Bab 58

854 56 2
                                    

Saya pinjam lagu Fiestar- I dont know untuk lagu debut LUV. 

Amaran! bagi siapa yang nak meneruskan cerita ni, saya akan bawa anda menaiki Roller Coaster jadi ketatkan tali pinggang awak semua! Saya akan bawa anda melalui cinta tiga segi, cinta empat segi, cinta bersegi-segi, perpisahan, air mata, kematian (OMG), kebencian, percintaan (LOL), persahabatan, kerelaan dan macam-macam lagi. 

Just nak bagitahu je. kalau tak suka Roller Coaster saya tak perlu naik hahaha. 

Rehearsal pada pagi itu berjalan dengan lancar kerana masing-masing sudah melakukan yang terbaik. Setelah rehearsal, mereka diarahkan untuk kembali ke bilik menunggu semula kerana rancangan muzik itu akan bermula dalam beberapa minit lagi. Sebelum itu, Ranae sudah disuruh untuk mencabut nombor dan nampaknya, mereka ialah kumpulan yang ketiga untuk naik ke pentas nanti. Cukup beruntung kerana mereka bukan yang pertama jadi gementar itu berkurangan.

Apa yang mereka tidak sedari ialah masa berlalu dengan pantas dan kini kumpulan kedua yang sedang membuat persembahan langsung mereka akan tamat pada bila-bila masa sahaja. Hyeran sedang menggenggam tangannya kerana gementar manakala yang lain sedang sibuk melakukan hal masing-masing untuk menghilangkan rasa gementar.

"Betul ke step saya ni?" Soal Aecha kepada Ranae sambil melakukan salah satu langkah koreografi mereka yang selalu dia risaukan.

Ranae mendengus sambil menggeleng kepalanya melihat koreografi Aecha yang baginya sudah berantakan. Mereka sudah berlatih beribu kali tapi mengapa Aecha masih tidak boleh melakukannya dengan betul?

"Bukan, Aecha. Kau selalu keliru. Bukan ke kiri, ke kanan." Beritahu Ranae sambil membetulkan tangan Aecha yang sepatutnya menunjukkan ke arah kanan. "Macam ni. Ingat!"

"Macam ni ke? Okay okay okay." Aecha memberi isyarat tangan okay kepada Ranae untuk menjaminnya namun Ranae masih lagi risau.

"Suara saya okay tak, Unnie. Saya rasa suara saya akan hilang nanti di atas pentas sebab takut sangat." Minhee pula mengadu kepada Dahyun yang sedang mengusap lengan Minhee untuk menenangkannya.

Kepala Dahyun geleng. "Suara Minhee kedengaran macam biasa. Jangan takut. Jangan risau." Ujar Dahyun kepada Minhee namun Minhee masih lagi menayangkan muka takutnya kepada Dahyun.

Salah seorang krew mendekati mereka dengan tergesa-gesa dan mereka tahu itulah saatnya. Mereka diarahkan untuk mengikuti krew perempuan yang kelihatan masih muda itu. Mereka kini berada di bawah pentas dan bila-bila masa sahaja nama mereka akan diambil.

Nafas panjang diambil Ranae sebelum dia menoleh memandang LUV. "Okay, LUV jom lakukan ini." Ranae meletakkan tangannya di tengah-tengah dan satu persatu ahli kumpulan LUV meletakkan tangan mereka di antara satu sama lain.

"L! U! V! LUV! Fighting!" Jerit mereka serentak dengan bertenaga sekali.

Tangga pentas didaki oleh Hyeran sambil tangannya dipegang ke dada. Jantungnya berdegup kencang. Dia tidak tahu sama ada dia boleh melakukan ini atau tidak tetapi hanya 4 minit atau kurang sahaja dan semuanya akan berlalu.

*~*~*~*~*~*~*

"YAH! YAH! YAH! LUV! LUV! LUV!" Jerit Suho dan Baekhyun serentak apabila mereka sudah dapat menangkap LUV yang kini berada di atas pentas di skrin telefon Suho.

Pada pagi itu EXO benar-benar berhenti untuk berlatih semata-mata untuk menonton pentas debut LUV. Ahli EXO yang lainnya terus mengerumuni telefon Suho apabila diberitahu yang ia giliran LUV untuk pentas debut mereka.

Mulut Chen terlopong apabila matanya dapat melihat dengan jelas kasut tumit yang sedang dipakai oleh kumpulan LUV masing-masing. "Wah, mereka memang betul-betul pakai kasut tumit tinggi." Chen berkata, tidak percaya.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now