LYT 16

27K 1.4K 30
                                    

Flashback..

Rayfal menelefon seseorang.

"Hello. You kat mana?"

"I busy ni Fal. Ada apa?" tanya gadis di hujung talian.

Rayfal mengeluh.

"Baru ingat nak ajak you lepak. You..." tak sempat pun Rayfal nak habiskan ayat, si gadis sudah memintas.

"Sorry Fal. I busy. Bye."

Rayfal memandang phone. Kenapa sejak aku pindah sekolah, aku rasa Misya dah berubah eh?

Betul ke apa yang Najmi cakap?

Fal, jangan fikir negatif. Kau tak tahu hal sebenar.Akalnya berpesan.

Terus sahaja dia whatsapp kawan-kawannya ajak keluar. Nasib baik semua free.

Rayfal tumpang cousinnya, Firash sebab dia malas nak drive. Takde mood.

"Kau pehal ni bro? Kau ajak lepak tapi muka nampak sangat tak ikhlas." Najmi bertanya.

Waktu ni mereka singgah Starbuck untuk membasahkan tekak sekejap.

Rayfal mengeluh. "Yeke? Sorry bro. Aku pelik je. Sekarang Misya jarang nak layan aku. Whatsapp kadang tak balas. Cal pun dia tak nak angkat."

Rayfal mengeluh. "Yeke? Sorry bro. Aku pelik je. Sekarang Misya jarang nak layan aku. Whatsapp kadang tak balas. Call pun dia tak angkat."

Semua diam. Mereka tahu Rayfal terlampau sayangkan kekasihnya, Misya. Diorang dah couple hampir empat tahun kot sejak form 1.

"Sabarlah Fal. Maybe betul dia busy." Firash pula menenangkan sepupunya.

Iskandar terpandang sepasang kekasih yang sangat mesra sedang berjalan. Tangan si gadis memeluk lengan jejaka tanpa perasaan malu.

"Fal. Tu bukan Misya ke?" ujar Iskandar.

Semua menoleh ke arah yang dimaksudkan Iskandar.

Mata Rayfal terbuntang melihat aksi tak tahu malu pasangan itu. Firash dan Najmi juga terkelu.

"Bapak ah. Tak malu ke kiss dekat tempat awam macam ni." ucap Iskandar.

Pasangan tadi dengan selambanya berkucupan di balik tiang.

Rayfal menggenggam penumbuk. Dia bangun dan terus menuju ke arah pasangan itu.

"Misya!"

Dush.

Lelaki yang bersama gadis bernama Misya itu mengelap darah yang mengalir dari tepi bibir.

"Kau siapa?! Gila ke tiba-tiba tumbuk orang."

"Rayfal, u ni kenapa? U okey tak Fariz?" Misya menghampiri Fariz dan membantu lelaki itu bangun.

Rayfal ketawa sinis. "I kenapa? Patutnya tanya soalan kat diri u. Sanggup u curang belakang i. Patutlah bila i call tak angkat. Whatsapp tak reply. Ajak lepak, u bagi alasan busy. Now, u kissing in front of me? Seriously Misya?"

Misya sinis. Angguk.

"Yes. Betul i curang. Sebab i dah jumpa lelaki yang boleh bahagiakan i, bagi apa yang I nak. Dengan u semua tak boleh. Setakat pegang tangan, huh. Bajet alim. Oh lupa nak kenalkan. Ini Syed Fariz, boyfriend baru i. U dengan i, kita putus."

Firash dan Najmi terlopong. Semudah itu? Dasar perempuan murah.

Iskandar menggeleng. Sakit hati melihat gadis itu sesuka dia je kutuk sahabat baiknya.

"Dah Fal. Jom kita balik. Perempuan murah macam ni memang tak tahu malu. Kata je Islam tapi perasaan malu langsung takde. Banyak lagi perempuan yang lebih baik dari dia ni." Iskandar berkata.

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now