LYT 19

25.3K 1.3K 32
                                    

Dewan Sparkling

Sepi.

Sunyi.

Itulah suasana di dewan saat ini.

Silent Evils tersenyum sinis. Puas hati melihat semua pelajar tertunduk ketakutan.

"Tahu pulak nak diam. Tadi bukan main riuh. Asal? Takut ke?" Felisya berkata sinis.

Eva memandang ke arah pengetua dan guru disiplin sekolah.

Tengku Fauzi dan Cikgu Hikam hanya mengangguk. Memberi kebenaran kepada mereka untuk melakukan apa sahaja. Mereka tahu Silent Evils nak buat apa.

"Sekarang, kitorang nak buat sportcheck. Semua pengawas bersiap sedia." tegas suara Ruby.

Dewan riuh semula. Macam bunyi langau.

"Diam!" arah Tiara.

"Siapa skirt pendek atas lutut, rambut berkarat, seluar ketat, baju ketat, rambut fesyen. Siapa yang memenuhi semua tu diminta pergi ke tepi dewan." kata Eva.

Pelajar perempuan mencebik bibir. Pelajar lelaki pula mengeluh.

"Korang nak pergi sendiri atau dipaksa?!" Ruby geram bila tiada pun yang bergerak.

"Fine! Pengawas, tarik sesiapa yang ada kesalahan tadi. Cepat!" arah Felisya pula.

Semua pengawas terus bertindak seperti yang diarahkan. Pelajar-pelajar yang dinyatakan terus ditarik kasar oleh para pengawas.

"Woii slowlah sikit. Fikir aku ni robot ke kau nak tarik." jerit satu suara.

Semua memandang. Eva turun dari pentas dan berjalan ke arah suara tadi.

"Ada masalah ke Jessica Aida?"

Jessica menjeling. Tangannya direntap kasar.

"Memang. Aku ada masalah dengan kau. Kau siapa nak arah-arah macam ni. Baru je balik dah buat macam sekolah ni sekolah atuk kau."

Eva menggeleng. Silent Evils yang masih di pentas menutup mulut.

"Memang sekolah atuk kita pun." bisik Ruby.

Kemudian Felisya memandang Tengku Fauzi. Lelaki tua itu hanya senyum.

Silap besarlah Jessica kau cari gaduh dengan kitorang.

Eva berjalan mendekati Jessica. Kini mereka berhadapan. Eva smirk.

"Kau lupa ke aku ni siapa? Takpe, aku kenalkan diri aku balik eh. Aku Tengku Eva Amanda, penolong ketua pengawas, mempunyai kuasa untuk membuang atau menggantung sesiapa yang aku rasa dia memang layak. Clear?"

'And aku memang cucu Tengku Fauzi.'

Berubah muka Jessica bila dengar kata-kata Eva. Tapi dia cuba control riak wajah.

"I don't care okay. Sebenarnya kau jeles dengan akukan. Aku pakai seksi, ramai yang nakkan aku. Kau? Huh monster memang takde yang pandang."

"Oh really? For your information, aku tak naklah publisiti murahan macam tu. Not my style."

Balqis di sebelah Jessica hanya diam. Tak nak cari gaduh sebab dia tahu kalau Silent Evils takde mood, macam-macam boleh jadi.

"Wow ramainya yang buat salah." kata Tiara dari tepi dewan.

Eva melihat barisan yang panjang itu. Kemudian matanya beralih memandang barisan lelaki. Em boleh tahan juga.

"Hey, sebenarnya apa motif u all buat macam ni ha. Suka hati kitoranglah nak pakai macam mana sekalipun."

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now