LYT 82

19.7K 1K 44
                                    

Malam.

Empat orang gadis itu berjalan masuk ke sebuah bangunan kosong di hujung jalan.

Sebuah meja dan empat buah kerusi yang tersedia di tengah ruang membuatkan mereka saling berpandangan.

"Asal tak nak duduk? Jangan risau aku taklah kejam mana nak biarkan korang berdiri je."

SE berpaling ke belakang.

"Daria."

Mata Eva mengekori langkah Daria yang menghampiri sebuah sofa single.

"Have a seat guys."

"Its okay. Kitorang lebih suka berdiri. So apa yang kau nak?" tanya Felisya.

Daria gelak. Di kiri dan kanannya terdapat dua orang lelaki yang berkemungkinan anak buahnya.

"Kau yang cari aku. Sekarang tanya pula aku nak apa? Apa ni?"

Tiara mendengus. Eva merenung tajam wajah Daria.

"Kau cari pasal dengan kitorang. Pecah masuk vila, mengugut. Sekarang cederakan Jess dan Ad sebab diorang dah tak nak kerjasama ngan kau. So sekarang kau nak apa dari kitorang?" Eva tanya dengan suara mendatar.

Daria menelek kukunya dan memandang ke hadapan. Dia bangun.

"Aku nak korang rasa apa yang aku rasa. Bukan sekaranglah. Nanti." jawab Daria tenang.

Ruby menepuk meja dengan kuat. "Rasa apa ha? Kau jangan nak buat hal eh? Kenapa kau buat macam ni? Apa salah kitorang kat kau ni?" tanya Ruby dengan suara menahan marah.

Daria melepaskan tawa sinis.

"Rasa kehilangan. Aku nak korang rasa apa itu kehilangan. Korang penyebab aku hilang kembar aku. Aku hilang kawan, saudara dan kakak dalam satu masa." ucap Daria dengan mata garang.

"Siapa kembar kau? Eh kau baru masuk sekolah tahun ni tau. Bila kitorang ada masa nak berkenalan dengan kembar kau? Fikir logik ah." Tiara membantah.

Daria membaling sekeping gambar kepada SE. Felisya mengambil dan mulutnya ternganga.

"Dia...Kembar kau? Ini bukan ke.." kata Felisya.

Daria sinis. "Yes. Thats my twin. Tengku Zaria Vanessa. Atau korang kenal dia sebagai ex girlfriend Tengku Zaril Mahmud. Diorang couple near 2 years tapi putus sebab adik Zaril." beritahu Daria sambil memandang Ruby.

SE terkelu. Cepat sahaja gambar di tangan Felisya dirampas dan mereka merenung gambar itu lama.

"Vanessa ex Zaril? Are u serious?" tanya Ruby.

Eva yang memang dah tahu hal ni dari awal hanya diam. "Tapi mana dia pergi? Kenapa kau cakap kau hilang dia?" tanya Eva.

Daria menunduk. "She's gone. Before aku pindah sini, she killed herself kat rumah kitorang kat London. Korang...Penyebab dia mati!" jerkah Daria tiba-tiba.

SE tersentak. Mereka berpandangan sesama sendiri.

"Why? Dorang dah lama putus. Its been 2 years right. Kitorang dah tak jumpa dia bertahun. Why it is our fault?" bentak Tiara pula.

Daria merenung tajam semua gadis di hadapannya.

"Kau tak tahu betapa dia terseksa lepas Zaril tinggalkan dia. Seminggu dia berkurung. Seminggu! Then parents aku ambil keputusan untuk bawa dia jumpa pakar psikiatri. Doktor sahkan dia ada masalah depression. Enam bulan dia duduk kat hospital gila tu. Semua orang fikir dia dah okey tapi aku tahu dia tak okey. Sangat tak okey!" jerit Daria.

SE berundur ke belakang bila Daria makin menghampiri mereka sambil memegang sebilah pisau.

"Daria kau nak buat apa ni? Calm down." kata Felisya.

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now