SPECIAL CHAPTER 10

23.1K 1K 65
                                    

Majlis akad nikah sudah pun selesai hampir pukul 11 pagi. Kemudian tetamu beransur pulang dan saudara mara yang lain juga pulang ke rumah sebelum hadir pada majlis resepsi pada pukul 2.30 petang. Namun ada juga yang berehat di rumah Tengku Elman.

"Rayfal dengan Eva jangan lupa pergi hotel before pukul 1 ye. Dah, pergi rehat dulu." pesan Liyana.

Rayfal mengangguk. "Thanks Kak Long. Kami naik dulu." balas Eva sebelum berpimpin tangan naik ke biliknya.

Mereka berdua duduk di birai katil sambil melepaskan lelah.

"Penatnya. Ini baru akad nikah. Resepsi belum lagi." rungut Eva sambil mengurut bahunya yang sakit.

Rayfal senyum. Dia mengurut lembut bahu Eva. "Sabarlah sayang. Today is our happy day right. Sehari seumur hidup sayang. Dah jangan nak merungut. Meh baring." ujar Rayfal.

Setelah membuka shawl, mereka berdua berbaring di atas katil. Tangan mereka bertaut.

"U know what sayang. I really happy today. Sayang dah jadi milik abang selamanya. Jangan harap nak lari, nak curang dengan lelaki lain eh."

Eva gelak. Badan diiringkan memandang Rayfal. Wajah suaminya dibelek dan diusap.

"Never okay. Alhamdulillah semuanya lancar kan. Jangan nak cakap kat sayang, ingatkan diri sendiri juga. U have so many fans right. Erghhh i don't want to share u with anyone. Remember that?!" warning Eva.

Rayfal mengangguk. "Ya sayang. Abang janji. Swear."

"By the way, i have to call u abang?"

"Yes darling. Eva panggil abang then i call u sayang. Okay?"

Eva hanya mengangguk.

Lama kelamaan, mata mereka makin tertutup. Penat segala sendi dan seluruh badan.

Mereka hanya tersedar bila pintu bilik diketuk banyak kali.

"Eva. Rayfal. Jangan lupa petang ni." jerit Elvin dari luar bilik.

Eva tersedar. Mata digosok perlahan cuba menghilangkan ngantuk. Pandang sahaja skrin handphone, dia melopong.

"Oh God! Dah lambat."

Eva pantas bangun dan mencapai tuala. Rayfal dikejut berkali-kali.

"Abang. Abang! Arrgghhh Rayfall!! Bangun. Dah 12.40 ni." jerit Eva sambil menggerakkan badan Rayfal.

Berhasil.

Rayfal mengeliat kecil sebelum bangkit dari pembaringan.

"Eva mandi kejap eh lepas tu abang."

Rayfal hanya mengangguk.

Lepas bersiap, mereka berdua terus turun dan tergesa-gesa ke kereta. Siap kena bebel lagi dengan Tengku Firda. Haih tadah je lah telinga.

🌼🌼🌼🌼

Bukan setakat kat rumah, malahan sampai ke Sky Hotel juga mereka berdua dibebel teruk. Siapa lagi yang mulut murai kalau tak kembar tiga tu. Hahahah Tiara, Felisya dan Ruby of course.

Eva memakai baju pengantinnya sebelum dimekap oleh Tiara. Eva memang tak nak upah jurumekap lain. Dia mana suka mekap semua ni. Kalau tak dipaksa memang taklah dia.

Rayfal yang berada di bilik lain melayan bffnya sambil tergelak. Ada sahaja cerita yang muncul dari mulut Najmi dan Firash.

"Tiara, aku rimaslah dengan mekap ni. Kau tau tak muka aku ni tak dapat udara sebab foundation dan lain-lain ni. Kesian muka aku." kata Eva. Mencuba nasib.

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now