss atau chef profesional seperti di dalam rancangan 'Masterchef' dan hanya merasa makanan apabila sudah siap tetapi Hyeran yang tidak mahu. Dia diarahkan agar duduk di kerusi dan tidak bergerak walau seinci pun.

Chanyeol menongkat dagunya lalu mengangkat keningnya. "Betul saya duduk kat sini tengok awak memasak je?" Dia menyoal apabila terasa sunyi kerana suasana sangat senyap kecuali kedengaran suara ikan sardin digoreng.

Hyeran menoleh kepalanya melihat Chanyeol. "Kan saya cakap jangan gerak walau seinci pun." Hyeran memeluk tubuhnya sebentar berpura-pura memarahi seorang budak keci llalu sambung memasak apabila dia menyedari yang ikan yang sedang digorengnya mungkin akan hangus dalam beberapa saat sahaja jika dia tidak berhati-hati.

"Aigoo... Uri Hyeranie kwiyeopda! (Comelnya Hyeran saya!)" Puji Chanyeol sambil tersenyum apabila Hyeran memarahinya. "Tapi, takkanlah saya tak boleh bergerak walau seinci pun. Saya bukannya robot." Sambung Chanyeol lagi.

"Betul juga tu. Tak guna juga saya suruh orang hyperactive macam awak ni duduk diam." Balas Hyeran.

"Wah, sedapnya bau!" Kata seseorang yang baru tiba di dapur kecil itu yang hanya memuatkan ruang memasak dan meja buat keluarga kecil yang cukup untuk mereka sekeluarga. Homestay itu berciri-ciri agak keberatan. Nama pun Homestay kut. Bukannya Homestay tradisional Korea.

Sebuah senyuman dilemparkan Hyeran kepada Yoora yang sudah mengambil tempat duduknya di sebelah Chanyeol manakala Chanyeol merenung Yoora dengan masam kerana Yoora telah mengacau waktunya bersama Hyeran.

Yoora yang menyedari perubahan wajah Chanyeol yang bertukar masam itu terus bertanya,"Apa? Kenapa? Noona kacau ke?"

Chanyeol dengan pantas mengangguk dengan muka yang monyok. Melihatkan balasan Chanyeol, Hyeran memberikan renungan tajam kepada Chanyeol lalu terus berkata kepada Yoora, "Taklah, Unnie. Mana ada."

"Noona! Noona dah ambil tempat Hyeran!" Bisik Chanyeol ke telinga Noonanya. Noonanya memandangnya dengan masam sebelum menukar tempat duduknya. Tetapi tak apalah. Adik lelakinya kan dah beristeri. Memanglah nak duduk dengan isterinya di sisi.

"Kenapa tiba-tiba semua orang berkumpul disini?" Soal Puan Park yang baru tiba dari bilik tidurnya bersama suaminya disisi. "Oh. Hyeran sedang memasak rupanya." Puan Park menyambung apabila baru perasan yang Hyeran sedang memasak di dapur.

Tangan Chanyeol mencapai rambutnya dan menyikatnya dengan jari-jemarinya ke belakang. "Alamak. Makin ramai pulak yang datang." Bisiknya lembut sambil mengeluh.

Namun, bisikannya didengari oleh Noonanya yang berada di sebelahnya. Noonanya ketawa kecil akan kerenah adik lelakinya itu. "Umma, nampaknya ada orang tak berkenan nak tengok kita disini." Ucap Noona sambil menjuihkan mulutnya ke arah Chanyeol.

Puan Park yang sedang duduk di atas kerusi ketawa geli hati mendengar kata-kata Yoora dan juga memandang Chanyeol yang sedang mendengus kasar sambil menjeling Noonanya.

"Oh. Ada orang tak dapat nak bermesra-mesra dengan isterinyalah ni?" Usik Encik Park pula lalu semua orang di meja itu kecuali Chanyeol bergelak ketawa dnegan gembira. Chanyeol pula menarik muka kerana menyampah dengan keluarganya itu.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now