SPECIAL CHAPTER 3

20.6K 985 24
                                    

Satu pasangan yang baru keluar dari balai pelepasan membuatkan banyak mata memandang ke arah mereka. Mana taknya, si jejaka merupakan instafamous manakala si gadis dikenali kerana merupakan pereka fashion termuda antarabangsa.

"Kenapa eh orang pandang kita macam tak puas hati? Saya pakai baju terbalik ke?" tanya si gadis.

"Takdelah sayang. Awak okey je. Cantik. Comel. Maybe awak jalan dengan saya yang memang hot ni tu yang ramai jeles." Jawab sang jejaka.

"Eleh perasan." ujar si gadis lagi sambil memukul lengan sang jejaka.

"Amboi amboi pasangan depan kita ni. Bukan main happy eh balik sini. How's Ireland?"

Si gadis memandang hadapan. Mata dibesarkan dan terus berlari memeluk tubuh yang berdiri di hadapannya.

"Oh my God Tiara! I miss u so much. Rindunya. Mana yang lain? Kau sorang je ke? Ala diorang ni tak nak sambut aku ke?"

Tiara tergelak.

"Tengku Irene sayang. Cuba kalau cakap tu pandang-pandang sikit tepi kau ni. Kitorang dari tadi duduk menunggu korang berdua kat sini tau. Sampai hati tak nampak."

"Betul cakap Ruby. Yelah orang dah bahagia." balas Felisya.

Irene tergelak kecil. Matanya beralih memandang dua tubuh di hadapannya. Sama seperti tadi. Dua tubuh itu dipeluk erat.

Tiara menggeleng kepala.

Irene memandang lagi seorang gadis yang tersenyum memandangnya. Tangan gadis itu didepangkan dan pantas Irene memeluk erat tubuh langsing itu.

"Eva. I miss u so much dear. Aku kat sana macam nak nangis rindukan korang. Takde kawan. Boring." adu Irene.

Eva ketawa. "Alah kesiannya kawan aku ni. Takpe kau dah balik sini nanti kita outing sesama ya." katanya.

"Amboi korang. Bila dah jumpa terus lupa dekat sepupu korang yang hensem ni eh. Sayang, sampai hati abaikan saya."

"Ek eleh. Tengku Darwis Ikram merajuk ke? Please ah. Tak sesuailah muka kau bila mencebik macam tu. Macam pondan. Macam manalah Irene boleh jatuh cinta dengan kau eh."

Sekali kena perli kaw-kaw dengan Felisya. Darwis buat muka.

"Sudah. Darwis, tak payah buat muka sangat. Jom balik. Ayah dengan ibu dah tunggu." sampuk Tiara.

Darwis menjeling. Namun sebenarnya dia senang melihat hubungan sepupu dan adiknya bersama Irene, isteri kesayangannya.

Lepas setahun bertunang, mereka dinikahkan oleh ayah Irene sendiri di rumahnya di Terengganu. Kemudian mereka sama-sama sambung belajar di Ireland. Segala perbelanjaan ditanggung oleh Tengku Faizal.

🌼🌼🌼🌼

Irene kebosanan di rumah kerana Darwis keluar untuk melihat syarikat bersama adik iparnya, Rizky. Segera handphonenya dicapai dan nombor seseorang didail.

"Yo wazzap girl. Kenapa call?"

Irene mencebik. "Saje nak call. Tak boleh ke? Busy ke? Hm." tanya Irene.

"Alah alah bff aku yang sorang ni. Tak payah merajuk sangat eh. Kau bosan ke? Nak keluar?"

"Wah Eva. Kau sangat memahami aku. Haah aku bosan gila weh. Darwis takde. Kau tak busy ke?" tanya Irene lagi. Dia tak naklah kacau kalau Eva sibuk.

Eva tergelak di hujung talian.

"Takdelah busy sangat. Pergi siap nanti aku datang ambik. Jangan lupa cakap kat Dar dan ibu k. Orait got to go. Lagi 30 minit aku sampai."

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now