Bab 74

708 57 14
                                    

Pantas sahaja Chanyeol mengambil telefon bimbitnya daripada wanita di hadapannya. Dia menghadiahkan senyumannya buat wanita itu yang selalu coordinator buat penggambarannya itu.

"Terima kasih sebab tolong cajkan telefon saya." Ujarnya.

Sebenarnya Chanyeol sudah mengecaj telefon bimbitnya semalaman namun dia terlupa untuk menekan suis dan akhirnya telefonnya hanya tinggal 5 peratus. Dia yang sudah lambat untuk merakamkan sebuah lagu terus bergegas sambil menyumpah seranah diri sendiri yang dungu. Rakaman lagu tersebut mengambil waktunya setengah hari dan dia masih tidak dapat mengecaj telefon bimbitnya. Bagus sangat sampai terlupa bawa power bank. Mujurlah dia dapat meminta tolong dengan seseorang untuk mengecaj telefon bimbitnya sementara dia ada penggambaran buat schedule keduanya.

"Sama-sama. Dah nak balik ke?" Chanyeol disoal perempuan itu.

Kepala Chanyeol mengangguk-angguk kerana dia yang sudah kepenatan sangat teruja untuk pulang ke rumah. "Ya." Dia menjawab dengan ringkas.

"Hati-hati pulang ke rumah ya."

Chanyeol menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat sebelum dia mengucapkan selamat tinggal. Kereta yang sedang dipandu oleh managernya setia menunggunya dari kejauhan. Sambil menunduk hormat kepada semua orang, dia menapakkan kakinya ke kereta.

"Penatnya!" Keluh Chanyeol setelah dia menutup pintu kereta. Telefon bimbit di dalam tangannya yang telah mati terus dihidupkan.

"Bagusnya. Jom kita balik. Hyung dah mengantuk." Sebut sahaja perkataan mengantuk, managernya terus menguap. Memang dah mengantuk tahap gaban dah ni.

"Ah, Hyung. Gembiranya dapat jumpa hyung. Jom. Jom balik. Jom." Balas Chanyeol dengan teruja sekali apabila kereta itu bergerak meninggalkan perkarangan set penggambaran filemnya.

Jam di telefon bimbitnya menunjukkan waktu kini ialah 2 pagi. Sudah seharian dia bekerja tanpa berehat. Namun Chanyeol dapat tersenyum apabila dia memandang lock screen rahsianya yang digunakan dengan gambar Hyeran. Telefon itu sengaja disembunyikan agar Hyungnya tidak perasan tentang gambar itu. Senyuman indah yang menghiasi wajahnya itu terus pudar apabila dia melihat panggilan yang tak dijawab olehnya. Tangannya terus menekan telefon bimbitnya untuk pergi ke sejarah panggilan. Berpuluh-puluh kali dia menerima panggilan daripada ibu bapanya, Baekhyun dan Hyeran.

Eh, apa yang begitu penting sehingga menelefonnya berulang kali? Terutamanya ialah Hyeran. Rindu agaknya? Chanyeol tidak dapat menahan dirinya dari tersenyum. Dia berusaha untuk menghalang jarinya dari menelefon Hyeran kerana Hyeran pasti sedang tidur sekarang. Dia tidak mahu mengganggu. Besok masih ada. Belakangnya terus disandar pada kerusi sebelum matanya tertutup.

Daun pintu dikuaknya dengan perlahan agar tidak membangunkan Baekhyun dan Kyungsoo yang sudah terlena di atas katil masing-masing. Selepas pintunya ditutup, dia menapakkan kakinya perlahan-lahan walaupun dia tidak dapat melihat jalan kerana lampu bilik yang ditutup. Almarinya dibuka untuk mengambil baju yang dia akan pakai setelah mandi namun dalam perjalanan ke bilik air, dia terdengar suara Baekhyun yang bercakap dengannya.

"Kau dah balik pun." Baekhyun berkata kepada Chanyeol walaupun dia tidak dapat melihat Chanyeol dengan jelas.

Lampu suluh yang dibuka oleh Chanyeol terus dinyalakan terus ke muka Baekhyun. Baekhyun terus memejamkan matanya kerana silau sementara Chanyeol mengurut dadanya. Nasib memang Baekhyun yang betul yang bercakap dengannya tadi. Hampir gugur jantungnya.

Tangan Baekhyun masih lagi menutup mukanya selagi Chanyeol tidak menutup lampu itu. "Yah, tutup lampu tu!" Marah Baekhyun dengan suara yang kuat walaupun D.O sedang tidur di suatu sudut.

"Kau tak tidur lagi rupanya." Chanyeol segera menutup lampu suluhnya.

"Aku memang tunggu kau balik." Balas Baekhyun. "Ada sesuatu yang perlu aku khabarkan pada kau. Tengok muka kau yang tak risau sekarang ini membuatkan aku tahu yang kau tak tahu menahu pasal kejadian yang baru berlaku."

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora