LYT 64

21K 1.1K 68
                                    

Hari pertama

Sebaik tiba di kawasan Hutan Simpan Lenggong, SE dan The Princess segera turun dari bas.

Pelajar dari Sparkle Highschool dan Sky Academy sahaja yang baru tiba.

"Aku rasakan, video tu dah tersebar luas ah." bisik Khairina.

"Haha padanlah muka. Mesti dorang berkumpul ni sebab nak tengok live." Felisya menyampuk.

Tengku Fauzi dan Tengku Henry turun sebaik mereka mengejutkan sang jejaka yang masih tidur.

"Kamu ke yang conteng muka diorang tu? Eish nakal sangat kenapa?" tanya Tengku Henry.

SE tersengih manakala The Princess hanya senyum je.

Semua pandang ke arah bas. Tak lama lepas tu muncul The Prince dengan muka mengantuk mereka.

"Uish pehal semua dok pandang kita ni?" kata Darwis.

Zaril mengangkat bahu.

Tak lama lepas tu, 4K pula muncul dengan rambut serabainya.

"Rasa macam artis je. Semua tunggu kita turun." ucap Firash.

Rayfal mencari kelibat SE. "Korang tak pelik ke tengok SE dengan The Princess jauh sebatu dari kita. Ni mesti ada apa-apa." ujar Rayfal sambil memandang SE dan The Princess yang tersenyum memandang mereka.

Lutfi angguk. "Aku pun rasa semacam. Kau tak perasan ke semua dok bisik-bisik then sengih kat kita. Eva dengan Hanni ni bukan betul sangat." balas Lutfi.

Melihat keadaan yang awkward itu, Adam dan Zaril berpandangan kemudian sama-sama ternganga.

"Oh my! Asal ada gincu kat muka abang ni?" tanya Zaril sambil menyentuh kesan gincu di dahi dan kening Adam.

"Kau pun sama Ril. Siap ada misai kucing warna merah ni pehal?" Adam pula menyoal.

The Prince dan 4K terus mengeluarkan phone masing-masing dan menekan icon camera.

"Oh my God! Buruknyaa."

"Sape yang lukis doremon kat muka aku ni? Err.."

"Patutlah semua dok pandang kita."

"Arrggghhhh ibu..."

Semua pakat menoleh pada SE dan The Princess yang sedang ketawa sampai berair mata.

"Aku dah agak dah. Ini memang kerja diorang." Adam berkata, bengang.

"Ni kes jeles ke apa ni?" Rayfal pula merungut.

"Nope. Sorry nak kami jeles dengan korang?" jawab Zahara.

"Ini kes tak puas hati sebab korang sedap je tidur eh dalam bas tadi. Sepanjang perjalanan korang tidur. Stop kat R&R pun korang tak bangun." balas Felisya.

"Yes thats right. Haha padanlah muka." serentak Eva dan Hanni berkata.

4K dan The Prince sudah merah muka tunggu masa nak meletup. Tengku Fauzi tenangkan mereka.

"Sudahlah tu. Marah pun tak guna. Gurau manja je tu. Pergi bersihkan muka." kata Tengku Fauzi.

Semua pelajar dikehendaki memasang khemah dan ditetapkan satu khemah empat orang. Nasib baik khemahnya besar.

🌼🌼🌼🌼

Beberapa orang fasilitator datang menyapa waktu semua tingkatan 5 dari empat buah sekolah sudah berkumpul di tanah lapang. Kesemuanya lelaki.

"Abang kenalkan diri. Nama abang, Hanafi. Boleh panggil Abang Naf, yang itu pula Abang Farid, Abang Han dan Abang Budi." kata seorang lelaki berkulit hitam manis sambil menunjuk ke arah tiga lagi lelaki berdekatan dengannya.

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now