"Hyeran-ah!"

Jerit seseorang memotong kata-kata perempuan itu. Mereka berdua yang tersentak akan jeritan itu lantas menoleh.

"Puan park..." Kata-kata itu terkeluar saat terlihat Puan Park yang muncul di hadapan pintu kedai. Hyeran pelik bagaimana Puan park boleh berada di situ. Mungkin Puan Park tak sengaja ternampaknya saat lalu di hadapan kedai.

Puan park yang tersenyum lantas memeluk Hyeran.

"Hyeran buat apa di sini?" Tanya Puan Park.

'Eh, bukan sepatutnya aku ke yang tanya macam tu pada dia?' Desis Hyeran. "Appa sakit jadi, saya kena ganti Appa. Banyak kerja yang perlu dilakukan di kedai ni.' Jawab Hyeran.

"Oh..." Puan Park mengangguk. "Hyeranah, jemputlah ke Vivapolo. Restoran mak cik tu terletak di hadapan kedai ni je, di seberang jalan. Hyeran datanglah, ya?" Kata Puan Park lagi lalu memandang pekerja baru appa. "Awak pun datanglah sekali." Pelawa Puan Park kepadanya.

Perempuan itu mengangguk sambil tersenyum. "Ne." Balasnya.

"Mak cik nak pergi dulu. Ramai pelanggan hari ini." Puan Park mengundur dirinya. "Hyeran datanglah, ya?" Pesannya lagi.

Hyeran tersenyum simpul. "Ne."

"Viva... Polo?" Sebut Hyeran sejurus sahaja Puan Park meninggalkan kedainya.

"Awak tak tahu ke?" Soal pekerja tadi.

Hyeran lantas menggeleng.

"Restoran tu bukannya baru bukak. Takkanlah awak tak tahu?"

"Betul, saya betul-betul tak tahu." Kata Hyeran. "Jadi, nama awak apa?" Soal Hyeran.

"Nama yang appa saya berikan ialah Siyeon. Nama keluarga saya Oh jadi, nama panjang Oh Siyeon." Siyeon tersenyum lebar sewaktu memberitahu namanya kepada Hyeran.

"Saya Yoon Hyeran, awak dah tahu kan?"

Siyeon mengangguk. "Saya tahu." Dia lalu menambah, "Saya dua puluh tahun ini, awak?"

"Saya unnie awak. Saya dua puluh dua tahun." Beritahu Hyeran sambil tersenyum.

"Unnie~!" Jerit Siyeon gembira.

Hyeran ketawa kecil apabila melihat Siyeon gembira. Siyeon pasti gembira kerana dapat berkenalan dengannya dan menjadi dongsaengnya. "Jadi, apa yang boleh saya bantu awak." Soal Hyeran.

"Unnie, dalam kotak-kotak tu ada buku-buku yang baru sampai. Stok baru jadi, kena letak di rak buku yang paling depan. Di sini." Siyeon menunjuk sebuah rak buku yang berdekatan dengan pintu masuk kedai. "Boleh tak Unnie tolong saya susun buku-buku tu di rak?" Soal Siyeon.

"Geurae. (Baiklah.)" Hyeran mengangguk lalu mengeluarkan beberapa buah buku dari kotak yang terlerak di hadapan kaunter cashier. Buku-buku tersebut lalu disusun dengan kemas di rak buku yang ditunjuk oleh Siyeon.

"Appa Hyeran juga ada cakap yang buku-buku yang dah lama sangat dan tak mendapat sambutan kena dibuang." Kata Siyeon sambil menyusun buku-buku yang berselerak di rak buku.

"Kena buang? Sayangnya." Balas Hyeran.

"Kita kena buang sebab buku-buku tu tak boleh dipulangkan kepada pengedar lagi."

"Hmm... Tak apalah. Unnie rasa Unnie akan simpan buku-buku tu dan baca di rumah."

"Jinjja? Geurae." Siyeon memberi respon.

"Unnie!" Panggil Siyeon.

"Eung? (Hmm?)" Gumam Hyeran.

"Unnie... mesti minat EXO, kan?" Soal Siyeon.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now