LYT 46

20.9K 1.1K 11
                                    

Rayfal dan Eva menunggu kedatangan yang lain di KFC. Mereka dah janji nak lunch sama-sama sambil cerita pasal Syed Fariz tu.

Eva mengetuk meja dengan jari. Mata dihala ke luar tingkap. Restoran KFC ni terletak dekat tingkat 3 di Skylight Mall.

"Mana diorang ni Fal? Aku dah lapar ni." rungut Eva.

Rayfal memandang Eva kemudian mengangkat bahu.

"Maybe tengah cari parking kot. Tunggu jelah eh. Sabar sikit."

Eva dah mendengus. Instagram dibuka. Scrol ke bawah nampak gambar Lutfi tengah dating dengan Hanni. Alolo sweetnya. Eva senyum.

Kemudian dia membuka whatsapp. Nama Lutfi ditekan.

Lutfi

oh dating eh Lut
😎😎

Yelaa
Xkn kau sorg nk hepi

Eh eh aku lak
Krm slm hanni 😘

Okey
Take care va

Eva menutup kembali Samsung J7nya. Rayfal dihadapannya di pandang lama.

"Aku tau aku hensem tapi tak payah nak pandang cam tu Eva. Kau nak apa ni?" tanya Rayfal.

Matanya menikam mata biru milik Eva. Cantik.

"Bila aku pandang kau, aku teringat kawan lama aku. U and him, really same." ucap Eva.

Rayfal mengangkat kening. Baru je dia nak bertanya lebih lanjut, satu suara menyapa mereka.

Iskandar dan Felisya terus duduk selepas mengucap maaf. Tak lama lepas tu, lagi empat orang tu pun sampai.

Mereka duduk di meja panjang yang memang muat untuk 8 orang. Selepas membeli, mereka duduk semula.

"So now tell me about the boy." arah Iskandar. Dari tadi dia tahan sebenarnya.

Felisya tersedak. Tiara terbatuk sedikit. Eva dan Ruby pula menepuk belakang sepupu mereka cuba melegakan mereka.

Ruby memandang empat lelaki di hadapannya. Muka masing-masing penuh tanda tanya.

"Okey, rileks. Syed Fariz. Kitorang kenal waktu kat Spain. Korang pun taukan, form two kami semua belajar kat Spain. After a month, kami kenal dengan dia. Dia pindah sana sebab follow his parents."

4K mengangguk faham. Najmi terus mengangkat kening menyuruh Ruby sambung.

Ruby pula pandang sepupunya yang lain. Tiara dan Felisya hanya menunduk. Matanya berpandangan dengan Eva. Gadis itu mengangguk.

Eva berdeham sekejap. "Then, after dah kenal tu Fariz dengan Tiara couple. They like a very happy couple. Hampir 8 month jugalah diorang ada hubungan. Everything destroy when Fariz being such a greedy guy. Huh. I hate him." sambung Eva.

Firash dah berubah muka bila tau Tiara pernah couple dengan that boy. Dia merengus kasar. Yang lain hanya diam.

"Apa yang Fariz buat? Kenapa korang bencikan dia?" tanya Iskandar pula.

Ruby melepaskan nafas perlahan. "Fariz actually sukakan Felisya juga. So, senyap-senyap dia ajak Felisya keluar. Fel tak rasa apa sebab dia memang takde perasaan dengan Fariz tu. Bila Tiara dapat tahu, dia marah. Fariz pula tak nak mengaku. Dia cakap Felisya yang goda dia. Oh my god. Disaster tau tak bila Felisya dengan Tiara gaduh besar. One week, diorang tak tegur." terang Ruby lagi.

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now