LYT 70

21.5K 1.2K 71
                                    

Felisya menggerakkan jarinya. Matanya cuba dibuka. Cahaya yang masuk dari tingkap membuatkan matanya terpejam semula. Kemudian barulah dibuka semula.

Pintu dibuka. Felisya senyum melihat gerangan yang masuk.

"Angah." panggilnya.

Elvin meletakkan beg plastik ke atas meja di tepi katil Felisya. Tangannya mengusap kepala Felisya.

"Fel dah sedar? Macam mana, okey tak? Sakit kepala or tak selesa bagitahu dekat angah eh." ucap Elvin.

Felisya tergelak. Tangan angahnya dicapai dan dikucup lembut.

"Angah ni banyak tanyalah. Macam dia pula doktor. Fel okey. Cuma pening sikit sebab cahaya. Dah berapa lama Fel tak sedar ni ngah?" tanya Felisya.

Elvin senyum. "Alhamdulillah. Seminggu lebih Fel tak sedar. Tahu tak Eva mengamuk gila dekat Tunku Izzi tu. U know her. She really loves u." cerita Elvin.

Dia ingat lagi, lepas je Eva dermakan darah untuk Felisya, adiknya terus drive ke Balai Polis Bukit Aman dan berjumpa dengan Tunku Izzi. Habis lunyai muka lelaki tu. Segala kata makian Eva keluarkan. Tak pernah lagi Elvin tengok adiknya sebegitu.

"Are u serious ngah? Mesti dia sedihkan? Mana dia dengan yang lain?"

"Sekolahlah sayangku. Hari ni hari Selasa. Dia sedih gila. Eva yang dermakan darah untuk Felisya. Sayang sangat."

Felisya membulatkan mata. Seperti tak percaya. Eva buat semua tu untuk dia?

"Angah lama ke cuti? Bila balik UK semula?" tanya Felisya.

Dia sudah bersandar di kepala katil. Elvin pula mengeluarkan polisterin makanan dari plastik dan membukanya.

Aroma nasi ayam membuatkan perut Felisya berbunyi. Elvin ketawa.

"Angah dah habis belajarlah. Now, masa untuk angah rehat sebelum ambil alih syarikat kat Malaysia. Sini angah suapkan."

Felisya angguk. Mulut dibuka.

"Fel nak tau tak. Atuk cerita korang kena fitnah kat sekolah. Ruby mengamuk. Eva buat keputusan untuk setuju dengan cadangan atuk." kata Elvin.

Felisya mengerut dahi. Fitnah apa lagilah. "Keputusan apa angah?"

"Bongkar siapa korang sebenarnya. Eva yang minta sebab dia dah tak tahan. Angah tengok dia selalu muram, dah tak happy. Dingin macam after arwah Lisa meninggal."

Felisya diam.

Selesai makan, dia minum air. Kemudian pintu bilik wadnya dibuka lagi.

"Koranggg." jeritnya.

Elvin terkejut. Nasib baik tak jatuh cawan yang dia pegang.

Felisya memeluk Eva erat. Kemudian perkara sama dilakukan dengan Ruby dan Tiara.

"Korang okey tak? Asal muka semua tak ceria?"

Tiara senyum. Tapi cukup nampak terpaksa di mata Felisya.

Elvin yang rasa mereka berempat memerlukan ruang peribadi, terus dia minta diri untuk balik.

"Dah korang meh sini. Duduk sebelah aku. Now cerita. Aku nak dengar semua." arah Felisya.

Ruby mencebik. "Eh kau. Mengarah nampak." ujar Ruby.

Ruby dan Tiara segera naik ke katil Felisya dan duduk di kiri kanan gadis itu. Eva pula sekadar duduk di kerusi sebelah kiri katil.

"Balqis sengal tu lah. Pergi sebar gambar kita dengan atuk and cousins kita sekali. Bengang weh." kata Tiara.

Felisya memandang Ruby pula. "Gaduh dengan 4K ke gais?" Tanyanya pula.

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now